innity

pages

Sunday, February 5, 2017

PKR, BERSATU bukan parti kerdil mahu sertai blok ketiga, Parti Suam Kuku Berjasa, Ikatan Boleh lah


KOTA BHARU – Cadangan Pas supaya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan bersama mereka dalam blok ketiga bersamanya seumpama usaha seekor ular lidi mengajak ular sawa mencari makan bersamanya.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, PKR dan Bersatu bukanlah sebuah parti kerdil seperti Berjasa dan Ikatan, malah pemimpin mereka jauh lebih matang dan mempunyai pandangan politik yang tajam.

Mereka mempunyai banyak kelebihan,antaranya lagi ialah bijak memahami senario politik Malaysia. Mustahil perkara tersebut berlaku. Lagi pun PKR sudah lama bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dan kini sekali lagi bersama DAP dan Amanah, sebelum Bersatu turut mengambil sikap untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan,”katanya kepada Sinar Harian, di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Baik sertai blok ketiga']


Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan menyertai blok ketiga.

Menurutnya, adalah mustahil dari segi politik, PKR dan Bersatu meninggalkan pakatan politik yang kuat dan kukuh, untuk bersama dengan satu pakatan politik baru atas nama blok ketiga yang masih tidak jelas tuju politiknya.

Malah beliau juga berkata, Pas bagaikan bersandiwara apabila bertindak mengajak parti pembangkang lain bersama mereka menentang BN, sedangkan mereka dalam masa yang sama sedang bermesra dan menjalinkan hubungan politik dengan BN.

“Pas hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana politik yang bersedia untuk duduk dan patuh kepada arahan dan kehendak mereka. Dalam erti kata lain, mereka boleh mengajak parti-parti kecil seperti Berjasa dan Ikatan untuk berada di bawah telunjuk politik mereka, namun mustahil PKR dan Bersatu untuk berbuat sedemikian,”katanya. - SH

14 comments:

  1. kalau campur semua pemimpin Pas, tak ada sorang pon yg dapat menandingi Tun M, berpengalaman jd PM 22 tahun dengan cemerlang

    Pas perintah kelantan pon terhenjut2 nak cari duit, rakyat keluar cari rezeki luar kelantan..

    Walau PPBM baru tapi pemimpinnya semua hebat2, ada bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Menteri besar...sokongan rakyat juga sangat hebat sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR dulu pun ramai bekas tu bekas ni gak... yang paling hebat ialah yang sorang tu yang suka isi barang dalam bekas orang.... lebih 50% kononnya rakyat sokong dia..... meniarap juga kat jalan. Tun bolehlah kita bagi kredit sikit.... tupun dah sipi2 dah.... nengok gayak mcm dah main "tepi tebing" jer... harapkan mukriz.... berjambang sampai lepaa lleher pun org tak pandang dah der.... no value.... muhyidin...huh.... orang johor pun senyum jer.

      Delete
  2. PAS memang tak dap kebolehan memimpin negara. PAS hanya ada orang yang masih bersih dari terpalit skandal juta2 dan rasuah. PAS ada akar umbi yg kuat dan setia serta ramai.

    BERSATU ada pemimpin yg berkebolehan dan berpengalaman, gabungan lama dan baru. BERSATU takada ialah akar umbi yg kuat dan setia. Jumlah pun mgkin kurang berbanding PKR.

    PKR pula ada kelebihan lbh lama berjuang dr BERSATU. Ada pemimpin yg bagus dan muda, ada pempin yg lbh kurang BN. Tapi ada ahli yg ramai dan masih baik dan ada penyokong berbilang bangsa.

    Jadi kalu PAS begabung dgn BERSATU dan PKR saya rasa itulah ramuan yg amat dinantikan oleh rakyat MALAYSIA dan Melayu lbh mudah menerima.
    Selagi PAKATAN masih berpusing2 dgn DAP selagi itulah tak akan ada harapan kita memenangi hati pengundi melayu dan beebilang kaum. Mgkin org cina pun akan beralih dari DAP kpd PKR kali ni.

    Keluarlah dari kotak lama ....asyik dgn DAP juga nak kita berpakat. Walhal kita tahu mustahil melayu yg kecewa dgn BN dan UMNO akan boleh terima DAP. Alamat kalah lagi la kita PRU 14 ni dgn BN haprak. Sbb parti BERSATU ni pun dua kali lima ideanya dgn idea ANWAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah chai 5.12;

      Mudah jer kiraannya nak tewaskan dan tumbangkan parti bijan penyamun no 1 negara...

      Gabungan semua parti pembangkang lawan BN atau parti pembangkang berpecah belah lawan BN?

      Kalau Nak cucuk jarum pun, tulisan tu perbaiki dan perhalusi lagi chai.

      Umno bijan dari dulu, sejak merdeka, strategi nya adalah pastikan parti pembangkang berpecah belah, tupasal BN sentiasa menang PRU.

      kipidap chai.

      Delete
    2. Chai DAP ni tak faham. Dlm Quran ada byk peringatan Allah, kaum Musyrik kalau kamu minta bantuan mrk, satu hari nanti mrk akan khianati kamu. Kamu nak tambah kuasa syariat Islam dan hak melayu kamu akan tgk nanti DAP ni akan lawan kamu.

      Delete
    3. 7.57 seteruk dan sejahil DAP sekalipun pemimpin mereka tidak pernah merompak dan menyamun wang rakyat.

      Sekadar ingin bertanya,

      Pemimpin manakah yg mempunyai 2.6 BILLION dan 42 JUTA dalam akaun peribadi?

      Kenapa pemimpin ini tidak masukkan dalam akaun parti? Bukankah ianya lebih telus dan beramanah?

      Siapakah yg kebih khianat?

      Pemimpin yg diberi kepercayaan oleh rakyat dan bersumpah ketika menerima jawatan ini atau DAP?

      Delete
  3. Bab bongkak tak lari dari 6% pemimpinan PAS. Jumud tltok dok perasan pandai. Akibah, iman, Malah, Islam sendiri sanggul mereka buat. Klepet dh bank in cengkeramo, lobai mula sirwm kencing siang dan malam. Malang sungguh melayu yg masib kelam.

    ReplyDelete
  4. Tun M..... Mamak tu kerrr.... Mmg xd sorang pun boleh lawan dia.... sbb dia Pembelit, Penipu, Pembohong, dan 1001 mcm pem lagi.... kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyalak 6%. Berapa banyak duit rakyat masuk dlm akaun mamak tu ?
      Ko tau yg masuk 2.63 billion tu masuk akaun siapa?
      42 juta duit src yg dipinjam dari kwap dana orang pencen tu masuk akaun siapa?
      Padan bijan kata bangang.
      K8h kih kih. . .

      Delete
  5. Saya yakin tun boleh kontrol dap.
    Sedangkan bijan tak boleh kontrol mca. Tak boleh kontrol gerakan.
    Tun tak tukar nama.
    Tun tak pakai cheong sam
    Yg pakai cheongsam siapa ?

    ReplyDelete
  6. “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (QS Ash Shaff 4)

    Ayuh parti pembangkang sekalian! Kita satukan pasukan kita dan jangan berpecah belah!

    Sekiranya PAS enggan, maka tiada paksaan kepada mereka, namun majoriti ahli2 PAS pasti tidak boleh menerima umno sebagai rakan sekutu mereka kerana telah ditarbiyahkan selama berpuluh puluh tahun musuh mereka adalah umno.

    Hj Hadi bila nak saman media yg mendakwa menerima habuan 90 juta tunai dari najib?

    Tunggu hari selasa macam najib jugakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surah Assyaf tu bukan utk org Islam bersatu dan berjuang dgn musyrik. Jgn pakai tafsir sendiri. Ayat tu untuk org Islam bersatu sesama orang Islam.

      DAP ni kalau menang dia akan lawan syariat Allah. PAS,BERSATU, PKR satu formula bagus. DAP biarkan mrk menyokong sahaja sbb kita dah boleh agak, kalau menang pembangkang, DAP akan.jd duri dlm daging sama seperti McA dan GERAKAN liabiliti kpd UMNO setiap kali ada isu hak melayu dan hak agama. Korang pikir2 la sendiri.
      Byk ayat quran dah larang berbaik dan.meminta pertolongan org Musyrik sbb depa akan khianat.

      Delete
    2. 7.53

      siapakah yg mengatakan surah assyaf bukan untuk orang islam, jika ianya membawa kebaikan untuk umat islam dan masyarakat keseluruhan nya?

      DAP telah menyatakan bahawa mereka menghormati dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara islam.

      Mereka hanya menentang orang islam yg berfikiran ekstrim , jumud dan pelampau.

      Bukankah Nabi SAW sifatnya sederhana?

      Kenapa tidak benarkan DAP menyertai gabungan nenentang kemungkaran dan penindasan terhadap rakyat?

      Bukankah niatnya membawa kebaikan?

      Delete
  7. Jgn lupa pesan tuan guru.
    Pas jgn masuk lubang yg sama dua kali.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com