innity

pages

Tuesday, February 21, 2017

PM, TPM Tidak Hadir H355, tapi boleh pula Thaipusam di Batu Caves, mana Menteri2 lain, mana Salleh Said Keruak


PEDANG dan rakyat Malaysia beragama Islam, tertanya-tanya ke mana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia tatkala, ratusan ribu umat Islam berkumpul menyatakan solidariti ummah menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Tidak nampak pun kelibat kedua-duanya. Cuma ungkapan salam disampaikan melalui Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang kita tidak tahu mewakili siapa. Kerajaan atau UMNO? Tiada ucapan berapi-api daripada kedua- duanya, sebagaimana pada himpunan solidariti memperjuangkan nasib etnik Rohingya.
Benarlah, kera di hutan disusukan, anak sendiri kelaparan. Perjuangan untuk etnik luar lebih diutamakan, tetapi untuk kepentingan Islam sendiri tidak didahului. Kenapa Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh hadir?
Apakah mereka tidak prihatin kepada undang-undang dan hukum Islam? Walaupun Pedang yakin majoriti yang hadir adalah orang PAS, tetapi umat Islam yang bukan penyokong PAS pun ramai yang hadir.
Pedang rasa mereka yang tidak hadir akan beri alasan mudah bahawa mereka menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin bagi seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama, bukan kepada umat Islam sahaja.
Tapi, hairannya mereka boleh pula hadir upacara keagamaan Thaipusam di Batu Caves.
Untuk memartabatkan Islam – agama yang dianuti datuk nenak moyang mereka – susah pula untuk mereka hadir. Masa memperjuangkan hak dan nasib etnik Rohingya di Tasik Titiwangsa 4 Rabiulawal lalu, Najib, Zahid dan ramai lagi menteri serta pemimpin UMNO yang hadir, berdiri sama pentas dengan pemimpin PAS, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Tapi, semalam? Budak-budak tahfiz dan warga tua pun boleh hadir untuk menyatakan sokongan kepada undang-undang Islam, usaha untuk memartabatkan Mahkamah Syariah. Usaha yang ditentang oleh ultra kiasu kafir di Malaysia.
Kenapa hanya Jamil Khir sahaja yang hadir. Mana menteri-menteri Islam di Malaysia? Mana pemimpin-pemimpin UMNO yang semuanya Islam dan memerintah Malaysia sebuah negara Islam? Mana Salleh Said Keruak? Mana Ahli-Ahli Parlimen yang beragama Islam.
Kalau setakat ada Asyraf Wajdi dalam kerajaan, setakat ada Fathul Bari dalam UMNO, Pedang rasa belum cukup untuk melawan golongan liberal dalam kerajaan dan UMNO. Apa lagi mahu melawan ultra kiasu dalam Barisan Nasional (BN) yang terang-terang menentang pindaan Akta 355.
Pedang hairan apa guna Jamil Khir dan Asyraf dalam Kabinet Najib, jika dalam mesyuarat jemaah menteri mereka tidak bersuara memberi tazkirah kepada ultra kiasu kafir dalam Kabinet itu mengenai pindaan Akta 355 – supaya pemimpin ultra kiasu kafir dan puak liberal dalam Kabinet itu boleh menjelaskan kepada ‘nyamuk dan agas’ supaya tidak menentang pindaan Akta 355.
Pedang petik semula kata-kata Najib pada perhimpunan solidariti Rohingya dulu: “Jangan protes Ahok (Gabenor DKI Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama) sahaja, Rohingya mesti diperjuangkan, mereka boleh berhimpun di Jakarta, kita nak tunjuk kita tidak reda, kita mesti bertamadun, jaga nyawa dan harta benda, ini tanggungjawab kita sebagai sebahagian daripada maqasid syariah…ini wajib.”
Pedang tanya: Apakah tidak menjadi kewajipan untuk memartabatkan undang-undang Islam dan mahkamah umat Islam?
Kata Najib lagi isu Rohingya begitu mencengkam kalbu umat Islam di negara ini kerana agama Islam dihina manakala hak asasi manusia pula dirobek.
Pedang tanya: Apakah kalbu umat Islam di Malaysia ini tidak dicengkam apabila agama Islam di Malaysia dihina dan dihalang daripada dimartabatkan oleh orang kafir di Malaysia?
Najib boleh mengutuk Myanmar: “Ia (Myanmar) pakai satu saja artikel dalam ASEAN iaitu kita tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal negara lain, dia tidak baca artikel lain mengenai hak asasi manusia. ASEAN juga mempertahankan hak asasi manusia, mereka ini buta ke? Janganlah tafsir ikut sesuka hati.”
Pedang tanya: Apakah pemimpin kerajaan Malaysia yang beragama Islam dan yang kafir, serta pemimpin UMNO, tidak buta mengenai keperluan untuk menambahbaik undang-undang Islam di Malaysia? Apakah tidak baca ayat-ayat suci al-Quran (bukan artikel ciptaan manusia) mengenai keperluan melaksanakan hukum Allah? Buta ke?
Kata Najib lagi:” Kita ada UMNO dan PAS dalam perhimpunan ini. Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam soal Islam, soal ummah, ini wajib, ini bukan politik.”
Pedang kata: Perjuangan menegakkan hukum Allah, memartabatkan Mahkamah Syariah menjadi wajib bagi umat Islam, terutama pemimpin yang diberi kuasa oleh Allah Taala untuk melaksanakan tujuan itu. Ini soal Islam, soal ummah, ini wajib, ini bukan politik dan jangan takut kepada orang kafir.
Kita sudah dengan berhemah dan berlembut menerangkan kepada mereka mengenai usaha memartabatkan Islam tiada kaitan dengan mereka. Tetapi Najib dan Zahid, wajib menerangkan kepada mereka mengenai usaha itu supaya pemimpin-pemimpin kafir itu tidak buta, pekak dan tuli.
Kata Pedang: Pedang setuju, malah dari awal lagi telah Pedang nyatakan, sebagaimana dikatakan oleh Timbalan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahya bahawa umat Islam jangan lagi memberi undi kepada mana-mana calon yang menentang pindaan Akta 355 pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

-ismaweb

11 comments:

  1. Salleh Keruak ni bangang. Penyamun macam dia mana reti bab 355 ni. Menteri lain pergi jelah. Hal bodek dan jilat biarlah dia buat. Itulah kepakaran dia.

    ReplyDelete
  2. Ya...ygni lucu. Apasal najib bole berada di demo Thaipusam tp gagal muncul di demo hak umat Islam. Walhal Najib berada di negara ini.

    Najib adakah kamu memperkecilkan usaha umat melayu? Adakah kami tidak penting?
    Adakah perasaan orang beragama Hindu lebih penting drpd perasaan umat Islam yg diangkat tertinggi dlm perlembagaan?

    Sandiwara apakah yg sedang kamu lakunkan?

    Shahadan

    ReplyDelete
  3. Macai Madey Kutty, apa yg ko terlalu risau dan sibuk sgt pasal himpunan RUU355 ni sampai dh separuh minggu asyik proting entry yg sama?

    Ko gerun eh chai? So ko nak main sentimen pujuk rayu dan laga melagakan spy nampak lah boleh sabotaj sikit sebanyak usaha ini?

    DSN atau DS Zahid tak hadir apa masalahnya? Ada mereka halang ahli UMNO pergi atau menentang mcm Madey kutty duk hina dan lawan tu? UMNO Mereka hantar wakil menteri kanan. Itu sudah cukup. Kalau Najib pergi nnt manusia2 dajjal mcm ko akan cipta polemik baru pulak iaitu menuduh Najib bukan2 utk cucuk jarum pd MCA MIC.

    Dlm Islam diam itu pn tanda sudah redho. dlm situasi byk syaitan dan munafik mcm ko ni.. better PM dn TPM jgn pergi. buat cara hikmah sokongan.. yg penting JANGAN jadi BARUA KAFIR dan MENGHALANG usaha suci ini.

    Tkpayah lah nk divert spin itu ini.. yg pasti Madey mmg sgt silap langkah. semua perkara nk dipolitikkannya. hal Agama pn dia bancuh likat. Dia turun BERSHIT anak dia sokong LGBT itu bkn mainan politik kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple je...hadir himpunan thaipusam syirik kpd Allah tp tak hadir RUU355 angkat syariat Allah tu bijaksana apa? Itu tak jd barua kafir? Semua nak dipolitikkan. Kita nak tau kenapa tak mau hadir? Adakah itu petanda isu Ruu355 Najib bukan sokong 100%.

      Satu lg jgn ingat kita senang diperbodohkan dgn jwban bodoh ko. Aku tak bandingkan perangai najib dgn Tun M dlm komen aku ni, ko boleh kata ini komen politik. Apa punya otak. SEMUA POLITIK.

      Delete
    2. Bebal kau ni bai ..takyah komenlah. Malulah kat anak bini

      Delete
    3. Macai bodoh ruu usul bentang kat parlimen... Yg bawak pehak kerajaan bukan pas..dia boleh usul aje apasal 2kali tangguh apasal ketua penyamun kau tak nak bentang sendiri ruu tu bahas dan undi kat parlimen..kaki spin kuat engkau bukan org lain.. Bila mengomen je tunjuk bodoh...nyusahkan rakyat je himpun hari tu..apa hasil dapat?penuh tabung derma ke?

      Delete
    4. Anon 10:52 AM,

      Kau kot yg gerun..kalau ada beran tak payah lah hasil laporan ketua audit negara jd OSA..kalau beran n transparent buat la royal commission siasat 1MDB..

      kau muka tak tau malu..PAS dulu ckp korang kafir skrg bole biasa dgn diaorg..at least kalau ada maruah suruh la diaorg tarik blk amanat Hj Hadi tu..apesal tak nak..?cuba imagine kalau ada org ckp mak bapak kau kapir, kau suka tak? jgn pasal politik semua benda ni kau pejam mata..

      bro kat singapore negara yg paling rendah indeks rasuah dia (http://www.transparency.org/news/feature/corruption_perceptions_index_2016) dah dakwa few people pasal transaksi 1MDB..kat Malaysia AG suruh tutp kes n takda sorg pon kena dakwa..tak pelik ka? kau selidik tu dulu then baru la nak sokong sapa2..aku rasa isu 1MDB pon kau tak faham..tu pasal boleh sokong membabi buta..

      by the way..tak semestinya org yg kutuk kerajaan tu penyokong Tun M or DAP or Amanah or PKR..ramai rakyat jelata yg tak berparti tak puas hati atas kebobrokan dlm negara skrg ni..plz grow up..jgn streotype kan semua org..

      P/s: skrg bnk kat thailand pon tak nak tukar duit Malaysia..terus kan sokongan membabi buta mu itu..teruskan sampai ke lobang kubur

      Delete
  4. Kalau najib, zahid atau salleh are not hypocrites...what are they?

    ReplyDelete
  5. Memang betul,pelik Dan hairan! Tang upacara agama kafir yg jelas syirik depa sanggup pi,Yg majlis orang Islam tak sanggup pi.Takut kat siapa ? takut kat Allah ke takut kat patung muruga Batu Cave tu??

    ReplyDelete
  6. Tanggungjawab ini telah diberikan kepada menteri lain dan diwakilkan begitu juga food fortila bila tok guru tak boleh hadir maka diwakilkan. Sudah tentu ada perkara yg mendesak. Barang diingat perjumpaan demi perjumpaan dengan NGO Islam dilakukan oleh TPM dan PM sendiri yg tidak diberitakan. Dan himpunan RU355 mestilah dilihat sebagai kebangkitan Umat Islam tanpa disadarkan kepada mana2 parti politik atau mana2 pemimpin tertentu. Agenda Umat Islam bukan terletak dibatu jemala PM atau TPM tetapi ianya adalah tanggungjawab bersama oleh semua umat Islam.

    Pada himpunan Kalimah Allah ramai saja pemimpin pas dan pemimpin pkr tidak hadir di himpunan tersebut.. tidak pula menjadi isu. Oleh itu jangan jadi manusia yang Isu centric tetapi menjadi manusia yang agenda centric.

    ReplyDelete
  7. Tanggungjawab ini telah diberikan kepada menteri lain dan diwakilkan begitu juga food fortila bila tok guru tak boleh hadir maka diwakilkan. Sudah tentu ada perkara yg mendesak. Barang diingat perjumpaan demi perjumpaan dengan NGO Islam dilakukan oleh TPM dan PM sendiri yg tidak diberitakan. Dan himpunan RU355 mestilah dilihat sebagai kebangkitan Umat Islam tanpa disadarkan kepada mana2 parti politik atau mana2 pemimpin tertentu. Agenda Umat Islam bukan terletak dibatu jemala PM atau TPM tetapi ianya adalah tanggungjawab bersama oleh semua umat Islam.

    Pada himpunan Kalimah Allah ramai saja pemimpin pas dan pemimpin pkr tidak hadir di himpunan tersebut.. tidak pula menjadi isu. Oleh itu jangan jadi manusia yang Isu centric tetapi menjadi manusia yang agenda centric.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com