innity

pages

Wednesday, February 1, 2017

VIDEO VIRAl Ben Nathan,Dulu Penyanyi Terkenal, Kini MEREMPAT, BERKELIARAN, Kusut Masai



KUALA LUMPUR: Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave meminta keluarga Ben Nathan membantu penyanyi era 1980-an itu menjalani kehidupan normal, bukannya membiarkan dirinya tidak terurus dan berkeliaran di ibu kota. 

DJ Dave berkata, Ben tidak sepatutnya menghabiskan sisa hidup dengan merayau tanpa tujuan. 

Malah, DJ Dave berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu wajar dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

"Pertama kali berjumpa dengan Ben adalah di Muzium Negara, dua tahun lalu. Apabila bercakap dengan Ben, dia ingat saya. Saya menawarkan pertolongan tetapi ada saja alasan Ben.

"Saya kemudian berjumpa lagi dengan Ben di Brickfields sebanyak dua kali. Macam biasa, apabila saya mengajaknya masuk ke dalam kereta, dia menolak dengan pelbagai alasan.


"Saya tak tahu bagaimana lagi nak bantu Ben melainkan keluarganya berjumpa saya," katanya kepada BH Online. 

DJ Dave mengulas mengenai penyebaran rakaman video dalam laman sosial yang antara lain memaparkan Ben dalam keadaan tidak terurus, bercakap dengan individu di tepi jalan. 

Video terbabit dimuat naik pemilik Facebook (FB) dikenali sebagai Mannin Mainthan Malaysia (MMM) yang meluahkan rasa sedih melihat Ben berkeliaran. 

Bekas penyanyi itu dikatakan sering ditemui di Pasar Seni, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang. Berdasarkan video yang dirakamkan, Ben yang comot dengan pakaian kusut-masai, menerima sampul angpow daripada individu yang merakamkan video berkenaan. 

Sehingga petang ini, video terbabit ditonton lebih 80,000 dengan 1,200 perkongsian. 

Sejak rakaman video itu menjadi viral, netizen meluahkan simpati terhadap Ben dan meminta pihak berwajib menghulurkan bantuan. 

DJ Dave berkata, dia ada menghantar surat kepada JKM supaya bantuan dapat disalurkan kepada Ben. "Itu sahaja caranya... Saya rasa ia menjadi kesalahan jika saya memaksa Ben mengikut saya," katanya. 

DJ Dave berkata, dia ada bertemu dengan abang kepada Ben dan meminta dia membawa penyanyi itu pulang ke pangkuan keluarga. 

"Abang Ben beritahu dia sangat degil dan tidak mahu pulang ke rumah. Bagaimanapun, kami terputus hubungan kerana saya tidak lagi menyimpan nombor telefonnya," katanya. - BH

1 comment:

  1. Tk silap aku,pertama kali jumpa ben di brickfields 25 tahun dulu,masa tu dia lebih teruk dr skrg,gerai india tepi seri kota selalu bg dia mkn,dia tkkan bercakp dgn org.dgr cerita dia jd gila sb kena ilmu hitam dr gadis melayu yg dia kecewakan...entahlah betul atau tk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com