innity

pages

Thursday, February 9, 2017

[TUDUHAN RM90JUTA] PAS nak saman Husam pula


PAS sedang bersedia menyaman salah seorang bekas naib presiden parti itu ekoran kenyataan dibuat berkaitan dana RM90 juta.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti terbabit menganggap kenyataan Datuk Husam Musa mengenai dana itu adalah rantaian daripada fitnah dibuat Sarawak Report sebelum ini.
Katanya, PAS menafikan sekeras-kerasnya "tuduhan jahat Datuk Husam Musa" bahawa PAS menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.
"PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau (Husam) sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beberapa hari lalu Husam - dalam ceramahnya - mendakwa mengetahui maklumat mengenai dana RM90 juta yang didakwa disalurkan kepada PAS.
Husam yang pernah menjadi naib presiden PAS antara 2011 hingga 2015 sebelum diketepikan oleh perwakilan dalam muktamar PAS.
Pada Mei tahun lalu Husam dipecat daripada PAS atas dakwaan salah laku.
Husam kemudian menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dalam ceramahnya, Husam mendakwa ada dana benrilai RM90 juta disalurkan melalui akaun di Affin Bank. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.
Rakaman singkat video ucapan Husam itu tersebar di media sosial dan dimuat naik di YouTube.
Sarawak Report nak disaman
Husam membayangkan untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai isu berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Isu RM90 juta mula dibangkitkan oleh portal Sarawak Report pada Ogos tahun lalu. Ekoran dakwaan itu PAS menyatakan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web berkenaan.
Kata Tuan Ibrahim ketika itu PAS menganggap berita tersebut palsu dan berniat jahat, selain menjadi agenda untuk terus mengaitkan parti berkenaan dengan Umno.











Pada 13 Ogos 2016Malaysiakinimelaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan memfailkan saman terhadapSarawak Reportdalam masa sebulan.

Menurut Abdul Hadi, PAS akan memfailkan saman itu di England.
"Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.
"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.
"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi.
PAS kemudian dilaporkan menyerahkan surat tuntutan kepada editorSarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 13 Disember 2016.
Kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, surat berkenaan dihantar kepada Clare menerusi alamat beliau di London, United Kingdom.
"Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016.
"Notis berkenaan turut menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita terbabit," jelas Takiyuddin seperti dipetik Harakahdaily.
Bagaimanapun pada 17 Disember Clare memberitahu Malaysiakini,surat tuntutan yang disampaikan kepadanya dari PAS adalah satupolitical gesture.
"Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satupolitical gesture dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi," katanya.
Tuan Ibrahim berkata pihak guaman PAS sudah diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat Husam itu.
"Pihak guaman PAS diminta meneliti kenyataan dan tuduhan jahat ini dan mengemukakan saman fitnah dalam masa terdekat," katanya. - MK

7 comments:

  1. Saman cepat, jangan tunggu HARI SELASA.

    ReplyDelete
  2. Husam may have been tipped off by pas members. That is why claire of SR dared to write the article.

    I believe the story is true.

    ReplyDelete
  3. Esok juga saman.. nak tengok PAS ada betani ke?

    ReplyDelete
  4. Apa agenda Husam yg penuh dgn muslihat dipergunakan oleh pihak musuh. Langsung tak menguntungkan melainkan terdorong sbb rasa kecewa disingkirkan. Siapa sebenarnya Husam ini? Kalau PAS tewas di Kelantan pasti UMNO yg akan menang bukannya parti AMANAH pun. PAS sudah nyatakan mau bertanding sendirian dan dgn UmNO sekadar hubungan sesama saudara seislam. Lebih baik berurusan dgn UMNO yg berbangsa melayu dan beragama Islam drpd berkawan dgn.musyrik yg dilarang Allah kita berkawan utk tujuan politi. Musyrik DAP ni bersandiwara bersetuju dgn kamu ttpi dibelakang kamu mrk ni merancang mau menghancurkan hak kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh sombong bila tersepit mula la merapu.. jd kerajaan tp tak beramanah. Mampos la ko.

      Delete
  5. 6.47,

    Why are you so bloody concern about husam.

    You assume husam being made used by opposition.

    1. The allegation is 90 mil goes to PAS. You deny, sue.

    2. Jangan berlagak alim kerana pas parti melacurkan agama untuk tujuan politik.

    3. Apa kamu ingat parti mengkafirkan orang islam boleh tidur bawah satu selimut dengan orang dikafirkan tanpa dipergunakan?

    4. Sikit2 DAP....apa takut? Melayu pengecut takut cina rakyatnya sendiri. Namun jilat negarachina komunis yang nyata anti islam lagi kafir.

    Nasihat saya pada 6.47....STFU

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com