innity

pages

Friday, February 17, 2017

[PAS CAKAP BELIT2] Maksud kami tidak boleh bersama DAP serang PAS, kata Tuan Ibrahim


Menjelaskan pendirian PAS tentang kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan DAP dan Amanah, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rundingan dengan parti pecahan Umno itu masih diteruskan.
Timbalan presiden itu berkata peluang kerjasama masih terbuka selagi PPBM tidak menyertai DAP dan Amanah menyerang PAS.
Pendekatan itu juga diguna pakai dalam hubungan dengan PKR, tambahnya.
“Kerjasama ini mesti kerjasama tidak menyerang PAS dan parti yang ingin bekerjasama tidak boleh bersama DAP dan Amanah menyerang PAS,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di sini hari ini.
Tengah hari tadi, Hadi mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah, lapor Bernama.
“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Marang, Terengganu.
Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua parti.
PPBM dan PAS sebelum ini bertemu untuk memperhalusi suatu draf rangka kerja persefahaman menghadapi pilihan raya umum akan datang. PPBM berharap PAS menyertai usaha pakatan pembangkang untuk 1 lawan 1 melawan BN pada PRU nanti.
Tuan Ibrahim berkata PAS tidak meletakkan tarikh akhir untuk rundingan ini.
“Selepas kita perolehi keputusan dari jawatankuasa perundingan, ia akan dibawa kepada jawatankuasa PAS pusat sebelum ia diputuskan secara muktamad majlis syura,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Hadi, yang didakwa bercanggah dengan penerangannya, Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menyemak semula kenyataan presiden berdasarkan laporan media rasmi mereka, Harakah. - FMT

2 comments:

  1. Mca sokong ruu 355?

    ReplyDelete
  2. Memang takda yg berbelit tapi korang nakbdengar jawaban yg korang nak sbb itu korang gak paham2. Inilah problem bila org melayu tak cerdik tak fhm isu kuasa dan ancaman musuh.

    1.PAS minat buat kerjasama dgn UMNO shj yg hanya ada isu2 kepentingan Islam shj dan PAS tak sama sekali kerjasama dgn Parti MCA dan mIC. Bermakna bukan dgn kerjasama dgn BN.

    2. MCA dan mIC ada berapa je kerusi kalau nak dibanding dgn DAP yg ada kuasa tawar menawar dlm PAKATAN? DaP ni kita dah kenal yg mmg keras kepala dan terang2 anti Islam. Amat bahaya utk masa depan melayu. Kalau Najib tu bahaya utk negara, Tun M kena tau DAP lebih amat bahaya.

    3.kalau MCA ada byk kerusi yg boleh mengatur strategi menguasai negara ini memang pAS pun akan fikir dua tiga kali nak kerjasama dgn Umno kalau UmnO nampak tak dominannya.

    4.Bersatu mahu pAS kerjasama dgn pAKATAN sedangkan PAS mau kerjasama hanya dgn BERSATU dan PkR shj. Samalah pAS mau kerjasama dgn UMNO shj bukan dgn MCA dan mIC.

    Nampak tak point yg cuba pAS buat tapi mamat yg tak cerdik asyik pusing2 nak hentam PAS.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com