innity

pages

Thursday, February 16, 2017

[UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma



18 Jamadilawal 1438H, Rabu – Keengganan Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menambah baik sukatan pelajaran Bahasa Malaysia (BM) bagi Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) membuktikan kedegilan puak rasis itu.
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, sikap yang ditonjolkan pertubuhan itu menggambarkan pendirian melampau mereka dan sekali lagi mengesahkan bahawa mereka tidak menghormati falsafah negara.
Semalam, Pengerusi Dong Zong, Vincent Lau Lee Ming berkata, pertubuhannya akan mengekalkan standard Bahasa Melayu yang digunapakai dalam UEC kerana tiada keperluan untuk menaikkan tarafnya buat masa ini.
Dia juga berkata, standard BM di sekolah persendirian Cina lebih rendah kerana pelajar mempelajarinya sebagai bahasa kedua bersama bahasa Inggeris.
Dia berkata demikian selepas menerima kritikan bahawa standard BM dalam UEC tidak memenuhi piawaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mengulas lanjut kenyataan itu, Abdul Rahman berkata, ia jelas menunjukkan bahawa pertubuhan itu memperkecil bahasa utama dalam negara ini.
“Mereka juga menunjukkan sikap yang tidak setia. Ianya adalah bahaya dan mengancam perpaduan. Sebab itulah Isma konsisten dalam pendirian sekolah-sekolah jenis itu patut dihapuskan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau turut menggesa Kerajaan supaya bertegas dan tidak dilihat lemah dan terlalu menjaga hati kerana takut kehilangan undi masyarakat kaum Cina sehingga membuatkan pihak seperti Dong Zong besar kepala.
Minggu lalu, Vincent memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan agar membenarkan pelajar UEC hanya mengambil kertas BM sahaja, bukannya semua 6 mata pelajaran SPM wajib bagi membolehkan mereka memasuki universiti kerajaan. - ismaweb

1 comment:

  1. Cina memang degil dan kurang ajar, bygkan kalau DAP dpt berkuasa, adakah mrk akan hormati perlembagaan? Hari ni mrk hanya bersandiwara je. Konon mau swlamatkan Malaysia tapi sebenarnya mrk menangguk diair keruh. Aku percaya Bersatu dan PAS ikhlas mau negara ni lbh bagus tapi yg lain tu aku ragu2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com