innity

pages

Friday, March 31, 2017

Cium Mulut Lepas Nikah, Nora Danish Dikecam


Apa saja yang tidak kena di mata warga laman sosial pastinya akan diperkatakan selain mereka sendiri mengeluarkan pendapat masing-masing. Jika kesalahan orang kebiasaan turut menjadi bahan kecaman, apatah lagi barisan selebriti tanah air.

Panas lagi isu cium mulut berdurasi sedetik lebih di antara Nora Danish dan juga suaminya,Nedim Nazri, tanda luahan rasa cinta dan sayang kepada isterinya itu. Namun tindakan mereka itu bagaimanapun kurang mendapat sokongan warga laman sosial.
Ada yang menyifatkan Nora dan Nedim umpama tidak menghormati majlis pernikahan tersebut lebih lebih lagi perbuatan mereka itu turut disaksikan anak anak mereka sendiri.
Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dalam meniti hari sebagai pasangan suami isteri. Malah Nora sendiri sebelum ini pernah menyatakan harapan agar perkahwinan kali ini adalah yang terakhir. (rtky/s)

Debat Mahathir-Nazri sah, polis tetapkan syarat


Debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sah akan berlangsung pada 7 April ini, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub .
“Alhamdulillah, surat dari OCPD Shah Alam ( ACP Shafien Mamat) baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on,” katanya menerusi Twitter.
Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Hussamuddin turut dimuat naik surat polis bertarikh 31 Mac di akaun media sosialnya.
Menurut surat itu, polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.
Antaranya, penganjur diminta peserta himpunan tidak bertindak atau mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh menimbulkan kemarahan di kalangan orang ramai atau mengganggu ketenteraman awam.
Karangkraf juga diberitahu untuk memastikan acara itu tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sementara itu, akhbar Sinar Harian memetik Hussamuddin sebagai berkata, majlis berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja. Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak.
“Hanya 300 penonton sahaja akan hadir di mana 100 jemputan daripada pihak Tun Mahathir, 100 daripada pihak Mohamed Nazri dan 100 lagi daripada kami sebagai penganjur.
“Penonton yang dijemput akan dimaklumkan mengenai beberapa peraturan yang harus dipatuhi.
"Parkir juga disediakan di dalam premis kami untuk kemudahan jemputan yang hadir,” katanya.
Hussamuddin berkata, biarpun jumlah penonton terhad, namun sesi itu boleh disaksikan secara langsung menerusi Sinar TV serta rangkaian Sinar Harian yang lain seperti portal dan juga laman sosial di Twitter dan Facebook.
Beliau berkata, Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali akan bertindak sebagai moderator.

Parah UMNO, nak martabat Islam pun perlu rujuk parti Cina, India


SUDAH terang lagi bersuluh, cadangan pindaan Akta 355 tidak melibatkan mana-mana orang bukan Islam kerana Mahkamah Syariah hanya membicarakan orang Islam.
Sudah memang sampai masa pun bidang kuasa mahkamah ini diperkasakan.
Ini semua sudah jelas, bahkan Datuk Seri Jamil Khir dan Datuk Seri Asyraf Wajdi telah hadir ke Himpunan 355 di Padang Merbok baru-baru ini tanda sokongan.
Tak lama kemudian, seorang menteri buat kenyataan bahawa kerajaan akan membawa usul berkenaan dalam Parlimen bagi memudahkan ia diluluskan dengan mendapat majoriti mudah.
Tiba-tiba Datuk Seri Najib Razak pula buat kenyataan bercanggah kerajaan tidak akan membawa usul itu.
Alasannya, perlu ikut konsensus dalam BN.
Semua orang boleh nampak UMNO hanya mementingkan survival politik mengatasi kepentingan Islam dan umatnya.
Parti Melayu ini juga sudah tidak bebas membuat keputusan mengenai agamanya kerana terikat dengan parti bukan Islam, MCA dan MIC, walaupun ia hanya melibatkan umat Islam sahaja.
Kalau dalam isu RUU 355 pun dah begini lembiknya, bagaimana pula dalam isu-isu lain?
Bekas Ketua Penerangan Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, parti keramat Melayu itu sudah lama hilang aspirasi membangunkan Islam.
Projek-projek bernamakan Islam hanya sekadar tempelan dan modal politik.
Gerakan liberal diberi ruang menyebarkan pengaruh terhadap umat Islam.
Budaya asing yang menjahanamkan generasi Melayu dibiarkan merosakkan jati diri.
Perhatikan isu-isu dalam negara dan apa reaksi pemimpin UMNO.
Sungguh, UMNO dan seluruh pemimpin dan anggotanya perlu bertaubat dan kembali mengucap dua kalimah syahadah.
Bukan itu sahaja, Pedang sedia menawarkan diri memberi penerangan apakah di sebalik maksud syahadah yang dilafazkan.
Islam itu bukan ritual keagamaan, bahkan ia adalah cara kehidupan.


Kata Pedang: Kita tunggu RUU 355 ini diluluskan atau tidak.
- ismaweb

[RUU355] Abdul Hadi Perlu Letak Jawatan - Husam


KOTA BHARU: Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama jawatankuasa parti meletakkan segera jawatan mereka.

Gesaan itu dilakukan Husam berikutan kegagalan Pas untuk membentangkan RUU 355 di Parlimen yang selama ini rancak diusahakan.

Husam berkata, kejutan buat Pas itu sudah dijangka berlaku biarpun BN memberi keyakinan kepada rakyat RUU 355 boleh dibentangkan di Parlimen.

“Secara ringkasnya, saya minta Presiden Pas dan jawatankuasa Pas meletakkan jawatan secara bersama. (Sebab) yang berlaku ini satu tindakan politik merosakkan nama Pas.

“Dia telah memecahbelahkan pakatan pembangkang, pecahbelahkan Pas dan meletakkan Pas sebagai satu badan politik yang tidak dapat difahami oleh rakyat jelata,” katanya kepada media pada Khamis.

Mengulas lanjut, Husam memberitahu, semasa beliau masih berada di dalam Pas lagi perkara sebegini telah dibincangkan namun tidak diendahkan.

“Tetapi tiba-tiba RUU 355 dibawa secara persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tanpa persetujuan jawatankuasa Pas Pusat pada waktu itu,” katanya.

Husam berkata, Abdul Hadi tidak boleh melepaskan diri kerana telah mencemarkan kredibiliti Pas.- SinarHarian

Najib tak tamat belajar?


KUALA LUMPUR, 2 Rejab 1438H, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa gagal menamatkan pengajian di Universiti Nottingham di England pada 1974.
Dakwaan itu dilemparkan oleh salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Rahman Mohd Noor menerusi sebuah video berdurasi 2:52 minit.
Abdul Rahman mendakwa, beliau berada di UK pada masa itu dan Najib tidak menduduki peperiksaan akhir di University of Nottingham. 
Beliau mendakwa mendapat maklumat itu ketika bertugas sebagai atase pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Britain selama lima tahun selepas tamat belajar dari Universiti Malaya pada 1972.
Dalam video tersebut, Abdul Rahman turut mendakwa bahawa beliau sedia mencabar Pengerusi BN itu di kerusi Parlimen Pekan pada PRU ke-14 nanti.
Menafikan dakwaan tersebut, Setiausaha UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib menyifatkan ia sebagai penipuan dan fitnah terdesak PPBM melemahkan pengaruh BN.
“Saya nak menjawab tuduhan bagi tuduhan yang nampak sangat bohong ni. Kalau nak bertanding awal-awal lagi dah nak membohongi saya tak boleh nak terimalah sebagai pemimpin.
“Ini saya tidak boleh terima. Saya nak jelaskan di sini kenyataan itu seratus peratus adalah bohong. Semasa saya berkhidmat di London, Datuk Najib ada datang sebagai alumni di Universiti Nottingham, takkan dia dapat pergi majlis itu sekiranya dia tidak tamat belajar?,” soalnya dalam satu video yang dimuatnaik ke Youtube.
Mengulas lanjut Ahmad Azmey berkata, beliau sendiri pernah bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London ketika Najib berada di negara berkenaan untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi di universiti berprestij tersebut.
Bahkan, Ahmad Azmey menjelaskan bahawa untuk memasuki Universiti Nottingham juga bukan mudah dan calon disaring ketat mesti memperoleh keputusan cemerlang di peringkat A-Level.
“Najib sebenarnya berjaya menamatkan pengajian menerusi bidang Industrial Economics daripada Universiti Nottingham pada 1974 sebelum pulang ke tanah air untuk aktif dalam politik di Malaysia lebih daripada 40 tahun,” katanya.
Semakan secara langsung dengan laman web rasmi University of Nottingham turut mengesahkan bahawa Najib merupakan alumninya: http://www.nottingham.ac.uk/news/pressreleases/2009/april/alumnusbecomesprimeministerofmalaysia.aspx

JAWAPAN kepada Farouk Musa atas Tuduhan Pengikut Sunnah PEMALAS, Hanya Pandai Duduk dan Jampi Serapah

Oleh: Ustaz Engku Ahmad Fadzil

(1) Apabila orang yang jahil cuba memperbodohkan orang lain, akhirnya menyerlahkan kejahilan diri sendiri.

(2) Yang mengatakan tiada taqdir Allah itu adalah Qadariah dan, to a lesser extent, Muktazilah ; dan yang mengatakan tidak perlu berusaha ikhtiar itu adalah Jabariah. Kedua-duanya BUKAN Ahlis Sunnah wal Jamaah.

(3) Yang pemalas itu sebenarnya adalah golongan liberal yang hanya sibuk dengan aktiviti2 memuaskan nafsu kebinatangan mereka dan menjustifikasikannya.

(4) Malah kalau yang menuduh ini tidak buta sejarah, pasti dia tidak akan buta kepada jasa2 Asyaa'irah yang membentuk majoriti ulama Islam di dalam pelbagai bidang ilmu dan kemajuan, dan begitu pejuang2 Asyaa'irah seperti Sultan Muhammad Al-Faateh dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi.

(5) Tuduhan melulu oleh Farouk Musa ini lah yang dalam Bahasa Arab disebut jahil murakkab dan di dalam Bahasa Nogori kalau tak silap saya disebut "bodo bertingkek-tingkek"
Menara.my 👇


*Pengikut Sunnah Pemalas kata Farouk Musa*
Datuk Dr Farouk Musa juga mendakwa umat Islam mundur paling terkebelakang dan kurang memberi sumbangan terhadap sains dan teknologi serta cuma mengharapkan perubahan dengan hanya duduk dan berdoa mengharapkan mukjizat. Menurutnya, kemunduran umat Islam ini disebabkan mereka terperangkap dengan kepercayaan Asha’irah bahawa takdir ketetapan adalah sesuatu yang pasti dan tiada keperluan untuk berikhtiar.

RUU355: Siapa Berdusta, Siapa Terpedaya atau Hipokrasi Semata-mata?


Oleh: A Kadir Jasin

MAAF cakaplah kalau saya kata isu RUU355 ini adalah sarkas politik tahap maksimum yang mendedahkan hipokrasi Umno-PAS.

Sekali gus ia menyerlahkan pakatan gelap Presiden Umno, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, dan pemimpin tertentu dalam PAS.

Babak pertama: Setelah bertindak macam orang kena sawan, Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, pada 24 November tahun lalu, bentangkan rang undang-undang persendirian yang kemudiannya dikenali umum sebagai RUU355.

Macam-macam alasan, helah, pujuk raya dan ancaman mengiringi pembentangan RUU355, termasuklah tunjuk perasaan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur, pada 18 Februari lalu oleh PAS dan sekutunya.

Babak kedua: Kerajaan Najib ambil alih RUU355 dengan janji akan kaji, pinda dan bentangkannya sebagai rang undang-undang kerajaan.

Dalam tempoh itu, jentera putar-belit Umno (pinjam ungkapan Jho Low) berkaitan RUU355 yang diketuai oleh Menteri Parlimen (Datuk Seri) Azalina Othman buat macam-macam kenyataan dan helah seolah-olah mereka lebih Islam dan lebih serius mengenai daripada PAS.

Azalina Menteri Parlimen dan Undang-undang
Tapi di belakang tabir Najib sembelit otak ditekan oleh parti-parti unit jagaan rapi (ICU) Barisan Nasional pusat seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta Barisan Nasional bebas Sawarak.

Babak ketiga: Setelah riuh-rendah satu negara dengan paluan gendang perang, tiba-tiba RUU355 jadi macam orang nak bersin tak jadi atau si suami yang tengah mimpi berahi tiba-tiba dikejutkan bini kerana ada kebangkitan luar biasa dalam selimut.

Kata pemimpin Wassatiyyah merangkap rakan seketiduran Abdul Hadi, RUU355 tak dibentangkan kerana “Dewan Tertinggi BN memutuskan kerajaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.”

Najib (kiri) kantoi Abdul Hadi?
Menurut perdana menteri transformasi, keputusan itu diambil selaras dengan dasar dan amalan BN yang menetapkan semua keputusan mesti dibuat secara konsensus. Abdul Hadi kena kentut.

Mana Najib nak berani bila MCA yang ada perjanjian adik-abang dengan Parti Komunis China (baca di sini) depan-depan dia kata, parti itu akan tolak RUU355.

Parti wad jagaan rapi ini nampaknya lebih berkuasa daripada parti jagoan “demi negara, bangsa dan agama” Umno dalam hal RUU355.

Mana menteri agama dan lebai-lebai Umno? Takkan setebal itu saja pegangan agama mereka sehingga dengan MCA, MIC, Gerakan dan PPP pun kecut testikel? Kecut buah zakar la tu! 

Jamil Khir: Takkan agamawan Umno penakut
Atau RUU355 sebenarnya, dari awal hingga akhir, adalah mainan politik Najib dan Hadi semata-mata. Sekadar melepas batuk di tangga dan ajak-ajak ayam.

Yang menjadi mangsa adalah orang Islam, khususnya ahli dan penyokong PAS yang betul-betul percaya bahawa Abdul Hadi dan Najib, dua sahabat sehati -sejiwa, baju sewarna, ikhlas membentangkan RUU355?

Soalnya sekarang, siapa pakat dengan siapa, siapa kelentong siapa dan apakah jenis quid pro quo di antara Najib dengan Hadi?

Yang pasti, sarkas politik ini belum berakhir. Kita tunggu dan tengok.

Wallahuaklam.

Wednesday, March 29, 2017

"Tok Lebai' cetus kecoh di DUN Selangor



Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang ADUN DAP menggunakan istilah 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. 

ADUN DAP-Kampung Tunku, Lau Weng San ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit. 

Kemudian, ADUN BN-Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak bangun mencelah dan menegur Lau untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam. 

"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya. 

Namun, Lau enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu. 

Lau kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam. 

Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang individu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin.

Tuesday, March 28, 2017

[MAHU JIMAT DUIT?] Kerajaan akan TUTUP 30 pejabat kedutaan di Luar Negara?


Kerajaan belum membuat keputusan untuk menutup 30 pejabat kedutaan Malaysia di luar negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. 

Beliau berkata, kajian mengenai perkara itu dilakukan secara berkala bagi menilai keperluan mengekalkan pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. 

Katanya, Malaysia memiliki 108 pejabat kedutaan di luar negara tetapi jumlah itu tidak melambangkan hubungan yang substantif antara negara terbabit. 

"Untuk makluman, ada negara seperti Singapura yang hanya ada 80 pejabat kedutaan, manakala Indonesia memiliki lebih sedikit kerana mereka 10 tahun lebih awal merdeka, Thailand ada 102 dan Filipina memiliki lebih sedikit dari kita. 

"Kadang-kadang kita lihat ada negara yang tiada keperluan (ada pejabat kedutaan Malaysia) tetapi tidak bermakna kita tidak ada wakil, kadang-kadang ada duta untuk membolehkan hubungan dua negara tetap terpelihara. 

"Saya boleh nyatakan ketika ini tiada sebarang keputusan untuk menutup 30 pejabat kedutaan kita di luar negara," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2016) 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. 

Terdahulu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN-Kuala Terengganu) pada sesi perbahasan membangkitkan isu mengenai cadangan kerajaan mempertimbangkan penutupan 30 pejabat kedutaan Malaysia di luar negara. 

Beliau berkata, perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini. 

"Tindakan ini akan menjejaskan operasi dan juga kepercayaan negara luar mengenai kehadiran Malaysia di negara berkenaan," katanya.

Peguam:Kalau Tak Nak Ikut Undang-Undang Sila Tinggal Di Negara Sendiri


Hak untuk tidak mengikut Perundangan Syariah Negara atau Institusi Islam yang dikatakan oleh sesetengah tokoh seperti Siti Kasim dan Haris Ibrahim dalam sebuah forum baru-baru ini boleh dilakukan tetapi bukan di negara ini. 

Mereka perlu berusaha lebih keras untuk mencari dan membina negara mereka sendiri, kata Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla. 

Menurutnya, tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu, setiap orang Islam adalah tertakluk kepada hukum syarak. 

“Jadi dari segi pentadbiran negara selagi penyelarasan dan pentadbiran hukum syarak itu sendiri mematuhi hukum syarak maka mana-mana individu yang melanggar hukum-hukum syarak yang boleh dihukum di bawah Islam, kita (orang Islam) adalah  tertakluk kepada perbicaraan ataupun sistem pendakwaan dan hukuman di bawah Islam,”katanya. 

Beliau berkata, perkara itu tidak menghalang kita daripada tampil ke hadapan Mahkamah Syariah dan cuba menampilkan apa-apa pembelaan yang kita percaya kita ada termasuk perkara atau kelakuan yang kita di tuduh itu. 

“Kalau kita percaya perkara itu tidak bersalah maka kita berhak untuk menampilkan segala bukti dan juga nas ataupun hukum-hukum Islam melalui kandungan mana-mana ayat atau surah di dalam Al-Quran, Hadis mahupun Ijmak Ulama,” katanya. 

Mohamed Hanif berkata, Mahkamah Syariah pula wajib mendengar dan kemudian baru mahkamah membuat keputusan samada nas dan  perkara berkaitan yang ditampilkan itu adalah berjaya untuk menjadi pembelaan kepada kita atau tidak. 

“Maksudnya sebagai Islam, contohnya jika seseorang itu syahadah Islamnya lengkap dengan mengakui bahawa Allah itu Esa dan Muhammad itu Rasul terakhir tetapi di dalam pembelajarannya dan di dalam pemahaman serta di dalam otaknya, dia merasakan puasa itu tidak wajib kemudian dia ditangkap sebab makan di khalayak ramai. Pada masa itu dia perlu hadir di hadapan Mahkamah Syariah disebabkan hukum Islam itu tertakluk dan digunakan kepada dia.” 

“Kemudian ketika di mahkamah kalau dia rasa kita semua salah termasuk kita gunakan nas yang salah ataupun dia mendakwa ada nas yang menunjukkan puasa itu tidak wajib jadi dia berhak untuk tampilkan nas dan ayat atau hadis yang dikatakan itu bagi membela diri,” katanya. 

Menurut beliau, maka setelah itu biarlah mahkamah yang membuat keputusan samada perkara yang didakwa itu adalah betul ataupun salah mahupun sesat. 

“Maksud saya kita tidak boleh katakan ini bukan Islam cara awak, ini Islam cara saya atau Islam cara mazhab itu dan mazhab ini,” katanya. 

Beliau berkata, pandangan itu hendaklah ditapis di mahkamah dan mahkamahlah yang akan membuat keputusan dalam keadaan tersebut samada ada orang itu bersalah ataupun tidak bergantung kepada kehakiman Islam itu sendiri. 

“Tidak timbul isu samada mereka ada hak sebagai individu dan berhak mengikut Islam acuan mereka sendiri, mereka perlu buktikan dengan selengkap-lengkapnya di mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman di khalayak,”katanya. 

Hanif berkata, sememangnya Perlembagaan telah 
menetapkan bahawa setiap orang Islam adalah tertakluk kepada undang-undang dan hukum Islam itu di bawah Perlembagaan dan juga sebagai orang Islam Perkara 3 telah menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. 

Menurutnya, perkara itu telahpun ditakrifkan di dalam kes kalimah “Allah” di Mahkamah Rayuan di mana mahkamah telah menyatakan bahawa tanggungjawab setiap  agensi kerajaan untuk menentukan undang-undang Islam dan dibenarkan untuk digunapakai terhadap orang Islam. 

Kalau orang Islam itu merasakan bahawa dia tidak bersalah terhadap mana-mana tindakan yang diambil terhadapnya maka dia juga masih tertakluk kepada undang-undang Islam. 

Beliau berkata, itu sudah ditentukan di bawah Perkara 74, isu-isu Islam di bawah negeri dan negeri di bawah enakmen dan isu-isu enakmen terkandung undang-undang Islam. 

“Jadi kita sebagai umat Islam, bagi tafsiran saya kepada Perlembagaan, kita tetap tertakluk kepada dua set undang-undang iaitu sebagai rakyat Malaysia kita tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan sebagai orang Islam kita tertakluk kepada hukum-hakam Islam yang telah disahtarafkan melalui Perlembagaan,” katanya.

-menara.my

Rafizi: Campur tangan Rahman sebabkan Petronas bayar harga minyak lebih mahal?




Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan sama ada campur tangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyebabkan Petronas terpaksa membayar harga minyak mentah dari Saudi Aramco dengan harga lebih mahal.

Rafizi berkata, ini kerana dalam laporan Reuters sebelum ini dengan jelas menyebut bahawa sumbernya menyebut Saudi Aramco menyatakan keputusan menggantung penyertaannya dibuat setelah mereka mendapati pulangan pelaburan yang tidak mencukupi.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga anggota parlimen Pandan itu berkata rakyat perlu memahami bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh Petronas dan Saudi Aramco melibatkan persetujuan untuk membekalkan minyak mentah yang menjadi bahan asas untuk ditapis dan diproses di kompleks penapisan minyak dan petrokimia (Rapid) di Penggerang.

Oleh itu, Rafizi berkata kebimbangan beliau kini berkisar laporan Reuters dan kenyataan Abdul Rahman yang mendabik dada bahawa campur tangan beliau telah “menyelamatkan” penyertaan Saudi Aramco sekali gus mempersoalkan kemampuan menteri kerajaan itu.

Semalam, Rafizi menggesa Abdul Rahman menjelaskan peranan sebenar beliau dalam 'menyelamatkan' perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion (RM31 billion) antara Petronas dan Saudi Aramco.

Pada sidang medianya itu, Rafizi merujuk kepada kenyataan Abdul Rahman yang dilaporkan pada Sabtu lalu bahawa beliau berada di tempat dan masa yang betul apabila rundingan perjanjian itu tidak berjalan seperti dirancang.

Oleh demikian, Rafizi sekali lagi mendesak Abdul Rahman untuk berbuat demikian.

Dua hari yang lalu, Abdul Rahman mendedahkan peranan beliau dalam perjanjian pelaburan bernilai AS$7 bilion dengan Saudi Aramco setelah ia tidak berjalan seperti dirancang.

Abdul Rahman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan beliau ke Riyadh pada akhir 2016 selepas rundingan perjanjian itu, yang telah berlangsung selama kira-kira dua tahun, berjalan dengan perlahan.

Guru jadi AJK Umno pula bagaimana?


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta bersikap adil dalam menghukum guru-guru yang terlibat dalam 'kancah politik'.

Biro Integrasi Nasional PKR, Datuk Sri Dr Santhara berkata, adalah tidak adil sekiranya tindakan hanya dikenakan kepada guru 'pembangkang' sebaliknya tindakan yang sama tidak dikenakan kepada guru 'kerajaan'.

"Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan guru-guru yang aktif berpolitik dengan Umno, BN? Malah ada yang menjadi AJK Umno, MIC dan Parti komponen BN yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPM telah menghantar surat tunjuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan.


Beliau berkata, semua guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah-perintah Am dalam perkhidmatan awam dan hal ini berkait dengan salah laku sebagai penjawat awam.

Mengulas perkara sama,  Santhara  turut menegaskan, setiap rakyat Malaysia berhak menyatakan yang benar serta mengkritik kerajaan.

"Malah guru juga rakyat dan mereka mesti dinilai daripada sudut menjalankan tugas sahaja. Jadi perlukah mereka diambil tindakan oleh pihak tatatertib KPM?" - SH

WARKAH UNTUK ADINDA NIK ABDUH

OLEH: KEKANDA MUJAHID YUSOF RAWA
28hb March 2017
29 Jamadil akhir 1438
Ke Hadapan Adinda Nik Abduh
Semoga adinda dan keluarga besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) berada dalam pemeliharaan Allah. Keluarga kami sihat belaka menjalani kehidupan fana ini yang pasti berakhir.
Adinda,
Kita berkongsi satu fakta, iaitu ayah kita adalah pemimpin parti Islam yang disegani kawan dan lawan. Ayah saya Tuan Haji Yusof Rawa (THYR) pernah menjadi Presiden PAS dan Murshidul Am pertama. Beliau tak mahu dipanggil Tuan Guru dan lebih senang dengan panggilan Tuan Haji sahaja.
Ayah kita menjadi bahan kritikan dan cemuhan, ada juga pujian dan pujaan. Sepanjang hidup kami, kami lalui dengan pesanan ayah “biarkan, itu perkara biasa..” Ayah mengajar doa kepada saya apabila dipuji agar berkata : ” Ya Allah jadikankanlah pujian mereka satu kebaikan bagi ku, dan ampunilah aku atas segala sesuatu keaiban aku yang mereka tidak ketahui (tentang aku)”
Kritikan pedas kepada ayah ketika memimpin era kepimpinan ulamak oleh musuh politiknya seperti tuduhan terikut pengaruh syiah dan kritikan dari dalam PAS sendiri ketika ayah bersetuju dengan penubuhan sayap CCC (Chinese Consultative Council) semua diterima sebagai asam garam politik. Malah ayahanda pernah berhasrat letak jawatan Presiden kerana menganggap undi tidak percaya kepadanya hanya kerana ada di kalangan AJK PAS waktu itu tidak menyokong keputusan yang sebelumnya dibuat bersama.
Walaupun Tan Sri Asri Muda dan rakan-rakannya menubuhkan HAMIM, ayahanda saya tetap menziarahi mereka sebagai kawan. Ayahanda mengajar saya bahawa ISLAM mengatasi kepartian dan kekelompokan. Beliau dikenali tidak bersetuju dengan budaya takfiri ketika itu dan menyatakan pendirian PAS secara resmi. Di Pantai Timur, ayahanda dianggap ‘tidak keras’ malah ketika belasungkawa kematian beliau, Utusan Malaysia menyebut ” Haji Yusof Rawa, Pemimpin Sederhana dalam PAS meninggal dunia”
Adinda,
Saya cuba meneruskan prinsip dan ajarannya kerana beliau adalah murabbi saya yang pertama. Berbeza dengan adinda, saya memilih untuk bersama AMANAH atas pilihan prinsip. Orang menuduh kekanda dengan label berbagai antaranya “Iman tidak boleh diwarisi” ” Ayah hebat, anak pengkhianat” dll yang cuba kaitkan saya dan ayah saya. Kekanda diamkan sahaja dan anggapnya sebagai asam garam perjuangan.
Adinda,
Apa yang mereka tidak tahu, beberapa hal diajar oleh ayah kekanda ialah kepartian atau istilah Jamaah bukan soal aqidah iman dan kufur, kedua, pandangan politik bukan kesalahan, ketiga, bersikap terbuka dalam semua hal adalah jalan terbaik.
Kita ditinggalkan dengan berbagai tanggapan terhadap kepimpinan ayah kita. Para ahli akademik berminat membuat kajian tentang ketokohan mereka dalam suasana politik yang mereka terpaksa harungi. Begitu juga pihak lain termasuk parti politik, badan kerajaan dan bukan kerajaan. Ruang penulisan, seminar dan kajian ilmiah akan memberi puluang ketokohan ayahanda kita dikenali generasi kemudian.
Adinda,
Semua tokoh samada ulamak atau politik sepanjang sejarah dibuat penulisan dan kajian antara kritikan dan kredit. Ibnu Taimiyah, Imam al Ghazali, Imam al Syatibi, semuanya dimuatkan sejarah mereka dalam bentuk kritikan dan kredit. Apapun, ia tidak mengurangkan kehebatan ide, ilmu tokoh besar ini. Kekanda tidak dapat membayangkan jika ada pihak pada zaman pasca kematian mereka, menyekat atau menghalang kritikan dan kredit ditulis untuk mereka, nescaya hari ini tiada siapa yang mengenal tokoh besar Islam ini.
Biarlah ayahanda kita dikaji, diseminarkan kerana generasi akan datang dapat menghargai jasa besar mereka untuk politik Malaysia dan perkembangan politik Islam antarabangsa. Ada sudut pandang ayah kita dari kasih sayang seorang bapa, kesetiaan seorang kawan dan penghayatan akhlak berkeluarga perlu juga diketengahkan berbanding dengan aspek keseriusan politik dan kepartian semata-mata. Bagaimana semua ini hendak ditonjolkan kalau kita sebagai anak menghalang sesuatu pihak mengadakan seminar tentang pemikiran dan ketokohan ayah-ayah kita?
Adinda,
Jikalau alasannya kerana parti AMANAH (bukan PAN ya) yang menganjurkannya, kaedahnya tetap sama, iaitu ” kita tidak boleh menyekat mana-mana pihak membuat kajian tentang ayah kita” Dengan menyekat, apatah lagi melalui laporan polis, kita telah meletakkan kes awalan yang tidak baik seolah menjadi kesalahan sesuatu pihak mengkaji pemikiran ayah-ayah kita. Lagipun seminar yang bakal dianjurkan belum pun lagi berlangsung, apakah adinda ada ‘kashaf’ keburukan akan berlaku?
Jika AMANAH adalah masalahnya, carilah jalan lain untuk membuat laporan ke atas AMANAH, contohnya buatlah laporan Polis tentang kenyataan bahawa PAS menerima 90 juta dari UMNO melalui laporan Sarawak Post. Atau dakwaan Kerajaan Kelantan tidak memelihara alam sekitar, atau dakwaan PAS dah berbaik dengan UMNO dll dakwaan politik terhadap PAS. Adapun menggunakan nama ayah kita sebagai laporan polis kerana AMANAH bercadang akan buat seminar pemikiran TGNA adalah di luar jangkaan kekanda terhadap adinda.
Adindaku,
Kekanda telah menyatakan bahawa, siapa sahaja yang berminat untuk mengkaji tentang ayah kami atau membuat seminar, kami tidak akan halang. Ayahanda kami juga adalah antara penerbit dan pencetak Melayu yang awal di Pulau Pinang, antara pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang( zaman BN) dan anak Melayu Pulau Pinang terawal dalam jawatan kabinet ketika PAS bersama BN.
Kekanda yakin, sebagai anak kepada seorang tokoh besar, ada perkara yang adinda belum mengetahui tentang TGNA kerana kekanda sendiri senantiasa mendapat maklumat baru tentang ayah kekanda THYR, yang kami sendiri tidak pernah mengetahuinya. Melalui seminar kita sebagai anak akan terus mempelajari tentang ayah kita. Melainkan adinda telah mengetahui segalanya tentang ayahanda adinda, itu kekanda tidak tahu.
Adinda,
Demikianlah warkah kekanda untuk ditatapi umum, biarlah mereka membaca celoteh kekanda. Mereka tidak memahami bagaimana menjadi anak kepada tokoh, ya kekanda pernah kecil hati pada kritikan kepada ayah tetapi kekanda belajar membesar dengan realiti ini. Ya kekanda memilih untuk bersama AMANAH, kekanda rela menerima kritikan. Adinda juga mungkin merasai perasaan yang sama dikritik hebat gaya ‘politik berhemah’ adinda.
Walaupun demikian, ketahuilah kekanda tidak akan menyekat mana-mana pihak mengkaji atau membuat seminar tentang ayah kekanda malah kekanda dengan berbesar hati mengajak adinda untuk menjadi pembentang dalam seminar anjuran AMANAH untuk membetuli apa yang adinda rasa dieksploitasi oleh parti AMANAH. Jika adinda bersetuju, kekanda akan meminta penganjur menjemput adinda mewakili keluarga TGNA.
Semoga Allah memelihara kita semua dalam kehidupan berbaki menuju alam abadi. Salam kasih pada bonda dan semua keluarga TGNA dari keluarga besar THYR. Semoga adinda menerima jemputan kekanda dengan dada yang lapang dan semoga tiada laporan polis dibuat kerana warkah ini.
Al Faqir ila Afwi Rabbihi,
Mujahid Yusof Rawa
28 March 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com