innity

pages

Monday, February 13, 2017

PM sepatutnya letak jawatan, BUKAN Menteri Kanan itu

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya meletakkan jawatan, bukannya menteri kanan negara yang perlu berbuat demikian.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, imej negara ketika ini terjejas begitu teruk akibat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia bukannya isu direka-reka, malah menjadi bahan jenaka di peringkat antarabangsa.

“Sekiranya isu pengkhianatan amanah dan urus tadbir Malaysia Official 1 (M01) dan 1MDB berlaku di negara-negara yang mengamalkan sikap amanah tahap cemerlang seperti Iceland, New Zealand, Jepun, Sweden dan Singapura, sudah pasti presiden, perdana menteri dan menteri-menteri mereka telah meletakkan jawatan demi memelihara integriti serta maruah bangsa serta negara mereka.

“Dan sekiranya Malaysia telah memiliki indeks integriti yang membanggakan, bukan seorang menteri kanan, tetapi Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa seorang menteri kanan berjumpanya dan menyatakan hasrat meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan perkara berkenaan. 

-Sinar Harian

5 comments:

  1. Mohon sangat2 kepada bijan dan semah, kalau tak nak letak jawatan, ambil cuti berehat boleh tak?

    Negara maju samada letak jawatan atau bunuh diri.

    Di malaysia kami rakyat beri ckit pengecualian, boleh ambil cuti berehat.

    ReplyDelete
  2. Bukan Anifah Aman

    Semua orang akan terperanjat.........stay tune

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan Said keruak kot???

      Delete
  3. Ku nang-kunang...

    ReplyDelete
  4. pemangku tpu kott

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com