innity

pages

Tuesday, March 28, 2017

Buktikan saya ada RM1b, Mukhriz heret anak tiri Najib


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencabar bekas pegawai khasnya Haris Che Mat untuk membuktikan beliau mempunyai RM1 bilion di luar senarai yang pernah diisytiharkan.
"Apabila menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri pada tahun 2009, dan kemudiannya dilantik menjadi menteri besar pada tahun 2013, saya telah mengisytiharkan harta dan liabiliti kepada perdana menteri.
"Tentunya PM masih ada senarai tersebut dan saya cabar Haris untuk membuktikan saya mempunyai RM1 bilion di luar senarai yang telah diisytiharkan itu," kata beliau yang juga ADUN Ayer Hitam dalam kenyataannya.
Mukhriz yang juga timbalan presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) sebelum ini menyahut cabaran daripada Haris untuk berdebat secara terbuka atas dakwaan kekayaannya.
Mukhriz mencadangkan debat itu diadakan pada 29 Mac dan dilakukan tanpa syarat selepas Haris mencabar beliau untuk berdebat bagi menjelaskan keupayaannya menjadi jutawan dalam masa singkat.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, jika Haris berjaya membuktikannya, beliau akan menyumbang sejumlah RM500 juta untuk pembangunan sekitar Jerlun manakala RM500 juta lagi untuk Pokok Sena.
"Jika Haris gagal membuktikannya, beliau pula yang perlu menyumbang jumlah yang sama kepada pembangunan di Jerlun dan Pokok Sena," jelasnya.
Pada masa yang sama, Mukhriz turut mencabar Haris untuk menerangkan mengenai kekayaan anak tiri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz yang mampu membiayai pembikinan filem Wolf of Wall Street.
" Saya juga mencabar Haris untuk menerangkan kepada rakyat bagaimana Riza mendapat kekayaan untuk membikin filem lucah Wolf of Wall Street yang memakan belanja AS$100 juta dan membayar hutang judi AS$13 juta di pusat perjudian Las Vegas.
"Semoga Haris segera sihat dari sakit misteri yang muncul secara tiba-tiba kebelakangan ini. Bila hendak jawab soalan yang saya kemukakan sebelum ini," tanya Mukhriz. - MK

4 comments:

  1. Haris bangang ni tak payahlah nak berdebat. Org berniaga dengan org menyamun beza sangat ni. Haris ni kucing kurap bangsat je. Baru ajak berdebat dah sakit pinggang. Belum sampai kot duit dalam akaun bank. Tu yg delay sikit tu

    ReplyDelete
  2. Mukhriz,

    Bersyukurlah pada hadrat swt kerana belum apa2 lagi dah terima padahnya. Itulah kebesaran Allah swt. Maafkanlah keterlanjuran Haris ini. Mungkin dia di"abused" oleh bosnya di kedah.

    Anggap Haris tak mampu berdebat dengan anda...berlapang dadalah, Mukriz.

    ReplyDelete
  3. Setiap tuduhan dijadikan peluang.

    ..bijak mukhriz ni. Belajr dr Tun M.

    ReplyDelete
  4. Maaalahnya....Haris che mat terlantar kat spital

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com