innity

pages

Wednesday, February 22, 2017

Ulama PAS mengaku Beli AudiQ7, "malah saya boleh beli lori atau kapal terbang"



The Star Online melaporkan bahawa Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali mempertahankan keputusan beliau membeli sebuah kereta Audi Q7 kepada isteri.

Beliau menyatakan mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Khairuddin, yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama menyatakan isu tersebut digembar gemburkan bagi mengalih perhatian terhadap RUU355.

"Ini hanya isu remeh. Saya mempunyai hak untuk membeli apa saja yang saya mahu. Malah saya boleh beli lori atau kapal terbang. itu bukan urusan mreka" katanya kepada The Star Online.

"Saya membeli kereta tersebut menggunakan sumber yang sah dan saya mampu" kata Khairuddin.

Isu pembelian kereta Audit Q7 ini timbul apabila Facebook atas nama Datin Norhayati Abd Malek yang dipercayai merupakan isteri Khairuddin telah memuat naik gambar AudiQ7 di fb tersebut dengan menyatakan hadiah daripada suami.

Khairuddin dan Norhayati dikatakan mengusahakan perniagaan menjual produk kecantikan.

thestar


5 comments:

  1. "Saya membeli kereta tersebut menggunakan sumber yang sah dan saya mampu" kata Khairuddin.

    Secara logiknya hanya ahli perniagaan yg mampu membeli Audi Q7.

    Audi Q7 ini berharga RM 600,000.00.

    Adakah khairudin fikir rakyat bodoh?

    Jika memberi ceramah dari pagi sehingga ke subuh berikutnya, setiap hari sekalipun belum tentu boleh membeli kereta bernilai lebih setengah juta ini.

    Adakah PAS fikir rakyat bodoh? Malahan rakyat mengetahui pucuk pimpinan PAS yg lain juga memiliki kemewahan seperti ini.

    Uztaz Kazim yg terkenal pun tidak lah sehingga menunjuk nunjuk kemewahan seperti ini, malah dia lebih "mampu" dari kamu wahai khairudin.

    Jelas, PAS hari ini sudah tersasar sesat ideologinya.

    Khairudin dan pucuk pimpinan PAS lain adalah contoh terbaik apabila mereka menjual, mempolitik dan merosakkan nama baik, maruah islam demi keduniaan.

    Khairudin,

    Bukan kah Nabi SAW menggalakkan kita berniaga, berjual beli kalau ingin berjaya?

    Sejak bila mempolitikkan agama boleh hidup senang?

    Ahli2 PAS sekalian, bukalah mata dan hati kamu, lihatlah kebatilan yg mereka lakukan hari ini.

    Khairudin,

    Adakah begini gaya hidup kamu semasa arwah TGNA masih hidup?

    ReplyDelete
  2. kenyataan hebat..tahniah le
    mmg rakyat nak tengok pemimpin jd kaya raya..
    rakyat terhimpit dgn GST dan mcm2..xpe
    yg penting bukan aku...

    ReplyDelete
  3. Ade terbaca didalam beberapa blog2.. katanya barangan2 mewah adalah pembaziran yang nyata dan hukumnya adalah haram.

    ReplyDelete
  4. Apa pun daya tahu ustaz ni memang berniaga barangan yg hangat dipasaran..jenama barangan tersebut terkenal..sepatutnya dia menerang sumber perniagaannya kepada orang ramai secara detail untuk elak prasangka buruk..henti kata kata yg tidak enak dikalangan rakyat..Saya pernah lihat promosi barangan nya di TV3 beliau sebagai jurucakap ketika itu..Untuk berlaku adil pada semua kita perlu siasat dulu..saya tak sebelah sesiapa walaupun saya kurang setuju polisi baru PAS hari ini..wasalam..

    ReplyDelete
  5. Sejak kawan karib umno, maka zuhud dah hilang, kena tonjolkan pas pun sama jer dgn umno. Presiden umno dpt 2.6b, presiden pas blm dapat lagi. So, rakyat boleh pilih yg mana satu. Adun dah sama standard umno.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com