innity

pages

Monday, February 20, 2017

VIRAL Ulama Pas hadiahkan isteri muda kereta mewah, Fitnahkah?


KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemimpin Pas hari ini didakwa menunjukkan kemewahan luar biasa apabila didapati menghadiahkan isterinya sebuah kereta Audi Q7.
Difahamkan, pemimpin yang ada jawatan dalam Dewan Ulama Pas Pusat itu berbuat demikian demi menunjukkan rasa cinta terhadap isteri mudanya.
Perbuatan itu tular apabila seorang pelayan Facebook yang menggunakan nama ‘Datin Norhayati Abd Malek’ pada akaun Facebook memberitahu, kereta mewah berkenaan adalah pemberian suaminya.
Dakwa wanita yang juga merupakan seorang usahawan kosmetik itu, kereta berkenaan adalah untuk kegunaannya bersiar-siar dan berkunjung ke rumah rakan-rakannya di ibu negara.
“Kti (Kak Norhayati) dapat hadiah kereta dari En Somi (suami)” diikuti simbol wajah dengan mata lambang hati sebelum menyambung, “Audi Q7… bolehlah merayap rumah Zuraidah Yusof, Asikin Tajul, Saemah Mamat yang duduk area KL,” tulis beliau dalam akaun Facebooknya pada 15 Februari lalu.
Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dikatakan mempunyai beberapa kereta mewah antaranya Porsche Cayman.
Bagaimanapun Hashim yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis menafikan dakwaan terbabit dengan berkata kereta terbabit adalah milik anaknya.
Namun hasil siasatan mendapati kereta berkenaan didaftarkan di atas nama Hashim dan bukan anaknya seperti yang didakwa beliau.
Isu berkenaan mula disebut apabila ada pihak mengesahkan dua saman perangkap had laju menggunakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) terhadap Porsche didakwa menggunakan kad pengenalan pemimpin Pas itu.-MalaysiaGazette

9 comments:

  1. Pesan Ular Mak kepada penyokong aka penganutnya .. BUAT GAPO KO PITIS @ EMAS .. BESOK HANYA JASAD DIKUBURKAN .. bagi pihak ULAR MAK .. dia memiliki semua kemudahan dunia tidak apa .. hu hu hu

    ReplyDelete

  2. Org PAS bila buat ceramah kat masjid ke surau ke dapat lah buah tangan RM 4 , 5 ratus kekadang ribu sekali ceramah, so apa masalah ... mooofty dah kata rasuah juga ke?

    ReplyDelete
  3. Naik porsche menuju syurga

    ReplyDelete
  4. Insyallah harapan pribumi warisan .memerintah malaysia amin

    ReplyDelete
  5. Prasaan riak melanda jua

    ReplyDelete
  6. Kalau buah tangan sekali ceramah RM4~5 ratus, lama betul nak mengumpulnya beli kereta yang berjuta RM harganya. Ini namanya hendak seribu daya.Orang politik ni memang gigih mengumpul duit. Apa lah sangat perjuangan tu.

    ReplyDelete
  7. Jika berniaga menghasilkan kereta audi rakyat tak hairan.

    Jika memperalatkan agama untuk kepentingan politik, kebendaan dan keduniaan maka rakyat perlu berwaspada dan berhati hati!

    Kenapa rakyat memandang tinggi arwah tn guru hj nik aziz?

    Kerana niat dan matlamat arwah adalah jujur, hari ini PAS sudah menyimpang dari tujuan asal iaitu menyebar syiar Allah SWT.

    INSAFLAH RAKYAT MARHAEN, sebagaimana kerabat diraja arab saudi memperalatkan ulama2 mereka dengan pengaruh salafi dan wahabi, begitu juga apa yg bijan lakukan terhadap PAS dan golongan ulama negara ini.

    ReplyDelete
  8. Mudah je..kalau penulis komen dan sesiapa yg rasa tak senang pergila buat report polis supaya dia boleh disiasat. Aku suka juga kalau disiasat baru pecah semua kebwnaran dan kebathilan. Drpd buat dosa menuduh yg tak tahu benar atau tidaknya. Aku tgk hari hari cerita bohong yg diviralkan pasal budak kena culik la, budak berkaki empat la tapi semua rekaan dan kita percaya. Jadi laporan polis adalah yg paling baik utk semua pihak dpt tahu kebenaran.

    Blog ni pun berhati2 utk jadi popular, sbb jadi popular tapi Allah tak redho di akhirat susah nanti. Lebih baik buat siasatan anda sendiri atau tak payah lapor isu yg boleh jerut leher sendiri. Jauhi sikap mengadu domba dan fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata kau tunjuk contoh teladan dgn pergi buat laporan polis? kan bagus? blog ni reveal n kau buat laporan polis..pahala kau dpt dlm mencegah kebatilan..tak gitu?

      Nota kaki:
      Apa kata kau komen benda yg sama dlm facebook datin tu? nasihat kat dia jgn buat posting yg bole dipandang riak / ujub oleh org lain..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com