innity

pages

Thursday, February 23, 2017

Ulama Pas "Audi Q7" Jelaskan Maksud ZUHUD


Oleh: Ust Dr. Khairuddin at-Takiri

Tidak pernah lagi sepanjang duk mengaji, guru saya ajar zuhud itu maksudnya kena jadi miskin, nampak lekeh dan 'dok rok cettong'.

Yang saya belajar zuhud maksudnya 'tidak merasa hairan, takjub, tidak membesarkan soal dunia'. Maksudnya tiada apa dalam dunia boleh menghalang urusan kewajipannya terhadap Allah.

Kerana itu walaupun Nabi Sulaiman a.s kaya raya dgn mahligai istana yg sehingga terpegun Puteri Balkis melihatnya, atau Nabi Daud a. s yg menjadi raja kepada bani Israel, mereka juga terkenal sangat zuhud.

Kepada yg biasa ke pameran tamaddun Islam, selalu dipamerkan pedang pedang milik pahlawan2 Islam yg terkemuka. Perhatikan. Ia bukan jenis yg murah.

Hayati pelbagai riwayat tentang kenderaan, kuda kuda milik para pahlawan yg berjuang di medan jihad. Bukan sebarang kuda. Dari jenis baka terbaik.

Sebagai seorang Islam, saya lebih cenderung menggalakkan umat supaya menjadi orang orang yg berjaya dalam hidup. Jadi profesional yg berjaya. Usahawan dan pedagang. Kontraktor2 yg paling sukses.

Tampilkan Islam dengan penampilan yg kuat, gagah, berpengaruh.

Tunjukkan walau berjuang Islam, tak perlu terikut buat kerja haram, Allah tetap bagi rezeki.

Beri gambaran kepada semua yg belum Islam, atau yg sudah Islam tapi belum menghayati hidup secara Islam, bahawa Islam bukan maksudnya hidup susah.

Waliyullah Sheikh Abd Qadir Jailani didatangi seorang kafir yg hidup melarat yg merasa keliru bila melihat beliau hidup senang, tidak susah dikelilingi begitu ramai pengikut.

Si kafir bertanya, bukankah Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa Dunia adalah Neraka untuk orang mukmin dan syurga untuk orang kafir? Lalu bagaimana pula Tuan Sheikh, seorang Islam, mukmin boleh hidup senang sedang aku yg kafir sedang hidup melarat?

Lalu Sheikh Abd Qadir Jailani suruh sikafir melihat ke dalam lengan jubah sebelah kanannya untuk melihat kehidupannya (orang mukmin) di syurga. Maka tercengang sikafir itu melihat nikmat hidup disyurga yg seolah kesenangan di dunia ini tidak bernilai sedikitpun.

Kemudian disuruh melihat ke dalam lengan jubah sebelah kirinya. Nah lihatlah hidup seorang kafir diakhirat. Maka diperlihat oleh Allah SWT azab siksa yg tidak terperinya yg perlu dilalui selama lamanya oleh orang yg kafir di neraka sehingga kesakitan dan kesusahan hidup di dunia ini sebenarnya satu keringanan yg besar bagaikan satu nikmat pula.

Sekarang fahamkah kamu mengapa dunia ini neraka bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir?

Jika benar menjadi miskin itu lebih diutamakan oleh Islam, Nabi s.a.w tidak akan bersabda yg maksudnya "hampir hampir sahaja kemiskinan itu membawa kekufuran".

Dan begitu Nabi s.a.w bersabda "Tangan yg di atas (yg memberi) lebih baik dari tangan yg di bawah (yg menerima/meminta minta".

Moga ditanamkan kefahaman yg betul supaya umat Islam berusaha gigih menguasai dunia ini kerana rosaknya dunia bila yg menguasai dan menjadi khalifah adalah yg tidak beriman.

Islam adalah agama kejayaan.

Dunia dan akhirat.

Jangan dibuat sehingga Islam dilihat utk mereka yg gagal, malas dan tidak mahu memajukan diri dan negara.

@amzad Hashim

28 comments:

  1. KESIAN KEPADA ALLAHYARHAM TUAN GURU NIK ABD AZIZ YANG MENYUMBANGKAN HARTA2NYA KE JALAN ALLAH HINGGAKAN TIDAK SEMPAT DIA MEMBELI KERETA MEWAH KEPADA ISTERINYA KEMUDIANNYA ULAMA PAS HARI INI MELETAKKAN TUAN GURU NIK AZIZ SEBAGAI ORANG YANG GAGAL KERANA TIDAK KAYA DAN TIDAK DAPAT MENUNJUKKAN KEKAYAAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. pas zaman tgna lain..
      pemimpin pas sekarang mungkin ramai yang dah jadi jutawan termasuk en somi

      Delete
    2. Yg bezanya..duly sorok Semarang tidak...nafsunya sama ajer..to seh loyar buruk lebih lebih..hok yg tiada lagi jange usik atau adiwira kan nanti terkopek satu satu..nyesal dok habis..

      Delete
  2. Dari mana dia dapat duit banyak ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau hala ke dia molek belaka. Hippkrit. Rosmah beli beg bisingl

    ReplyDelete
  4. Bila kena kritik pakai barangan mewah, keluarkan kisah nabi dan sahabat. Kau cuma adun, kaya mana kau ni? Tak payah cakap banyak..pegi isytihar harta.

    ReplyDelete
  5. Lobai Kingcin, mmg pakar spin, Ente dermalah, Ana vule kavin lagi2, veeni ana kasi waudi,ana figi sarkas,ente derma tin milo,ente vule figi surga...

    ReplyDelete
  6. Nik Aziz tak kaya! 12 bidang tanah dlm Perbandaran Kota Bharu jutaan ringgit miskin lagi. Nik Aziz tak kaya dia pakai Vespa. Vellfire dia Sorok dibelakang rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow... sounds interesting !!!

      Delete
    2. Menantu hadi punya kaya mcm mn?
      Dgr mursyidul am skrg ada porsche.

      Apa lg kasi bogel lah itu 355

      Delete
  7. Sebab itu tak salah terima RM90 juta dari najib

    ReplyDelete
  8. Sokong komen 11.23!

    ReplyDelete
  9. Khairudin,

    Tak perlu kamu menulis madah berhelah dan ayat berbunga bunga semata mata untuk mengaburi mata rakyat.

    Kamu seorang ahli politik, tugas kamu adalah membela nasib rakyat menaikkan taraf hidup rakyat, sebenarnya kamu adalah hamba dan rakyat adalah tuan kamu.

    Untuk mengelakkan tohmahan, maka lebih molek jika kamu mengisytiharkan harta dan pendapatan kamu.

    Kerana apa?

    Kerana kamu seorang ahli politik dan kamu berkhidmat untuk rakyat, tidak perlu takut dan tidak perlu berdolak dalik jika kamu adalah golongan yg benar.

    ReplyDelete
  10. Dapat kat anak bila tgna meninggal. Berjanggut ikut sunnah, berbaju pun ikut sunnah, bercelak pun ikut sunnah, tang harta dan kekayaan, zuhud tak boleh ikut sunnah. Tu kena ikut umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuujujujujuuuuuuuu

      Delete
    2. Anna pong Sehtuyulaah. Ente vulay taanvaah veenie, kasi itu Wohdi. Enteh tulon kutip derma tin milo , enteh vulay figi suurgah, masyalaa.
      Anna mou figi tgk sarkas.

      Delete
  11. Penjilat hadi mmg mcm tu
    Ikut perangai presideng

    ReplyDelete
  12. Patutnya kits suka org Islam boleh beli Audi..selalu kita nampak bangsa lqin yg bnyk guna..jgnlah dengki Sgt hati TU..takut rosak pulak ibadah asbab suka menghina org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal label islam, samun fin da voleh laa..ente 907 berguru dgn safa? Anna mo tawu jugaa

      Delete
  13. Senang je ni...

    LHDN boleh siasat berapa tax dia byr setahun..

    Pastu..check pulak harta yg dia isytiharkan..

    Bandingkan income dengan expenses dia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Derma 2.6 dll tu, lhdn chk atau tidak?

      Delete
  14. Kesian aku tengok orang orang melayu yang disogok ilmu2 agama jenis zuhud ni ditafsir bermiskin, bercabuk tolak kualiti, jauhi dunia.

    TgNA nak dijadikan contoh lebih tinggi drpd Nabi SAW dan para sahabat wlwpun para alim ulamak nampak TGnA mempunyai caranya sendiri melakukan sesuatu tetapi mrk tau itu bukan satu satunya shj cara memimpin umat. Malah ada alim ulamak yg kata itu lebih merugikan.

    Saya tak kenal Ustaz Khairuddin AtTakirini secara peribadi tapi ilmu agama yg saya ada yg boleh menilai apa yg beliau buat tidak bercanggah dgn Islam dan saya menyebelahinya. Malah ianya mungkin satu cara beliau mengajar anak didiknya supaya faham dlm Islam tidak salah kita ada keinginan pd kualiti, berusaha mendapatkan kualiti wlwpun mahal selagi caranya tiada libatkan perkara haram.

    Malah boleh mengajar rakyat berusaha lbh rajin utk capai impian dengan syarat jgn langgar syariat Allah. Sikap zuhud kalau mengajar rakyat berpada, malas dan menolak dunia adalah salah dan bukannya dari Islam. Ia boleh akubatkan umat Islam yg baik2 ketinggalan dlm segala bidang. Sebaliknya org yg tak sayangkan agama Islam yg lebih ke hadapan. Apatah lagimusuh Islam yg sudah jauh meninggalkan kita mrk akan melihat umat Islam ini akan mudah diratah ratah dan ditipu.

    Musuh Islam sgt suka bila org Islam menjauhi dunia dan hanya fikir Islam dlm tiang2 masjid, tiang2 dewan ceramah shj. Sebab musuh mahu dunia ni mrk yg perintah, mrk lbh berkuasa, mrk lebih kuat dan canggih berbanding umat Islam.

    Akhirnya kita akan salahkan juga pak lebai, agamawan yg kita kata tak faham dunia, kita tuduh mrk tak cukup canggih, tak cukup moden dan out of date. Ketinggalan selaku dikaitkan dgn agamawan kita. Sebab kita sendiri yg mau mrk jauhi dunia. Hipokritkah anda?

    Harini ada yg baru membelikan isterinya kereta mewah dah dituduh dan difitnah. Habis tu korang nak apa? Semua buat tak kena bila dtg pd agamawan. Korang marah bila depa tinggalkan dunia. Pakai kerera cabuk korang kaitkan dengan ketinggalan.

    Tuduhan yg biasa dibuat, "Ustaz ni pandai bercakap je, tengoklah kereta pun tak mampu nak beli".
    Hari ni ada yg mampu beli dgn cara yg halal korang benci juga. Memang bagi mrk yg komen negatif ni adalah sebenarnya double standard dan sebenarnya beri persepsi merosakkan agama kita yg hebat. Sebab itu org bukan islam tak kagum dgn agama kita. Orang bukan islam pun makin keliru. Ustaz yg mampu nak beli kereta mewah pun korang kata ustaz tu buat tak betul. Fikirkanlah sebelum nak menulis, bimbang anda membawa fitnah bukan shj pd irg tak bersalah tapi fitnah pd agama kita yg sgt hebat.

    Shahada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benang basah mmg susah nak kasi betul kan?

      Shahadu

      Delete
    2. Shahada,

      Tak dinafikan zuhud yg tuan nyatakan tu..tp merujuk kpd isu ini, patutkah seseorg dlm kedudukan spt khairudin tu membeli kereta MEWAH dan dihebohkan pula isterinya dlm media sosial sedangkan tatkala kini rakyat jelata dihimpit dgn keadaan ekonomi yg teruk? Just ambil contoh sahabat nabi sudah..adakah mereka akan membelikan hadiah yg mahal buat isteri mereka dan dihebohkan kpd org ramai ketika masyarakat umum berapa dlm keadaan susah?

      Memetik kata2 seorg sahabat..kalau ramai pemimpin pas berkemampuan sebegini, mengapa tak salurkan kpd parti dan elakkan mengutip derma dari rakyat yg umum dlm majlis anjuran mereka? Jelas sekali rakyat/penyokong mereka bukan org2 senang..mengapa pemimpin tak derma kan sendiri kemewahan mereka? Tentu lebih byk agenda islam dpt dilaksanakan..mengapa perlu menyerahkan beban utk dptkan modal utk laksanakan program parti kpd rakyat/penyokong?

      Syuhada

      Delete
    3. Sokong komen syuhada 7.20,

      Dari,

      Syuhada #2.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com