innity

pages

Saturday, February 4, 2017

"PELABURAN" CHINA - YANG TERSIRAT


Saya berpeluang bertemu dengan seorang usahawan (codename: The Oracle) yang sempat bertemu dengan taikun bilionwan Tan Sri Robert Kuok di Hong Kong.

The Oracle bertanya kepada Robert Kuok tentang pelaburan China di Malaysia ini apa maknanya.


Robert Kuok yang kita tahu antara taikun terkaya dan rapat dengan Beijing kata tak mungkin ianya sekadar pelaburan. Dan tentunya Robert Kuok bercakap benar.

Seperti saya ulas di Astro Awani sebelum ini, China bertindak "offensive" macam main dam Cina (weiqi) dengan melingkari setiap laluan strategik yang bertindan dengan kepentingan nasional mereka khusus Sea Lines of Communication (SLOC) dan kawasan pinggiran (rimland) yang menjadi bentengan (buffer) kepada China.

[rujuk ceramah di UMNO Lumut 2015: https://youtu.be/tx3xsmfLC0M]

China bijak kerana mereka ciplak doktrin Monroe dan Carter kemudian gubahkannya secara berbalik (reverse) menggunakan ekonomi sebagai "front" berbanding Amerika yang terang-terangan menzahirkan "seapower" melalui Fleets mereka yang bertebaran dan pengkalan tentera kepulauan yang sebenarnya "garrisoning the planet".

One Belt, One Road (OBOR) disamping membawa niat ala Pelan Marshall secara tersurat turut punya niat tersirat seperti "String of Pearls" - pelabuhan laut dalam untuk dwi-guna: komersial dan ketenteraan. Biarpun mereka rugi dari segi ekonomi pelaburan seperti di Sri Lanka, ianya tetap penting untuk pertahanan China di persisiran Lautan Hindi yang mana India dan Amerika punya pengkalan tentera.

Semua ini bukan baru kerana seawal 90-an lagi panglima tentera China telah merangka strategi jalan keluar melalui Yunnan jikalau Laut Cina Timur, Selatan dan Selat Melaka ditutup.

OBOR adalah penzahiran kreatif strategi pertahanan agung China yang bukan saja bersifat ketenteraan tetapi juga bersifat perang dagang melalui "pembuangan wang kertas US Dollar" (dumping down US Dollar) yang tiada nilai tapi amat diperlukan negara membangun untuk perdagangan antarabangsa dengan menukarnya dengan aset tampak seperti mineral, tanah dan geografi. China untung besar di situ.

Pendek kata melalui OBOR, "Island Chain" China bukan setakat dua tapi menjalar seperti ular menyusur akar di segenap benua Eurasia

China tahu mereka takkan mampu lawan kekuatan "Naval" dan "Air" Amerika yang bersifat "full spectrum". Strategi A2/AD ke, ADIZ ke semua itu kecil berbanding OBOR.

China memaksimakan takdir geografinya sebagai "land power" dan di sini Amerika tidak mampu mencabarnya melainkan melalui Perang Hibrid yang mana lawannya Rusia kini rakan terpenting China adalah pakar dalam membalas seperti yang telah berlaku di Ukraine.

Jadi bertabahlah kerana Malaysia suka atau tidak sudah berada dalam OBOR dan bersiap sedia untuk bertahan dalam konflik proksi mendatang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com