innity

pages

Sunday, March 12, 2017

[DAH PAKAT DENGAN HADI?] Najib berlapik kata TAK MAHU UMNO RAMPAS Kelantan

DATUK Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengadakan sesi mendengar pandangan pelajar terutama golongan belia di Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Belia di Dewan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak berkata, segala kemungkinan boleh berlaku berhubung kerjasama di antara UMNO dan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

Ketika ditanya adakah UMNO mahu merampas Kelantan pada PRU nanti, Najib berkata BN berhasrat untuk menampilkan sebagai parti yang menjadi pilihan rakyat. 

"Namun, kita tidak mahu kata sama ada rampas atau tidak, tetapi kita akan menampilkan UMNO sebagai parti yang penuh bertanggungjawab dan terbaik supaya rakyat Kelantan dapat menilai," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, setakat ini mereka (PAS dan UMNO) melakukan kerja masing-masing tanpa ada kerjasama. 

Pada masa sama, Perdana Menteri mengakui bukan mudah untuk memenangi PRU di Kelantan, namun UMNO Kelantan akan membuat persediaan dan menggerakkan jentera yang terbaik. 

"Kita mesti bekerja keras dan berharap UMNO tidak mengamalkan politik negatif sebaliknya menunjukkan contoh terbaik. Selebihnya biarlah rakyat Kelantan yang menilainya, " katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebelum menghadiri Program Transformasi Nasional 2050 (TN50), di sini. 

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Berita Harian


3 comments:

  1. Pelajar Di paksa hadir..

    ReplyDelete
  2. 1. Najib - Saya sayang orang kelantan. Saya tumbuk rusuk PAS 90 mil.

    2. Takyuddin - Tapi PAS ada 2 akaun tapi bukan Affin Bank.

    Kalau Pas tak ade ada akaun kat, tak bermakna parti yang terima tetapi ahli atasan memang akaun kat affin bank.




    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com