innity

pages

Friday, February 3, 2017

PH Bincang kerjasama Pas-Bersatu 7 Februari ini, Hadi cakap Lain Tuan Ibrahim Lain


GEORGETOWN - Pakatan Harapan akan berbincang dengan lebih lanjut pada 7 Februari ini berhubung status kerjasama rakan baharunya, Bersatu dengan Pas.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertemuan itu akan diadakan sebelum bermula satu program forum khas di ibu negara.

Menurutnya, perbincangan itu hanya dihadiri parti komponen pakatan itu tanpa kehadiran Bersatu.
"Isu Pas dan Bersatu, kita akan berbincang dengan lebih mendalam pada minggu hadapan.

"Buat masa ini, saya tidak boleh mengulas lanjut kerana kita lihat, wujud percanggahan kenyataan di antara presiden Pas dan timbalannya," katanya kepada media.

Guan Eng berkata demikian ketika membuat lawatan ke atas seorang warga emas berusia 103 tahun, Gooi Liak di Jalan Kuantan di sini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow dan Adun Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, mesyuarat jawatankuasa induk bersama antara Pas dan Bersatu yang diadakan di Kuala Lumpur dua hari lalu, belum memutuskan sebarang bentuk kerjasama.

Abdul Hadi berkata, beliau belum menerima sebarang laporan hasil pertemuan yang diadakan antara dua parti itu.

Menurutnya, Jawatankuasa Pas Pusat yang bertanggungjawab membuat keputusan berhubung sebarang bentuk kerjasama antara Pas dan parti lain.

Bagaimanapun, dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan, pertemuan Pas dan Bersatu itu mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama bagi memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik kedua-dua parti.

Menurut mereka, kata sepakat itu adalah sebagai persediaan menghadapi PRU14 nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com