innity

pages

Thursday, February 23, 2017

[RAJA SALMAN LAWAT M'SIA] Misteri Derma RM2.6B Akan Terjawab?


Misteri Derma RM2.6B Akan Terjawab?

Malaysia sedang menanti lawatan rasmi baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi pada akhir Februari ini. Lawatan baginda akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik dan hubungan baik rakyat kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.

Sudah pasti Kerajaan Persekutuan BN pimpinan PM Najib Razak akan ambil kesempatan sepenuhnya untuk menyambut keberangkatan Raja Salman ke Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, sambutan itu bukanlah demi kepentingan Malaysia tetapi untuk kepentingan peribadi Najib dengan muslihat untuk mengiyakan dakwaan beliau bahawa wang berjumlah AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebenarnya derma daripada seorang Putera Raja Arab Saudi.

Betulkah itu wang derma (yang jumlahnya sangat banyak sekali)? Jika ya, adakah wang itu untuk dana pilihan raya UMNO, atau untuk membiayai gerakan menentang ancaman ISIS ataupun Yahudi seperti yang dikatakan beberapa Menteri Kabinet? Benarkah sejumlah AS$620 juta telah dipulangkan kepada penderma kerabat diraja itu seperti yang diumumkan oleh Peguam Negara yang baru dilantik ketika itu? Persoalan-persoalan ini perlu pengesahan daripada Raja Arab Saudi sendiri.

Isu ini perlu diselesaikan kerana PM dan jentera propaganda beliau akan mewujudkan gambaran kononnya tiada masalah sedikit pun dengan Arab Saudi. Ia juga dapat mengesahkan setiap dakwaan Najib bahawa wang tunai yang luarbiasa banyaknya di bawah kawalan beliau itu sememangnya sumbangan ikhlas daripada Kerabat Diraja Arab Saudi.

Tidak kurang pentingnya, pengesahan tersebut perlu dibuat kerana seorang yang waras fikirannya, setelah mengikuti pelbagai laporan yang wibawa, akan merumuskan bahawa wang tunai bersamaan nilai RM2.6 bilion dan mungkin berapa bilion lagi yang dimasukkan kepada akaun bank Najib adalah wang berbilion ringgit yang disonglap daripada 1MBD.

Oleh itu, demi Malaysia yang kini terpalit dengan skandal politik yang begitu buruk dalam sejarah, Raja Salman mesti mengesah dakwaan sesungguhnya seorang Putera Raja Arab Saudi telah menderma wang tersebut kepada Najib. Sekiranya tidak disahkan, isu berkenaan akan berpanjangan, lantas Najib akan kekal memerintah dan terus menyalahguna kuasa jawatannya walaupun telah kehilangan kepercayaan rakyat Malaysia.

Kami tidak mahu melihat Najib menggunakan lawatan seorang Raja daripada sebuah negara bersahabat untuk menutup jenayah yang beliau lakukan dan sudah diketahui seantero dunia.

Mukhriz Mahathir

KISAH 1 soalan pelbagai jawapan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan: Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 16 : Duit itu guna untuk melawan IS

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 17 : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 18 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 19 : BERSIH juga menerima duit derma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 20 : jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 21 : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 22 : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 23 : ada plurals penderma, bukan seorang penderma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 24 : Azalina uthman- ya kah?mungkin zahidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 25 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 26 : Henti kan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. (Issue fitnah kembali berkumandang)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 27 : Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 28 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 29 : RM 2.03B telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 30 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti..

1 comment:

  1. Bijan 3K akan cuba beri persepsi bahawa Raja Salman adalah menyokong beliau.

    Kita semua sedia maklum Bijan 3K dapat derma, anak tiri dapat hadiah berbillion billion.

    Raja Salman tidak akan jadi sebegitu bodoh untuk menyatakan derma dan hadiah datang beliau.

    Raja Salman datang untuk meminta bantuan ketenteraan memerangi puak yemen yg sedang mangancam kedaulatan negaranya.

    Dan jika melihat kedudukan bijan 3K yg amat terdesak hari ini, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan tengkuk beliau yg sedang terjerut dan berada pada tahap amat kritikal!

    Seperti biasa bijan 3K meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan bahaya apabila beliau menyebelahi dan menyokong satu pihak.

    Bijan 3K, boleh tak cepatkan PRU?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com