innity

pages

Sunday, March 5, 2017

[DUDUK ATAS KERUSI TIADA ISU] Rosmah Hadir Majlis Khatam Al-Quran Dan Selawat Perdana



KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menghadiri majlis khatam al-Quran dan Selawat Perdana di Masjid Muadz Bin Jabal di sini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 3,000 peserta termasuk lebih 500 peserta orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan, dan dicatat dalam Malaysia Book of Records bagi penyertaan Paling Ramai Khatam al-Quran Braille.

Peserta lain terdiri daripada pelajar tahfiz, anak yatim, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah dan masyarakat umum sekitar Kuala Lumpur.

Program anjuran Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) itu bertujuan merapatkan silaturahim dan mendekatkan masyarakat kepada mereka yang kurang bernasib baik namun berkebolehan membaca al-Quran.

Rosmah kemudian beramah mesra dengan peserta majlis khatam dan peniaga daripada golongan asnaf.

-- BERNAMA

3 comments:

  1. Rosmah ni ulamak pompuan. Arab semua baik dengan dialah. Memang dia kena duduk atas kerusi. Patut dia duduk atas meja tapi dia ni memang jenis yg rendah diri dan tak riak. Patut kita bersyukur ada org macam dia ni. Ugama hebat dan meniaga lagilah. Dia banyak shopping pun bukan utk dia. Semua dia sedekah kat org. Tak percaya tanyalah tengku sharifudin.

    ReplyDelete
  2. Nak hapus dosa seleweng duit negara..
    Maka turun bencana ya allah buat rosmah beruk ni.....

    ReplyDelete
  3. sempoi punya komen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com