innity

pages

Wednesday, February 8, 2017

[PEMBANGKANG MINTA TARIK BALIK] KM Melaka, Idris Haron kata Tidak Mustahil Melaka jadi WP


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dibidas kerana berkata, tidak mustahil untuk merealisasikan cadangan menjadikan Melaka sebagai Wilayah Persekutuan berlaku dalam tempoh yang lama.

Ketua Pembangkang Melaka Khoo Poay Tiong berkata negeri itu mempunyai sejarah lebih 600 tahun, lama sebelum Tanah Melayu atau Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

"Bagaimana dia boleh membuat kenyataan tidak menolak kemungkinan Melaka menjadi wilayah persekutuan.

"Negeri Melaka seperti yang kita tahu akan hilang bersama-sama dengan sejarah yang lama. Ia tidak boleh diterima," katanya.

Khoo sehubungan itu, menuntut Idris menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Idris dalam kenyataannya semalam berkata tidak mustahil untuk direalisasikan cadangan itu, namun ia dilihat bakal mengambil tempoh yang lama untuk menjadi kenyataan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berkata beliau mahu melihat Pulau Pinang, sebahagian Melaka dan Langkawi, di Kedah menjadi Wilayah Persekutuan. - MK

3 comments:

  1. Kalau dulu British nak jadikan Melaka NS PPinang Perak negeri Selat akhirnya peranan Sultan dimansuhkan... tak salah pula klu Negeri tsb dan langkawi di jadikan Wilayah Persekutuan... cadangan yg cukup bernas.... Sokong 101%

    ReplyDelete
  2. Sokong agar pusaka dan agama terpelihara....YDPA...adalah sultan sultan Melayu yg memiliki tubuh kerajaan negeri yg kukuh...elak apa yg terjadi di p pinang...isalam mudah dirobek olih penghianatan dalaman...dalam hal penangwalaupun dipajak..namun agama sepatutnya di baeah duli sultan kedah...agama tak terpajak dlm mana mana sejarah dunia..dulu dan sekarang....perlu penilsian dan tafsiranundang undang...

    ReplyDelete
  3. Idris ni aku ingat mata dia je yg juling. Rupanya otak dia lagi teruk julingnya. Kesian dia ni. Betul2 macam beruk dapar bunga. Lagi banyak dia cakap lagi nampak kebodohannya. Mana yg rapat dengan idris ni ..nasihatkanlah sikit dia. Makin lama makin bodoh nampaknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com