innity

pages

Thursday, February 2, 2017

Titah YDP Agong : Harap Kerajaan Cari Kaedah Baru, Inovatif RINGANKAN BEBAN RAKYAT


KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini bertitah menyeru agar kecemerlangan pentadbiran Wilayah Persekutuan dapat diteruskan bagi memastikan kelangsungan dan kesejahteraan rakyat terjamin, khususnya dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu kini.

Titah baginda, bagi membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, kerajaan diharap dapat mencari kaedah baharu dan berinovatif bagi membantu rakyat menghadapi situasi sedemikian.

"Beta berharap dengan kecemerlangan pentadbiran ini dapat memastikan kemakmuran, kesejahteraan dan keceriaan yang berpanjangan bagi rakyat Beta di Wilayah Persekutuan," titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017 di Istana Negara, di sini Rabu.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Hari Wilayah Persekutuan disambut bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang diraikan untuk kali ke-13 hari ini.

Seri Paduka turut menyeru agar beberapa pasukan petugas yang diwujudkan di Wilayah Persekutuan diteruskan seperti pasukan petugas perumahan, kebersihan, lalu lintas, operasi banteras aktiviti haram dan pasukan petugas khas bagi menangani kenaikan harga barang di Labuan.

"Beta sedia maklum di Wilayah Persekutuan Labuan terdapat banyak industri berpotensi untuk dimajukan termasuk industri pelancongan, pusat perniagaan berdaya maju, industri perkapalan, perikanan dan pertanian.


"Beta menyeru agar aktiviti-aktiviti ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan demi kesejahteraan rakyat," titah baginda.

Seri Paduka juga turut menekankan kepentingan penjawat awam, sebagai tulang belakang pentadbiran kerajaan, untuk sentiasa mengutamakan integriti dalam menjalankan tugas bagi memastikan segala perancangan dan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.

"Kerenah birokrasi perlu dipermudahkan supaya sistem penyampaian kerajaan lebih cekap dan berkesan," titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah menasihati semua penerima untuk menjaga maruah, integriti dan nama baik dengan sewajarnya bagi mengekalkan kemuliaan dan martabat darjah kebesaran, bintang dan pingat yang dikurniakan.

Pada majlis hari ini, seramai 375 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat masing-masing didahului Datuk Tamrin Abdul Ghafar yang mewakili bapanya, bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang dianugerahi Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut dikurniakan darjah SUMW ialah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan pingat Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada 19 penerima antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Sementara itu, 76 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Rose Lena Lazemi; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Dr Junaida Lee Abdullah dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) Datuk Dr Azuhan Mohamed.

Selebihnya 32 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 75 individu menerima anugerah Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), 76 individu bagi anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan 95 individu menerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Hari Wilayah Persekutuan disambut bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan yang diraikan untuk kali ke-13 hari ini.

-- BERNAMA 

2 comments:

  1. Agong .pentadbir tinggi dimalaysia..pecat je najibrazak..berlambok..cendikiawan..ekonomi di malaysia...insyallah amin..rakyat dah merempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan yang disebut, "...dengan kecemerlangan pentadbiran ini...", Agong nih paham ke kat mana yang 8 tahun PM01 nih cemerlang?!???!? Yang terserlah kes SONGLAP, PENIPUAN, KELENTONG TEMBERANG tak habis makan lagi......di tambah SALAH-GUNA KUASA, pecat sana, tukar sini, rembat sana, sengat sini, ugut sana, kutuk sini......, Agong nih paham ke buat buat tak paham ekkk?

      Belajar tinggi tinggi habis tak ada kerja, tak ada peluang kerja kemudian digalak jual NASI LEMAK DARA...., kejap lagi PISANG GORENG TERUNA....., dapat BR1M beli kereta jadi UBER driver....wei! Nih antara ciri ciri negara maju dan berpendapatan tinggi ke????

      Biol lah teraju melayu di puncak kuasa sekarang jadi CORRUPT segala nya....,

      CORRUPT HARTA NEGARA
      CORRUPT IDEA BERNAS
      CORRUPT PERTUMBUHAN EKONOMI
      CORRUPT PERANCANGAN EKONOMI (TRANSFORMASI EKONOMI konon!)
      CORRUPT KUASA
      CORRUPT SALAH GUNA KUASA....

      Terlalu banyak CORRUPT minda pun KURAP!!!!!!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com