innity

pages

Saturday, February 18, 2017

[PIGI DAH, MANDAT BUKAN SUH JADI EXCO] Demi mandat rakyat, PAS tak putus dengan PKR di Selangor

GOMBAK: PAS tidak akan keluar daripada pemerintahan kerajaan negeri Selangor kerana ia mandat yang diberikan rakyat ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika pemimpin parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, ia seolah-olah mengkhianati kepercayaan diberikan rakyat.
“Mandat dikeluarkan rakyat dan kita kekalkan mandat itu sehingga tamat tempoh. Kalau kita keluar (putuskan hubungan PAS-PKR) bermakna kita mengkhianati rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Kolej Islam Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, malam tadi.
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor yang merupakan salah seorang exco kerajaan negeri, Datuk Iskandar Samad berkata PAS Selangor tidak mungkin membuat keputusan untuk putuskan hubungan dengan PKR.
Iskandar berkata kedudukan PAS di Selangor penting bagi menunjukkan parti itu diterima di peringkat nasional bukannya di Pantai Timur atau pengundi Melayu saja.
Katanya, rakyat Selangor yang berbilang agama dan bangsa menikmati manfaat daripada pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tuan Ibrahim menyokong kenyataan Iskandar dan berkata tidak timbul soal pemimpin PAS enggan putuskan hubungan dengan PKR disebabkan PAS mempunyai kuasa dalam kerajaan negeri.
Katanya, ini kerana walaupun Pakatan Rakyat di peringkat pusat sudah musnah, namun pemimpinnya masih menjalankan tugas dan pentadbiran yang sangat baik kepada rakyat.
Dalam ucapannya sebelum itu, Tuan Ibrahim berkata peserta Himpunan 355 (H355) diingatkan supaya tidak mencetuskan atau melakukan sebarang provokasi.
Katanya, jika berlaku provokasi, petugas Unit Amal akan merekodkan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau yang juga pengerusi H355 berkata himpunan itu bukannya demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi merealisasikan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
“Himpunan yang diadakan itu bukan mahu menentang mana-mana pihak, namun hanya sekadar mendapatkan sokongan untuk meluluskan perkara (RUU 355) yang menjadi tanggungjawab seorang Islam untuk memenuhi perintah Allah.
“(RUU 355) ini langsung tidak bermotifkan politik kerana hukum Allah melepasi politik. Kita ambil tindakan mengadakan himpunan sebagai tanggungjawab. Maka, saya harap tiada sebarang provokasi akan berlaku kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.
Rang undang-undang persendirian akta itu dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 24 November tahun lalu dan dijangka akan dibaca buat kali ketiga dalam persidangan pada Mac ini. - FMT

1 comment:

  1. Untuk kestabilan ketepikanlah dulu perbezaan agar rakyat tak jd kacau bilau dgn berpolitik. Lps bubar DUN gasaklah nak buat camna pun. Ini semua kesan drpd kerjasama lampau dan kenalah selesaikan tempohnya dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com