innity

pages

Tuesday, February 7, 2017

Umno masih boleh diharapkan, "Fatwa" mursyidul am PAS Geng UG bakal DiHUKUM ahli PAS pada PRU14

PAS berkata ia memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana beranggapan parti Melayu itu masih boleh diharapkan berbanding dengan pihak lain yang “anti Islam”.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menyifatkan pendekatan PAS terhadap Umno itu adalah selari dengan “politik matang” yang diajar Nabi Muhammad.
“Kita memilih antara 2 kemudaratan – bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam,” tulis Hashim dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, Sabtu lalu.
Hashim berkata PAS masih tidak akan berkompromi dengan apa yang dipanggilnya “semua bentuk kezaliman dan penyelewengan Umno/BN”.
“Tetapi kita harus mengakui mereka adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.
“Berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha menegakkan Islam,” tambahnya, merujuk sokongan Umno terhadap usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi memberikan kuasa menghukum pesalah Islam.
Sejak muktamar tahunannya pada 2015 yang menyaksikan kekalahan pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat, PAS dilihat mengambil pendekatan lebih mesra terhadap Umno di bawah presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas mursyidul am, Datuk Haron Din, yang meninggal dunia September lepas.
Yang terkini, PAS turut sama dengan Umno melancarkan kapal dimuatkan bantuan untuk penduduk Rohingya dalam majlis yang dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Parti itu sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan beberapa parti pembangkang, dan masih belum membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Hashim berkata PAS yakin Umno akan melahirkan pejuang Islam, sambil merujuk sejarah awal Islam yang menyaksikan pembelotan beberapa pemimpin yang menentang Nabi.
“Seperti Nabi SAW mengharapkan lahirnya pejuangan-pejuang Islam dari sulbi penduduk Taif, PAS juga mengharapkan lahirnya penyokong-penyokong Islam dari sulbi Umno,” katanya. - FMT

9 comments:

  1. Nik aziz dh bagi tau
    jangan jatuh lubang ular dua kali.

    ReplyDelete
  2. Umno zaman najib adalah anti islam (anti agama) dan parti PAS

    1. Hudud bukan hanya untuk muslim tetapi sepatutnya untuk manusia sejagat.

    2. RUU355 bukan hanya untuk muslim tetapi sepatutnya untuk manusia sejagat.

    3. Menyamun mencabar islam

    4. Salahguna kuasa mencaci islam

    5. Menzalimi rakyat bersalahan dengan islam

    6. Pemimpin mencuri bukan islam

    7. Pemberi dan penerima rasuah bukan islam

    8. Sengaja membuta, memekak dan membisu atas perkara yang mungkar bukan islam

    9. Mengkafir sesama muslim bukan islam

    10. Solat dua imam bukan ajaran agama islam

    11. Mengharam sembelihsn orang islam bukan islam

    Dan banyak2 lagi.

    Namun parti2 yang dalam masa pertunangan ini jelas melabel parti2 lain anti islam. Kalau kita teliti betul2, mereka ini selalu dimomokan. Mereka BUKAN ANTI ISLAM. MEREKA ANTI MUSLIM YANG TAK IKUT AJARAN ISLAM SEBENAR. 2 perkara ini berbeza.

    Mereka tak setuju hudud atau ruu355 bukan anti islam tapi muslim yang kononnya ikut islam. Mereka teka undang2 sendiri versi manusia.

    Saya cabar orang umno atau pas buktikan mereka2 ini ANTI ISLAM. Jangan dikeliru dengan anti muslim yang gagal ikut ajaran islam sejati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Islam nak bersatu yg kau merapu apa hal...nak jadi barua anjing suruhan dap yg mmg terang2 anti Islam...hati dah hitam ke?..rajin2 kan diri gi solat berjemaah jgn sibuk cari alasan utk menghalang penyatuan Melayu dan Islam

      Delete
    2. umno dah nak MAMPOS mula lah nak kenal Islam, ko ingat PAS bodoh? Hj Hadi je termakan Najib, orang pas semua benci UMNO

      Delete
    3. 8.51,

      Tolong jawab penyamun (umno) dan penyangak (pas) islam ke?

      Penyangak hendak bersatu dengan penyamun...islam ke?

      Saya bukan barua mana2 parti politik srbab saya bukan hipokrit. Dap tak anti islam....Dap anti muslim yang tak ikut ajaran islam

      Delete
  3. Rakyat sedang menunggu lahfaz nikah antara pas dan umno dimeterai.

    Baguslah penyamun kahwin dengan kaldai.

    Apa nak dikisahkan jika pemimpin adalah ketua penyamun no 1 negara.

    Sedia maklum 90 juta dah terima, dan tidak menghairankan pemimpin PAS mempunyai ramai bini, kereta besar, dan rumah besar, sampai la ni rakyat masih tunggu bila nak saman dakwaan terima 90 juta?

    Juga tidak menghairankan kerana pemberi 90 juta adalah ketua penyamun yg punyai bini besar.

    p.s

    Belen 10 juta pergi kemana?

    ReplyDelete
  4. Bab manipulasi istilah Arab ni memang PAS cukup handal,tak dak orang boleh celen.Tahlul la, taawon la, akhir nya pak lebai Dan mak lebai PAS yg dok kena tipu

    ReplyDelete
  5. Senangnya cara berfikir kalian..mcm sifir 1 saje..PAS dlm politik lama dah...Takkanlah berfikir mcm tu aje..
    -Ketika tegas dulu org marah.
    -Ketika guna cara lembut pun org tak suka.
    *Rumusannya..utk memuas hati semua mmg payah.
    *Teruskan perjuangkan...lembut dgn strategi tapi tegas dlm Dasar Perjuangan.
    *Perjuangan Islam bkn stkt utk Dunia shj tapi utk akhirat.


    ReplyDelete
    Replies
    1. 9.32,

      adakah perjuangan itu termasuk mengkafirkan sesama muslim? atau solat dua imam?

      berealiti lah...kalau didunia berkecamuk, apakah akhirat nanti tersusun rapi??

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com