innity

pages

Monday, February 20, 2017

PAS parti yang PELIK



Peliknya PAS, selama lebih 50 tahun berjuang bermati-matian demi Islam (kononnya) cuba mengalahkan UMNO dan BN. Tetapi apabila UMNO berada dalam keadaan yang sungguh jijik dengan skandal 1MDB dan pembohongan derma RM2.6bilion, Pas terhegeh-hegeh berhimpit-himpit duduk sepentas dan sekapal dengan UMNO. 

Peliknya PAS, selama lebih 50 tahun berjuang hendak tenggelamkan UMNO, apabila UMNO hampir lemas, PAS (Hadi) pergi tolong memberi 'nyawa' kembali. 

Peliknya PAS, apabila UMNO semakin teruk menyamun wang, ketika itu PAS keluar pakatan pembangkang dan cuba membantu UMNO dengan memastikan perlawanan 3 penjuru pada PRU14.



Peliknya PAS, dulu PAS menentang UMNO kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang KAFIR, mengekalkan peraturan jahiliyah. Tetapi hari ini PAS kata UMNO itu perjuang Islam apabila Jamil Khir berlari sekejap pergi bagi ucapan semasa Himpunan 355 (Najib tak minta Ahli UMNO Hadir H355). Pada hari ini UMNO dan BN masih mengekalkan perlembagaan penjajah dan undang-undang kafir itu. Najib juga tidak arahkan ahli UMNO hadir Himpunan 355 untuk memberi sokongan.

Peliknya PAS, dulu tuduh UMNO kafir kerana mengamalkan politik suku agama suku hinggakan berlaku peristiwa Memali pada 1985, solat dua imam, sembelihan UMNO haram dimakan, jenazah UMNO tidak layak disembahyangkan, bercerai suami isteri kerana berlainan parti. Tetapi hari ini UMNO dikatakan memperjuangkan Islam hanya kerana lepaskan kapal bantu Rohinya bersama-sama PAS. (Sehinga hari ini tiada pengakuan, kekesalan dan permohonan maaf secara rasmi oleh pemimpin PAS terhadap UMNO kerana tersilap mengkafirkan UMNO suatu ketika dahulu).

Peliknya PAS, ketika berada dalam pakatan pembangkang, pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang diangkat setaraf pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Dicanangkan peruntukkan kerajaan negeri yang cukup banyak disalurkan untuk pembangunan Islam Pulau Pinagng. Tetapi apabila keluar pakatan pembangkang, Lim Guan Eng dituduh perasuah, tidak amanah dan penentang Islam.

Peliknya PAS, pada tahun 2012, PAS menidakkan pandangan Mufti  yang menyatakan mengundi DAP adalah haram. Tetapi hari ini mengundi DAP bertukar menjadi haram pula. (Harap-harap PAS tidak buat fatwa mengundi MCA, Gerakan, MIC yang menentang RUU355 itu halal pula).

Peliknya PAS, memilih bersama-sama dengan pemimpin UMNO yang sanggup menyatakan "hudud di Malaysia hanya dibincang oleh orang bodoh". tetapi menolak untuk bersama pihak yang menentang penjualan tanah Kerajaan di TRX dan Sungai Besi oleh 1MDB yang membeli daripada Kerajaan dengan harga yang sangat rendah dan menjualnya kepada China.


Peliknya PAS, setuju untuk bersama-sama MO1 iaitu bapa tiri kepada Reza Aziz yang disaman oleh US Department Of Justice atau Jabatan Kehakiman Amerika bagi merampas aset yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram 1MDB di Amerika. Reza Aziz juga dikaitkan dengan pengeluaran filem lucah di Amerika.

Peliknya PAS, berbangga dapat duduk sepentas bersama-sama MO1, di mana DOJ sebelum ini dalam saman mereka menyatakan AS$731 juta (sila tukar kepada RM) disalurkan dari 1MDB ke dalam akaun bank milik MO1. Menurut saman itu, transaksi terbesar didakwa dibuat kepada MO1 adalah AS$681 juta (sila tukar kepada RM) deposit ke sebuah akaun AmBank pada Mac 2013.

Peliknya PAS, masih mahu meletakkan diri mereka dalam kelompok pembohong besar setelah melihat dan mendengar pembohongan demi pembohongan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

1 soalan pelbagai jawapan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.

Soalan: Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 16 : Duit itu guna untuk melawan IS

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 17 : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 18 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 19 : BERSIH juga menerima duit derma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 20 : jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 21 : Saya sudah berjumpa dengan keluarga penderma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 22 : Bank Negara tahu, saya tidak melakukan apa apa kesalahan

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 23 : ada plurals penderma, bukan seorang penderma

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 24 : Azalina uthman- ya kah?mungkin zahidi lebih tahu dari apa yang kami tak tahu

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 25 : Saya telah membelanjakan kesemua RM 2.6B untuk kegunaan umno

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 26 : Henti kan fitnah. Wang itu wang derma bukan rasuah. (Issue fitnah kembali berkumandang)

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 27 : Aishah RA juga di fitnah. Tapi sudi memafkan penfitnah. Aishah RA berjiwa besar.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 28 : SPRM jumpa penderma tunggal, bukan lebih dari seorang.

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 29 : RM 2.03B telah di pulangkan kembali kepada keluarga diraja arab

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 30 : Tiada kesalahan jenayah di lakukan oleh PM. Minta SPRM mengugurkan kertas siasatan dan kes di tutup kerana tiada fakta jelas dan tiada bukti..

5 comments:

  1. Biasanya kalau ditanya 30 soalan jawapan yang tepat tetap 1. Ini soalan yang paling bijak di dunia masa kini, 1 soalan yang di tanya ada 30 jawapan. Pening kepala pemeriksa.

    ReplyDelete
    Replies


    1. Apabila org kafir berkata bahawa Al-Quran ada kata2 syaitan (satanic verse), maka si Muslim bahlul pun bersetuju ..,.. Betul katanya.

      Delete
  2. Orang yang memahami konsep politik islam tidak akan sama sekali bersatu dan bersama dengan DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kalau bersatu dgn MCA yg tolak RUU355 n hudud mcm mana pulak? jgn pandang satu angle ja..pandang keseluruhan..

      Delete
  3. Adakah begini pemimpin yg kita ada?

    Bagaimana dengan masa depan anak2 kita jika mereka berbohong setiap masa?

    Adakah kita disuruh berbohong seperti yg terkandung dalam Al-Quran?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com