innity

pages

Wednesday, February 22, 2017

Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara antara suspek diburu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan) ketika mendedahkan dua orang lagi suspek yang diburu pihak polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam pada sidang akhbar di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto EPA
KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua suspek yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam pada Isnin lepas, dikenal pasti sebagai Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia. 

Beliau dikenali sebagai Hyon Kwang-song, 44, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya seorang lagi suspek yang diburu polis ialah pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, dan kedua-dua suspek itu dipercayai masih berada di negara ini.

"Saya telah meminta kedua-dua mereka untuk tampil membantu siasatan kes berkenaan.

"Sekiranya mereka enggan tampil membantu siasatan, polis akan mengeluarkan waran tangkap kepada mereka," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini. - SH

2 comments:

  1. salahkah kalau saya kata sudah tiba masa negara kita menyekat atau mengambil satu tindakan yang dapat mengawal kemasukan warga asing ke negara kita samada sebagai pelancong mahupun sebagi pekerja asing. Adakah Malaysia akan terus menjadi pusat segala bentuk jenayah mahupun maksiat sebagai cara untuk menambah pendapatan negara ? Jangan bila tak dapat di kawal rakyat sendiri menjadi mangsa

    ReplyDelete
  2. Rakyat sendiri akan menjadi mangsa keganasan oleh warga asing kalau tak dibendung.

    China pun dah bawa masuk rakyatnya berpuluh ribu mgkin akan meningkat jadi ratusan ribu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com