innity

pages

Wednesday, March 15, 2017

Bekas Pengarah MITI Kelantan DITAHAN REMAN

Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kelantan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan nilai RM600,000
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kelantan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan nilai RM600,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Norida Mohd Husin bermula hari ini hingga 21 Mac 2017.

Suspek berusia 35 tahun ditahan di pejabatnya di Putrajaya tengah hari Selasa.

Siasatan awal berjaya mengesan wang berjumlah RM190,000 dalam akaun bank milik suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com