innity

pages

Tuesday, February 28, 2017

Usul paksa Peguam Negara ke Parlimen jelaskan ‘derma’ RM2.6b Najib difailkan


KUALA LUMPUR, 1 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini memfailkan satu usul parlimen untuk memaksa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hadir di Dewan Rakyat bagi menjelaskan keputusannya tidak meneruskan dakwaan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, terdapat maklumat yang bercanggah mengenai sumbangan atau derma berkenaan.

Katanya lagi, meskipun Apandi mengisytiharkan dana itu datang dari keluarga diraja Saudi, siasatan dan kes-kes mahkamah di luar negara termasuk di Singapura, menunjukkan bahawa wang berkenaan sebenarnya adalah daripada 1MDB.

“Kita mahu Peguam Negara datang ke Parlimen dan mendedahkan kepada kita fakta-fakta yang bercanggah ini dan tunjukkan kepada kita bahawa keputusan mahkamah Singapura itu adalah semuanya salah,” kata Khalid pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Katanya, sekiranya Najib tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan, maka beliau tidak akan ada halangan jika Apandi hadir di Parlimen.

Apandi sebelum ini telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal sumbangan atau derma itu pada awal tahun 2016 dengan berkata bahawa wang tersebut datang dari ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Apandi juga berkata AS$620 juta daripada jumlah berkenaan telah dikembalikan kepada penderma.

- ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com