innity

pages

Thursday, March 23, 2017

Debat: Tajuddin "Warning" Nazri Aziz


TELUK INTAN: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Khamis diingatkan agar mengambil kira kedudukan beliau dalam kerajaan dan parti semasa berbahas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata apa juga yang diluahkan oleh Mohamed Nazri semasa debat itu akan diberi perhatian oleh rakyat.

"Rakyat ingin melihat dasar dan polisi yang memberikan hasil kepada mereka dengan idea-idea bernas yang dilontarkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan dan bukan sesi menghentam terutama sekali Tun M (Dr Mahathir) yang lebih cenderung menghentam Perdana Menteri.


"Oleh itu, saya ingin ingatkan Mohamed Nazri bahawa anda mempunyai kepentingan dalam kerajaan dan Barisan Nasional (BN). Jadi sila ambil kira apabila bercakap ketika dialog nanti," katanya.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Tani berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri gotong-royong bersama lebih 100 petani dan kakitangan agensi di bawah kementeriannya di Sungai Manik dekat sini Khamis.

Beliau mengulas Dialog Mahathir VS Nazri anjuran sebuah akhbar tempatan yang dijadual berlangsung pada 7 April di Auditorium Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Menurut Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak, walaupun Mohamed Nazri berdialog bukan atas nama parti mahupun kerajaan, ia tetap akan berkait dan memberi kesan kepada kerajaan dan BN sekiranya Menteri Pelancongan dan kebudayaan itu tersilap langkah.

4 comments:

  1. Of the many umno leaders "leaked" by JASA boys, Tajuddin was one of them who was against nazri debating tdm. What i had montioned in shahbuddin blog was correct.

    We have tajuddin....who is next?

    First sign of MTU trying to halt the debate.

    ReplyDelete
  2. Kami rakyat marhaen nak beri "warning" kepada si tajudin gak ler,

    Jidin, Bijan 4k kena penampar semah (tanya deepak karpet klu tak percaya) sampai berpusing UTURN 360 darjah, kamu tau tak?

    Jadi, janganlah cuba nak simbah petrol kepada api yg sedang marak jidin oi!

    Kamu jaga jer dedak taburan semah tu...nanti hilang, siapa susah?

    ReplyDelete
  3. Wait....another MTU member is expected to express his disappointment very very soon. If this is true, i salute JASA boys for the leaked information.. hahaha

    ReplyDelete
  4. CAKAP BERDEGAR-DEGAR,
    TAIK SANGKUT CELAH GELAGAR.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com