innity

pages

Friday, March 10, 2017

[BANK "GANAS"] Bank tuntut hutang 50 kali sehari


Kuala Lumpur: Lebih 50 panggilan telefon diterima oleh seorang lelaki hanya kerana lewat membayar ansuran bulanan pinjaman peribadi daripada dua institusi kewangan hingga menyebabkan kehidupannya menjadi huru hara.
Malah, pemungut hutang yang diupah institusi kewangan itu bertindak lebih berani dengan mengugut untuk menghantar orang bagi memungut hutang selain turut meminta menerusi faksimili atau menelefon pejabat lelaki terbabit.
Menceritakan detik malang itu, lelaki dikenali sebagai Hamidi Shah, 35, berkata, dia membuat pinjaman peribadi dengan institusi kewangan terbabit untuk membeli beberapa barangan serta menguruskan majlis perkahwinannya.
“Sebelum ini, saya membuat bayaran bulanan bagi pinjaman berkenaan mengikut tempoh malah tidak pernah tertunggak atau membuat pembayaran lewat.
“Namun, sejak beberapa bulan lalu, saya mengalami sedikit masalah kewangan dan hanya terlewat beberapa hari untuk membayarnya namun institusi kewangan berkenaan membuat panggilan berpuluh kali selain meminta wang seperti gengster,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Beliau berkata, pinjaman yang dianggap memberi kelegaan apabila menghadapi masalah kewangan kini menjadi bebanan malah tekanan kepadanya dan isteri.

6 comments:

  1. Mention la bank mana...?

    ReplyDelete
  2. Suka buat org ramai tertanya..X jelas.

    ReplyDelete
  3. Gangster tu mcm along la... Bukan call 50 kali...

    ReplyDelete
  4. Dia yg saya kena dulu A,EON. Memang teruk. Buat loan motor. Dia punya kejar. Lega rasa dah habis.

    ReplyDelete
  5. Sy stuju. Sy dh kena dgn aeon crdt. Mcm sial dia punya pengurusan credit. Dh call ibu pjbt pun masalah call reminder masih meganggu. Dh mcm pinjam dgn along pulak. Geram punya psl, aku selalu jugak maki hamun dipemanggil. Skrg dh lega, bosan dgn tektik sial diorang, aku buat full settelment. Lega kepala.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com