innity

pages

Sunday, February 19, 2017

Siri Jelajah Penerangan Umno, Usaha Akhir Sebelum PRU-14, selepas Strategi peluk PAS??

Annuar Musa (kiri) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad.
KUALA LUMPUR: Biro Penerangan Umno akan memulakan siri jelajah ke seluruh negara pada 25 Februari ini bagi menangkis dakwaan dan isu-isu yang dibangkitkan pembangkang, termasuk kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa tidak bersetuju jika program itu dianggap sebagai 'pecutan' akhir parti sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Saya rasa politik adalah maraton jarak jauh, bukan larian 100 meter. Jadi belum sampai tahap pecutan akhir.

"Tapi apa yang penting adalah kesiapsiagaan kita berada di tahap terbaik sepanjang masa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penerangan Umno Pusat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Pada masa sama beliau turut mengunci mulut mengenai jangkaan tarikh PRU-14.

"Itu kena tanya Perdana Menteri. Apa yang pasti pilihan raya umum sebelum pertengahan 2018 mengikut Perlembagaan negara," katanya dalam nada berseloroh.

Mengulas lanjut mengenai program jelajah itu, Annuar berkata, antara tumpuan yang akan diberi adalah penubuhan pasukan khas bagi menyiasat kerugian urus niaga Forex Bank Negara sekitar  1990-an.

"Ada orang timbulkan keraguan mengapa (isu) forex perlu disiasat, dan mengapa tidak 1MDB. Ia kehilangan sebenar tapi tidak pernah disemak dan disiasat.

"Ada orang cuba nak menimbulkan kesangsian itu kerana ramai putar belit, jadi kita perlu beri penjelasan," kata Annuar.

Jelas Annuar, isu Forex ini perlu disiasat kerana ia berbeza dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana negara  kehilangan berbilion ringgit melibatkan Bank Negara, sebuah agensi kerajaan.

"Berbeza dengan 1MDB kerana ia bukan agensi kerajaan, tetapi syarikat berkaitan kerajaan yang menggunakan RM1 juta dana kerajaan dan lainnya menggunakan pinjaman," katanya.

Malah Annuar berkata, 1MDB sudah melalui proses siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Peguam Negara dan laporan Ketua Audit Negara. 

Laporan-laporan tersebut telah diklasifiasi sebagai Rahsia Rasmi menyebabkan orang awam tidak dibenar melihat atau meneliti laporan tersebut.

Kata Annuar "isu forex tidak pernah dibuat laporan atau kajian, setidak-tidaknya untuk mengetahui kelemahan supaya ada garis panduan kejadian sama tak berulang.

"Apa jua keputusan kabinet selepas laporan itu siap, ia hal lain. Kita tetap menyokong keputusan kerajaan dan tidak akan buka ruang kepada pihak yang cuba timbulkan keraguan terhadap keputusan itu," katanya.

Kabinet baru-baru ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan awal mengenai kerugian urus niaga forex itu.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan baru-baru ini berkata pasukan petugas khas itu akan dianggotai pelbagai agensi kerajaan termasuk individu yang dihormati dan berpengalaman dalam bidang tertentu.

9 comments:

  1. Yg bagi penerangan org yg disyaki rasuah dan penyamun besar. Eloklah tu umno. Rakyat dah tak peduli dah. Annuar musang woiii ..bilalah negara kita bangkrap. Kau ingat rakyat bahlol macam kau keee

    ReplyDelete
  2. Dah tak boleh nk jawab cari isu lain .kot kot rakyat boleh dibodohkan lagi.

    ReplyDelete
  3. Semua cobaan oleh umno untuk membunuh kemaraan tun dan kumpulannya gagal, malah telah memburukkan kedudukan umno di mata rakyat jelata.

    Nak gunakan PAS semalam dengan sandiwara ruu355 terserlah gagal.. kononnya to attract 300k attendees, yang datang sekitar 30k.

    Roadshow Forex loss cuba dijaja untuk dihadamkan ahli umno namun saya percaya it may backfire. Trust me, no umno member will take it seriously although jasa and other propaganda team will claim success. Reason simple, no one is interested coz ramai cerita lama. Cerita 1MDB, SRC, 2.6 bil jho low lagi juicy an contemporary.

    ReplyDelete
  4. Eloklah tu orang politik UMNO ni, pilihanaraya 2017 atau 2018, tetapi bahan kampen isu cerita lebih 30 tahun dahulu. Isu IMDB yang baru 2015 yang lalu pun belum tentu penghujungnya. Sedap bercakap kata kerugian IMDB adalah kerugian syarikat, habis tu tak perlu lah susah-susah MOF yang jamin dan kena membayar hutang. Kerajaan tak perlu lah memotong banyak bajet dalam kementerian terutama sekali bajet untuk perubatan dan pendidikan. Udang lagi bijak fikir.

    ReplyDelete
  5. Terbaik ..
    Penyamun nak mencari kesilapan yg telah lama berlaku ..
    Yang Terkini .. macam mana ??

    ReplyDelete
    Replies

    1. Yang termini? Bapa segala penyamun sudah terangkan.

      Delete
  6. Jasa dan btn yg datang bagi penerangan pun bangang nak mampus. Takde modal cuma pujuk dan takut2 org. Jasa dan btn ni patut kita tutup bila kerajaan baru nanti. Pegawai jasa ni memang memalukan. Sama baral macam ketua pengarah yg lidah pendek tu. Kalau tak percaya dan ada masa ..pergilah dengar program jasa. Nak muntah brooo

    ReplyDelete
  7. "Berbeza dengan 1MDB kerana ia bukan agensi kerajaan, tetapi syarikat berkaitan kerajaan yang menggunakan RM1 juta dana kerajaan dan lainnya menggunakan pinjaman," katanya.

    -TS AnnuarMusa

    Nak spin mengatakan 1mdb bukan milik kerajaan ker?

    Nak main wayang?

    Mungkin juga umno ingat rakyat bodoh?

    Apa nak di herankan ketua penyamun bernama bijan cakap dapat derma, anak tiri cakap dapat hadiah.

    Forest city bijan cakap hak milik 99 tahun.

    Matematik pun lingkup.

    Lingkup negara, lingkup rakyat punyai pemimpin kincing kuat merata rata.

    Tak heran la annuar musa kincing berlari.

    ReplyDelete
  8. Sedap tengok makanan atas meja meeting dengan muka senyum gembira. ingat sikit rakyat yg bercatu setiap kali nak makan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com