innity

pages

Wednesday, March 1, 2017

Benarkah Timb. MB Kelantan ada kaitan kes TIPU Jualan Langsung?


KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan syarikat ala jualan langsung membungkus makanan yang didakwa menipu ratusan rakyat Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya, diakui sebelum ini beliau hadir memenuhi jemputan syarikat tersebut bagi merasmikan bangunan pejabat syarikat itu dan menyampaikan cek kepada ahli mereka yang berjaya.

“Perkara ini tiada kaitan dengan saya. Saya hanya memenuhi jemputan. Saya nasihatkan kepada mereka yang terlibat dengan isu ini untuk tampil buat laporan polis dan biar polis tentukan sebarang tindakan selepas ini.

"Saya tiada kaitan dan tidak tahu menahu, semua dakwaan itu hanya kepentingan politik sahaja, hendak dikaitkan dengan semua benda,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Mohd Amar diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan beliau mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang didakwa telah menipu lebih 1,000 rakyat negeri ini dalam perniagaan perkhidmatan membungkus makanan dari rumah.


Beliau juga turut menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah mempercayai sindiket seperti itu sekali gus lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pekerjaan untuk mendapatkan rezeki yang halal. - SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com