innity

pages

Thursday, March 23, 2017

2,000 POKOK DITEBANG CURI DARI RIZAB HIDUPAN LIAR KRAU - PERHILITAN DAN PERHUTANAN BERTELAGAH?


KENYATAAN MEDIA ALAM MALAYSIA

2,000 POKOK DITEBANG CURI DARI RIZAB HIDUPAN LIAR KRAU - PERHILITAN DAN PERHUTANAN BERTELAGAH?

PERIKATAN PENCINTA ALAM MALAYSIA (ALAM) menerima maklumat mengenai kira-kira 2,000 pokok balak dari spesis bermutu tinggi seperti Meranti, Merbau, Seraya dan Nyatoh telah ditebang curi dari Rizab Hidupan Liar Krau dan dibawa ke matau berhampiran Kampung Orang Asli Pian, Kuala Krau, Temerloh, Pahang sejak benerapa minggu lalu.

Kayu balak yang dianggarkan lebih 5,000 tan bernilai jutaan Ringgit itu telah ditahan oleh Jabatan Perhilitan sebaik sahaja kegiatan pembalakan haram itu dikesan benerapa hari lalu.

Bagaimanapun, dikatakan timbul pertelagahan antara Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutahan mengenai bidang kuasa siapakah yang sepatutnya mengendalikan kes berkenaan dan mengambil tindakan terhadap pembalak haram terbabit kerana Rizab Hutan Hidupan Hidupan Liar Krau diwartakan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan bidang tugas kawal selia Jabatan Perhilitan lebih kepada melindungi hidupan liar manakala hutan pula dibawah kawal selia Jabatan Perhutanan.

Namun, walau apa pun pertelagahan atau isunya, ALAM menggesa kedua-dua jabatan berkenaan berganding bahu menyelesaikan kes berkenaan dan mengambil tindakan tegas untuk membawa pembalak haram terbabit ke muka pengadilan.

Ini bukanlah kali pertama Rizab Hutan Hidupan Liar Krau yang kini menjadi kawasan utama perlindungan dan pusat pemulihan gajah itu diceroboh oleh pembalak haram, malah sudah banyak kali.

Kali terakhir adalah pada Julai tahun lalu di mana lebih 3,000 tan balak turut disita di matau yang sama.

KHAIDIR AHMAD
Presiden 

ALAM MALAYSIA
Dikeluarkan pada 22 Mac 2017. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 0139288288

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com