innity

pages

Wednesday, March 22, 2017

Berambus – Sultan Johor beritahu ejen tawar RM2 juta beli ‘Tan Sri’

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata darjah kebesaran yang dikurniakan di negeri itu tidak boleh dijual beli, dan mendedahkan bagaimana orang tengah cuba menawarkan sejumlah wang yang besar kepadanya untuk menganugerahkan gelaran kebesaran kepada orang tertentu.
“Nak bagi saya RM2 juta untuk satu Tan Sri. Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi namakan nanti dia malu… saya kata pergi berambus. Itu bukan periuk nasi saya jual darjah,” katanya dalam wawancara khas bersama Berita Harian sempena Hari Keputeraan Sultan Johor esok.
Sultan Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas sekiranya darjah dan pingat diraja dijual beli di negeri lain.
“Itu bukan hak saya untuk komen pun. Negeri lain terpulang kepada negeri masing-masing bukan hal saya, saya tengok Johor sahaja,” katanya.
Menurutnya, ramai “ejen-ejen penipu” menawarkan gelaran kebesaran akan muncul menjelang Hari Keputeraan.
“Pada mereka yang mudah tertipu, itu nasib awaklah. Pesanan saya sekarang… ingat datuk Johor, pingat, darjah kebesaran Johor tak boleh dibeli.”
Sultan Ibrahim berkata mereka yang bakal menerima darjah kebesaran akan dimaklumkan baginda sendiri.
“Contoh tahun ni, mungkin satu dua datuk. Nilai pingat saya dah sama macam datuk. Bermakna… betul-betul orang yang patut layak menerima atas jasa dia baru saya bagi.
“Saya dimaklumkan ada yang menubuhkan kelab datuk dari negeri lain. Di Johor ini, kita tidak ada kelab untuk datuk, malah kita juga tidak ada jata untuk ditunjukkan.”
Sultan Ibrahim berkata apa yang membezakan darjah kebesaran Johor ialah pihak istana akan menerima dengan “hati penuh ikhlas” sekiranya seseorang penerima memulangkan semula darjah yang dianugerahkan kepadanya.
“Kalau fikir sendiri itu dah tak layak memakai darjah Johor, kalau nak pulang boleh pulang. Siapa makan lada dialah rasa pedas.” - FMT

9 comments:

  1. SULTAN ........... DI SEBELAH PANTAI TIMUR SEMENANJUNG AKAN TERASA HATI DENGAN SULTAN JOHOR SELEPAS KENYATAAN INI...
    Saya kata pada ejen… saya tak nak bagi namakan nanti dia malu… saya kata pergi berambus. Itu bukan periuk nasi saya jual darjah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Legasi Sultan Johor yg memikul amanah dan tatacara pengurniaan pingat dan darjah kebesaran negeri semenjak diperkenalkan Almarhom Tuanku Sir Abu Bakar....kepada ug berjasa pada Negeri dgn bilangan yg terhad setiap..kali penganugetahan....Daulat Tuanku...Rakyat bangsa Johor bersama Istana berjurang tiada..

      Delete
  2. yang bagi ayahnda sultan. tak terlibat sultan sekarang. sultan dulu melihat dan merasai apa yang berlaku. setelah kenal baru beri darjah kebesaran. rasanya tak ada orang terasa hati atau termakan cili.

    ReplyDelete
  3. Sultan Pahang ke?
    Saya tanya saja bukan membuat tuduhan.

    ReplyDelete


  4. Sejak bila pulak gelaran "Tan Sri" dianugerahkan oleh pihak negeri?

    Kan gelaran tu anugerah pihak persekutuan/Agong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri yg aku tau kerajaan persekutuan je yg bagi. Taktaulah kot2 bangsa johor boleh bagi. Macam kat cik jamil ..bukan buat tuduhan ye. Cakap kena beradapkan

      Delete
  5. Mgkin kurnian Dato ni diberi tiga tahun sekali shj. Jgn kerap sgt. Biar nilainya mcm menang piala dunia.

    ReplyDelete
  6. Tun ke yg makan cili tu. DK1.

    ReplyDelete
  7. Skrg je bunyi mcm tu,dulu masa tak Panas,dia sapu..peeda.. ingat org tak tau ke perangai puak ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com