innity

pages

Saturday, February 4, 2017

TO' Pa akui PAS-UMNO Peringkat Kampung MASiH BERSETERU


TANAH MERAH - Kerjasama antara Umno dan Pas dalam aspek perpaduan ummah perlu melibatkan penyertaan semua peringkat terutamanya dalam kalangan anggota masing-masing, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pengerusi Umno Kelantan itu berkata, perpaduan ummah pada peringkat akar umbi penting dalam usaha menyatukan dan mengukuhkan lagi perpaduan umat Islam di negara ini.

"Tak guna kita di peringkat tertinggi (bekerjasama) tapi kita lupa untuk ketepikan perbezaan di peringkat bawah, di peringkat kampung kita masih berseteru (antara satu sama lain)," kata Mustapa yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Khas Mahasiswa Kelantan Siri 5 di Pondok Moden di sini, hari ini.

Program itu yang disertai kira-kira 200 mahasiswa beberapa universiti awam.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama-sama Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyempurnakan pelepasan kapal 'Nautical Aliya' yang membawa misi bantuan kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri berkata misi 'Food Flotilla for Myanmar' itu melambangkan penyatuan ummah di Malaysia berikutan terdapat wakil Umno dan Pas dalam misi berkenaan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kehadiran pemimpin Umnio dan Pas pada pelepasan misi bantuan kemanusiaan semalam menunjukkan keikhlasan kedua-dua parti bekerjasama demi kepentingan umat Islam.

"Kita rugi besar kalau kita bertelagah, berpecah, fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh antara satu sama lain.

"Kita harap agar umat Islam perlu insaf dan sedar bahawa pentingnya perpaduan dan kita harap apa yang berlaku antara Pas dan Umno (ketika ini) adalah demi Islam dan perpaduan (ummah)," katanya. - Bernama

2 comments:

  1. Perpecahan ummmah disuatu ketika dulu hanya kerana amanat hj hadi saja. Itu pun tak semua kawasan yang terlibat. Selepas itu sudah tak ada masalah lagi walaupun berbeza pendapat dan fahaman politik, tetap sebahyang jumaat dibawah satu bumbung. Tidak ada lagi pulau memulau diantara penduduk kampung walaupun wujud lagi satu parti iaitu pkr.
    Jadi jangan bodohkan orang melayu islam yang perpaduan ummah itu hanya akan tercapai jika semua parti majoriti melayu bersatu dengan umno.
    Jika pemimpin parti tidak memperalatkan agama untuk kepentingan politik, maka tidak akan ada perpecahan.

    ReplyDelete
  2. bagi je borang umno pada hadi senang kan.walaunta yg nak ikut sila mohon isi borang jugak...bukan jadi kapir pun kalau masuk umno keluar pas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com