innity

pages

Saturday, March 4, 2017

[ANAK MUDA SEMBANG JE KENCANG] 4.1 Juta Rakyat Malaysia Layak Mengundi Belum Berdaftar


Sejumlah 4.1 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum berdaftar sebagai pengundi setakat Februari lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata jumlah berkenaan merangkumi pelbagai kaum yang majoritinya terdiri daripada golongan muda berumur sekitar 21 tahun.

Disebabkan itu, katanya SPR kini mengambil langkah bekerjasama dengan pihak swasta bagi menganjurkan pelbagai program dalam menarik minat rakyat untuk berdaftar sebagai pengundi terutama kepada golongan sasar.

"Berdasarkan statistik terkini itu, kira-kira 45 peratus daripada rakyat Malaysia adalah golongan muda dan lebih empat juta daripadanya tidak berdaftar sebagai pengundi dan ini adalah satu kebimbangan.

"Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pendaftaran Pengundi di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di sini Jumaat.

Jelas Mohd Hashim, antara faktor golongan muda tidak berdaftar sebagai pengundi adalah disebabkan mereka tidak memahami kepentingan kuasa rakyat  ataupun tidak memiliki kemudahan di sekitar kawasan perumahan khususnya di luar bandar untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu beliau berkata kempen selama tiga bulan akan digerakkan untuk mendekati rakyat yang belum berdaftar sehingga ke akar umbi bagi memberi kefahaman mengenai kepentingan menjadi pengundi.

"SPR akan tumpukan di kawasan yang rakyat sukar keluar untuk mendaftar pengundi seperti di luar bandar selain di pusat beli-belah di bandar-bandar utama. Usaha ini bagi memastikan lebih empat juta belum berdaftar itu dapat menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Mohd Hashim dalam pada itu meminta pengundi berdaftar supaya lebih serius dalam menunaikan tanggungjawab kepada negara dengan keluar mengundi semasa pilihan raya diadakan.

Ini kerana katanya, peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya hanya mencapai sehingga 75 peratus dan tidak pernah mencecah 100 peratus atau lebih 90 peratus.

"Sebagai contoh semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, hanya 68 peratus sahaja yang keluar mengundi, mana lagi baki 22 peratus.

Disebabkan itu, kita kena serius dalam hal ini jika mahu menegakkan demokrasi di negara kita," katanya.

Kempen Pendaftaran Pengundi selama tiga hari di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf itu buat julung kali dianjurkan dengan usahasama dua badan swasta iaitu akhbar Sinar Harian dan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia X Berhad.

Menerusi kempen itu, Air Asia X Berhad menawarkan 1,100 tiket penerbangan percuma ke beberapa destinasi luar negara bagi rakyat yang berdaftar sebagai pengundi. -  BERNAMA

2 comments:

  1. "Jika tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak guna bercakap di media sosial (berkaitan situasi politik negara), kalau apa yang dicakapkan itu tidak diterjemah dalam bentuk undi,"

    -Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

    Sabah bakal mengadakan Pilihanraya Negeri pada bila2 masa sahaja.

    Tarikh tutup pendaftaran sebagai pengundi adalah bulan March 2017.

    Kepada anak2 muda sekalian,

    Jika negara yg ada konflik peperangan akan mengangkat senjata menyabung nyawa.

    Malaysia negara demokrasi hanya perlu mengundi untuk mengubah penderitaan, kezaliman dan penganaiyaan yg dilakukan oleh Bijan 3K dan mereka2 yg bersubahat, bersetongkol dengannya!

    Janganlah kita menyesal,

    Apabila di kemudian hari Bijan 3K masih memerintah selepas PRU, gara2 anak2 muda berdegil, tidak ambil kisah, tidak ambil tahu berhubung prndaftaran sebagai pengundi.

    Di negara2 jiran lain anak2 muda begitu aktif mengambil bahagian dalam proses sistem demokrasi ini.

    Janganlah anak2 muda bermimpi indah di kemudian hari jika kita tidak melakukan perubahan pada HARI INI!

    janganlah kita anak2 muda, menyesal di kemudian hari semata mata tidak melakukan tanggungjawab kamu terhadap agama bangsa dan tanahair!

    Ayuh anak2 muda sekalian! Lakukan perubahan!

    PERUBAHAN MENGUNDI KEPADA PARTI PEMBANGKANG YG KITA LAKUKAN ADALAH DEMI MASA DEPAN NEGARA YG LEBIH BAIK, GEMILANG DAN LEBIH CEMERLANG!

    INI KALI LAH!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah BN akn terus pegang tampuk pemerintahan.. n najib yg namanya ko ratipkn sepanjang masa akn terus jd PM.. jd, lain kali aje la ye..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com