innity

pages

Tuesday, February 7, 2017

Tuntutan Dong Zong hanya mahu Bahasa Melayu SPM jadi syarat iktiraf UEC melampau: i-Guru


10 Jamadilawal 1438H, Selasa – Tuntutan Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja dijadikan syarat untuk mendapat pengiktrafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah melampau.
Pengerusi Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, permintaan Dong Zong dalam isu UEC dilihat melangkau sempadan pendidikan, bahkan mempunyai agenda penghakisan jati diri.
“i-Guru berasa sangsi dengan kesediaan Pihak Dong Zong yang hanya mahu peperiksaan Bahasa Melayu sahaja yang diwajibkan sebagai syarat pengiktirafan tersebut.
“Sedangkan kalau kita lihat, peperiksaan lain masih mengekalkan bahasa Cina. Bahkan kurikulumnya diambil daripada Taiwan dan bahasa pengantarnya adalah bahasa Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media semalam mengatakan Pengerusi Dong Zong, Vincent Lau bersedia untuk menerima Bahasa Melayu SPM sebagai syarat untuk kerajaan mengiktiraf UEC.
“Kami berharap kerajaan hanya mewajibkan pelajar sekolah swasta Cina menduduki mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM dan bukannya semua subjek,” kata Lau.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pengiktirafan UEC dengan syarat sebegini hanya akan meneruskan dua aliran pendidikan yang berbeza dan seterusnya menyumbang kepada pemisahan ideologi, cara hidup dan pergaulan di kalangan rakyat Malaysia.
“i-Guru bimbang dengan kerapuhan jatidiri pelajar yang lahir dari kurikulum yang berkiblatkan negara lain.
“Bagaimana mungkin semangat patriotisme dapat disemai tanpa bersandar kepada kurikulum nasional sebagai teras pendidikan dan pembinaan jatidiri,” katanya lagi.
Sehubungan itu katanya, i-Guru menyeru agar kerajaan bersikap lebih tegas menolak usaha-usaha untuk menghalang perpaduan.
“Kerajaan seharusnya mengenepikan perbezaan politik dalam menangani isu ini sekiranya benar-benar komited untuk merealisasikan hasrat perpaduan, pembinaan negara bangsa dan gagasan 1 Malaysia.
“Ini kerana, pendidikan sangat penting utk mewujudkan perpaduan, semangat patriotisme serta menjamin kestabilan negara, apatah lagi hala tuju negara dipupuk dan ditentukan melalui pendidikan,” katanya lagi.
UEC adalah ujian standard bagi pelajar sekolah tinggi persendirian Cina anjuran Dong Zong, Gabungan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM).
-ismaweb

1 comment:

  1. Apa kena mengena kurikulum Taiwan ada dalam sistem pelajaran MALAYSIA?? Bahasa dan Sistem Pendidikan MALAYSIA adalah lambang kemerdekaan negara. Kerana berteraskan politik, dari 1957 sehinggalah sekarang belum berapa lihat MALAYSIA nya yang jitu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com