innity

pages

Wednesday, February 1, 2017

PM, Najib Persembah DKM kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong Hari Ini

YAB Perdana Menteri Najib Razak mempersembahkan Darjah Yang Maha Utama Darjah Kerabat Diraja Malaysia (DKM) kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, hari ini.

Agong Berkenan Terima Darjah D.K.M

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M) daripada kerajaan Malaysia.

Ia disampaikan kepada Seri Paduka oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu istiadat di Istana Negara.


Darjah kebesaran itu dikurniakan kepada Sultan Muhammad V yang menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 mulai 13 Dis lalu.

Seri Paduka menggantikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis lepas.

Antara yang hadir pada istiadat itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Jemputan lain ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
-- BERNAMA

1 comment:

  1. Adakah denfan darjah 123456 tak boleh di dakwa dan hukum

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com