innity

pages

Sunday, February 12, 2017

[PAS TAK AKAN KERJASAMA] "Tak perlu tunggu sebulan, Tun M" balas Hadi



PAS menegaskan bahawa tidak perlu menunggu tempoh sebulan seperti ditawarkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata dasar PAS sangat jelas iaitu parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Tak perlu tunggu sebulan dengan BERSATU. Kita sudah ada dasar. Dasar (kita) tidak kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH.

“kita sudah buat keputusan, semua parti ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, kita tak ada hubungan dengan mereka

“Tak perlu tunggu (BERSATU). Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan AMANAH, habislah,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Ampang hari ini.

Hadi berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak.




5 comments:

  1. CAKAP JE LAH DAH MAKAN DEDAH NAJIB DAH DAH TAK BOLEH NAK PATAH BALIK, DASAR PENIPU, HARI TU KATA TAK KERJASAMA DENGAN DAP DAN AMANAH SAJAHA TAPI MASIH TERBUKA KERJASAMA DENGAN BERSATU DAN PKR

    DASAR PENIPU, MAMPUS LAH PAS PRU14 NI,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa marah sgt. PAS ada cara dia sendiri biarkanlah. Lg bagus awal2 dah tau. Bolehla BERSATU fokus bgaimna nk kalahkan BN tanpa PAS.

      Delete
  2. Kami ucapkan tahniah kepada PAS kerana mahu menjadi k.a.l.d.a.i kepada umno.

    Bersekutu dengan umno bermakna berkesedudukan dan berkhalwat dengan ketua penyamun no. 1 negara bernama bijan!

    Kita lihat samada umno dan pas akan berkawan atau berlawan antara satu sama lain di kelantan terengganu & kedah...

    Jika berkawan memang sah lah bersubahat dengan penjenayah dan penyamun negara

    Jika berlawan dengan umno, jaminan boleh diberi kelantan PAS bakal
    tumbang!

    Seterusnya berkuburnya PAS dari lanskap Politik malaysia!

    Nak tanya PAS skit bleh?

    Ahli2 Pas yg telah ditarbiyah selama berpuluh puluh tahun termasuk mengkafirkan umno tu, mereka bleh terima ker hari ni berkawan dengan umno?

    Inilah sifat bongkak, takabur, amarah, yg ada pada hj hadi dan bakal mengakibatkan PAS terkubur sama seperti umno.

    ReplyDelete
  3. Yang pelik parti dia masih tercongok dalam kerajaan negeri Selangor yg turut ada DAP .Yang tu camana ? Kalu bukan munafik kita nak kata apa ??

    ReplyDelete
  4. Biasa lah tu.. presiden dgn kenyataannya, timbalan cakap lain, murshid kata lain pulak.. wakil ke mesyuarat bincang lain kemudian tunggu presiden.. pi mai pi mai tang tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com