innity

pages

Sunday, March 12, 2017

Annuar Musa: Umno, Pas akan bersama


JERLUN - Umno menjangkakan bahawa parti itu akan bersatu dan bersama dengan Pas dalam soal Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak lama lagi.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, walaupun Umno dan parti Islam itu sering tidak sependapat, tetapi apabila tiba soal perhitungan agama khususnya RUU355 kedua-dua parti itu akan bersatu demi menjaga kepentingan serta kedaulatan agama.

“Politik itu politik, tetapi agama itu lebih tinggi daripada politik. Tak lama lagi kita akan tengok apabila RUU355 nak memperkasakan mahkamah syariah, bila sampai bab agama itu, politik parti di bawah dan agama perlu berada di atas.

“Apabila agama perlukan pembelaan, kita akan lihat dalam Parlimen siapa yang akan membela Islam. Adakah DAP akan sokong? Adakah parti cap bunga akan sokong ataupun PKR akan sokong? Mereka tidak akan sokong sebab mereka ada perhitungan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena siri jelajah penerangan Umno pusingan ketiga di pekarangan Dewan JKKK Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, di sini, kelmarin.
Menurutnya, apabila sampai pada soal agama, bangsa dan negara, maka kebergantungannya adalah kepada Umno.

“Kita berpolitik bukan kerana saja-saja seronok nak perintah parti, kita tidak boleh berpolitik hanya soal dendam peribadi, kita tidak bermain politik kerana kebetulan ikut mak ayah semata-mata, kita tidak bermain parti kebetulan orang suruh, kita semua terlibat dengan politik kerana dari sudut kehidupan beragama kita sedang tunaikan fardhu kifayah,” katanya.

Jelasnya, politik itu merupakan sebahagian daripada ibadah dan ibadah tidak boleh dibuat main-main dan tak boleh dibuat ikut perasaan. Ia bukan dilakukan kerana sayangkan kepada individu tertentu dan bukan soal jasa pemimpin tertentu.

Dalam perkembangan lain, Annuar mengakui kasih sayangnya dan rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berubah meskipun tokoh pemimpin itu kini tidak lagi berada dalam Umno.

6 comments:

  1. Saya melayu beragama islam. Saya percaya hukum Allah. Namun ruu355 bukan hukum Allah tapi hukum buatan manusia bernama hadi dan disokong muslim yang lacurkan agama untuk tujuan politik. Ramai muslim tak setuju ruu355 sebab bukan wajib.

    Senario sekarang umno hilang sokongan perlu sokongan pas. Pas juga hilang kredibiliti perlu bergabung untuk survival.

    Maka lahirlah new brand of umno yang telah bangsatkan bangsa sendiri, perdagangkan agama dan maruah negara dikompromi. DAP jadi bahan umpanan.

    Pas perlekeh bangsa melayu, lacur agama dan tak ambil kisah kedaulatan negara dan hidup berfantasi.

    ReplyDelete
  2. Cakap orang politik pun tak boleh pakai semua. Terutama yang pernah terbabit dgn tindakan salah laku dalam pengurusan terutama melibatkan wang. Guna air liur sebagai fakta memang kebolehan hebat ahli politik.

    ReplyDelete
  3. anuar musa.. shut up la oii..punggung lu penuh tahi , ada hati nak prong prang lagi. menyedihkan betul la si tua ni.

    ReplyDelete
  4. Loyar tekak aku tengok muka nuar celak kaki penyamun ni. Biarlah dia melalak. Lepas ni confirm masuk penjara

    ReplyDelete
  5. Pasal ruu tu semua muslim patut sokong tpi klu letak kepentingan politik nombor satu maka riuhlah jadinya.

    ReplyDelete
  6. 6.19,

    Mengapa patut sokong? Saya melayu muslim. Saya tak sokong ruu355 sebab ini bukan hukum Allah. Hukum ini hukum hadi/najib

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com