innity

pages

Tuesday, February 28, 2017

Status Bumiputera digadai kerana wang, kuasa

BUKAN SEKADAR ANAKNYA, TETAPI AHLI EXCO YANG JUGA PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN JOHOR PUN MESTI DISIASAT KERANA MUNGKIN MENGELUARKAN SURAT ARAHAN/SOKONGAN SUPAYA STATUS RUMAH BUMIPUTERA DITUKAR MENJADI BUKAN BUMIPUTERA

MEMILIKI kereta mewah seperti Lamborghini, Ferrari, Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne dan Mercedes-Benz CLA 200, sering melancong ke Eropah serta memiliki jutaan ringgit, dalam usia 20-an, tentulah menjadi impian anak muda. Pedang pun teringin juga merasanya.
Memang bergaya, hidup mewah, kaya. Tetapi, dari mana sumber kekayaan itu, perlu juga kita ingat. Dari yang halal kah atau yang haram? Yang dapat daripada perniagaan halal atau haram? Dicuri, samun, rompak, ‘dedak’ atau habuan atau rasuah kerana membantu sesuatu pihak?
Kalau halal, alhamdulillah. Zakat dibayar, sedekah diberi. Berkat. Kalau haram, tanggunglah akibatnya dunia akhirat. Kalau terlepas di dunia, di akhirat jangan harap. Kalau kena hukum di dunia, di akhirat pun kena juga.
Sehari dua ini heboh kes anak wakil rakyat UMNO yang juga Ahli Exco Johor dan pegawai khas kepada Ahli Exco berkenaan, antara enam yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat lalu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dan rasuah.
Wang tunai pelbagai negara bernilai kira-kira RM500,000 dirampas. SPRM turut membekukan 45 akaun bank milik enam yang ditangkap itu, yang jumlahnya kira-kira RM15.5 juta.
Mengikut laporan media Ahmad Fauzan Hatim Abdul Latif yang baru berusia 25 tahun memiliki Nissan Skyline R35, Porsche Cayenne dan Mercedes-Benz CLA 200, serta sering melancong ke Eropah. Gaya hidup anak seorang wakil rakyat yang dipenuhi kemewahan.
Abdul Latif Bandi adalah Ahli Exco Negeri Johor yang juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri. Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Endau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Mersing.
Pedang teringat kisah seorang eksekutif bank pada 1990-an lalu. Aman Shah yang bekerja di Hock Hua Bank di Kuala Lumpur. Ada enam kereta mewah – Lamborghini Countach, Mercedes Benz 300SL, Mercedes Benz 300E, Porsche 928 S4, Porsche Carrera dan BMW 329i.
Dia baru berusia 24 tahun, tapi hidup seperti jutawan. Selepas berhenti daripada bank itu membuka perniagaan sendiri, agensi pengiklanan. Sekali langkah tersadung, terbit dalam rancangan Sekapur Sireh TV3 menceritakan keistimewaan kereta yang dimilikinya. Masa itu, kira hebat jika ada anak muda yang boleh pakai kereta mewah.
Apa yang dilakukan? Aman Shah curi 1 sen saja daripada akaun pelanggan bank dan dimasukkan ke akaunnya. Manalah kita nak semak baki akaun kita yang di belakang. Biasanya kita tak kisah pun berapa sen yang ada dalam jumlah itu. Dipendekkan cerita, akhirnya dia kena tangkap.

Itulah, pengajaran yang sering dilupakan. Bila hidup mewah suka menunjuk-nunjuk. Begitu juga, khabarnya, gaya hidup anak wakil rakyat UMNO Johor itu dicium pihak berkuasa sejak setahun lalu. Yalah… terlalu mewah, usia pula muda. Boleh ada kereta mewah. Rupa-rupanya…
Tapi, Pedang sedih kerana mengikut laporan dia bersama pembantu khas Exco berkenaan antara yang terbabit berpakat dengan melakukan penukaran rumah berstatus Bumiputera kepada bukan Bumiputera. Aktiviti ini dilakukan sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor hingga orang Melayu yang layak mendapat kediaman berstatus Bumiputera tidak dapat membeli rumah itu.
Undang-undang Lot Kuota Bumiputera diperkenalkan bertujuan meningkatkan peratusan pegangan Bumiputera di sektor hartanah iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus. Pemaju mesti memperuntukkan 30 peratus daripada lot yang mereka bina sama ada rumah atau premis komersial, kepada Bumiputera.
Manakala, Bumiputera pula mendapat hak diskaun yang bergantung kepada setiap negeri. Pembelian lot Bumiputera tertakluk kepada diskaun sehingga 15 peratus daripada harga jualan asal. Peratus ini berbeza untuk setiap negeri dan di Johor, ia berkadaran langsung dengan harga hartanah.
Di Johor diskaun untuk Bumiputera adalah mengikut harga rumah yang dijual. Jika harga rumah kurang daripada RM200,000 diskaunnya ialah 40 peratus; lebih RM200,000 tetapi kurang daripada RM300,000 (30 peratus) dan lebih RM300,000 (20 peratus).
Lot Bumiputera ini tidak boleh ditukar statusnya kepada bukan Bumiputera. Namun, jika ingin berbuat demikian mesti mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri, dengan syarat:
1. Memohon kebenaran untuk menukar status atas alasan yang kukuh (tiada permintaan terhadap lot itu untuk setahun sebelumnya) kepada Pejabat Tanah;
2. Rayuan kepada Pejabat Tanah jika permohonan ditolak;
3. Membayar semula kepada pemaju diskaun Bumiputera daripada harga belian asal; dan
4. Pembeli juga perlu tahu bahawa unit Bumiputera yang telah dilepaskan tidak akan kekal sebagai unit bukan Bumiputera. Sekiranya pihak yang membeli, ingin menjual unit ini kepada bukan Bumiputera, dia perlu memohon semula kebenaran di Pejabat Tanah.
Dan, dalam kes terbaru membabitkan anak Ahli Exco Johor itu, bukan sahaja kerajaan negeri yang rugi, malah pembeli daripada golongan Bumiputera, terutama Melayu, yang berpendapatan sederhana dan rendah tidak mampu memiliki rumah sendiri.
“Penukaran status itu dilakukan kerana apabila rumah-rumah berstatus Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera, harga sesebuah rumah itu akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal. Ini sekali gus akan menguntungkan pihak pemaju dan mereka yang terlibat dalam aktiviti itu tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri,” kata satu sumber.
Modus operandi pemaju terbabit untuk menukar status berkenaan adalah, dengan menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk pembeli Bumiputera daripada senarai, dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.
Kemudian, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar rumah berstatus Bumiputera kepada bukan Bumiputera dengan alasan rumah-rumah itu tidak berjaya dijual. Siapakah yang berada di pihak kerajaan negeri yang memberi kelulusan itu?
Walhal apabila ditanya pembeli, pemaju akan memberi alasan rumah-rumah berstatus Bumiputera telah habis dijual.
Mengikut siasatan SPRM, Ahmad Fauzan dan Idzuan dikatakan bersekongkol dengan kakitangan Pejabat Tanah Johor dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain dalam menurunkan premium tanah yang telah diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian, dan juga dalam menukar status pelbagai premis di negeri ini.
Oleh itu, mana-mana pihak di Pejabat Tanah di daerah yang pernah berurusan dengan mereka, kini panas punggung. Tunggu masa pejabat atau rumah diketuk oleh SPRM.
Inilah akibat ‘Cash Is King’.
Kata Pedang: Bak kata perpatah – seekor kerbau membawa lumpur, semuanya akan terpalit juga – maka elok lah SPRM intip dan siasat gaya hidup anak-anak pemimpin Kerajaan Pusat dan negeri. Daripada mana mereka mendapat wang yang banyak untuk hidup mewah.
- ismaweb

4 comments:

  1. Hebat! Rakus sungguh,! hancur amanah tul puak berkuasa tu!!
    Melopong melayu dan bgsa Johor mana nk ada ppeluang nk milik harta kekal milik di situ tu. Iklas lah mcm bawa Uber, jual nasi lemak security, jg kebun maybe boleh la kot. Kota singa oun gerun dgn bakal panaklok baru ini.
    Alamat mesti gah bunyi spt ;
    New Shenzen, Nanyang, 1Belt One Road.
    Harus2 tgk dari jauh saja la ...
    Hidup UMNO , Wala' PAS.

    ReplyDelete
  2. Anak exco ada kuasa tukar setatus tanah ke?
    Siapa yg berkuasa tukar setatus tanah?
    Taknak heret sekali ke?

    ReplyDelete
  3. Kepala bapak umbo bn bila nak tangkap?

    ReplyDelete
  4. Rakyat bangkit bantahan umum..tangkap najibraxak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com