innity

pages

Monday, February 27, 2017

Penulis blog, Datuk direman 3 hari


JOHOR BAHRU – Polis menahan tiga lelaki warga emas kerana membuat kenyataan jelik dan fitnah berhubung kemalangan remaja berbasikal baru-baru ini serta menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mereka ditahan secara berasingan di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur dengan dua daripada mereka ditangkap malam Sabtu manakala seorang lagi awal pagi Ahad.
“Lelaki pertama berumur 65 tahun dipercayai individu bertanggungjawab membuat kenyataan jelik dan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan basikal menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan polis pada pukul 8 pagi semalam.
“Dia ditahan pukul 10 malam tadi di Ipoh, Perak selepas polis menerima satu laporan berkaitan penyalahgunaan laman sosial berkenaan pada pukul 8.28 pagi semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata hasil tangkapan itu, polis merampas dua kad sim dan satu telefon bimbit yang dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk membuat kenyataan jelik dan hasutan berkenaan menerusi Facebook.
Beliau berkata menerusi penahanan kedua dan ketiga pula, polis menahan lelaki berumur 61 dan 64 tahun, masing-masing di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor serta Villa Taman Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
Menurut Wan Ahmad Najmuddin, kedua-dua mereka dipercayai membuat kenyataan jelik dan fitnah terhadap kes kemalangan maut yang melibatkan lapan remaja berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini pada 18 Februari lepas.
Katanya penahanan itu dibuat pada pukul 11 malam tadi dan 2 pagi tadi susulan laporan polis yang dibuat pada pukul 1.02 tengah hari semalam, berkaitan kenyataan tersebut di Facebook.
“Polis turut merampas dua telefon bimbit berserta dua kad sim bagi siasatan lanjut dijalankan,” katanya.
Ketiga-tiga lelaki tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
“Polis Johor ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.
“Orang ramai juga dinasihati tidak menyebarkan apa-apa kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam melalui mana-mana aplikasi komputer,” katanya.
Sementara itu, polis hari ini mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman ketiga-tiga lelaki berkenaan bagi siasatan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Faridatul Farah Shukri di Mahkamah Majistret di sini.
Beliau memerintahkan penulis blog berumur 64 tahun dan lelaki berumur 61 tahun, kedua-duanya bergelar “Datuk” direman selama tiga hari manakala lelaki berumur 65 tahun itu direman dua hari. – BERNAMA

3 comments:

  1. Kenyataan najibrazak tak jelik fitnah dan menghasut yeak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang jelik dan apa yang fitnah seperti yang ko maksudkan? dia fitnah ko ke?

      Delete
  2. ..dh 50-60+ semua.
    Yg muda2 mana pi?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com