innity

pages

Saturday, February 11, 2017

Tun M KESAL Hj Hadi ENGGAN BERTEMU TS Muhyiddin, masa sebulan diberi untuk PAS buat keputusan


ALOR SETAR, 14 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan ataupun tidak, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Feb lepas, keputusan segera harus diperolehi bagi menentukan strategi seterusnya.
“Kalau PAS tak nak masuk (pakatan harapan) pun, terpulanglah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana PPBM-DAP di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu. – Bernama

1 comment:

  1. NAK TEMU TAKUT TSMY TANYA 90J ...NAK SAMAN HUSAM TAK?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com