innity

pages

Wednesday, February 22, 2017

PAS bakal BERPECAH lagi bila Anggap UMNO Bukan lagi musuh


SHAH ALAM - Timbalan Presiden  Amanah, Salahuddin  Ayub  mendakwa, Pas  kini berdepan  perpecahan setelah parti Islam itu mula menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan Umno.  
“Saya boleh katakan hari ini Pas sudah terbelah dua dan sebenarnya sudah berpecah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.  
Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, situasi semasa kini yang memperlihatkan kompromi Pas dan Umno menyebabkan Pas berpecah dua.
“Satu kekuatan yang saya pelajari dengan Pas (dahulu), sekiranya pemimpin itu dilihat benar-benar rapat dengan erti kata lain tidak menganggap Umno sebagai musuh mereka, Pas akan berpecah lagi.
“Saya berani menyatakan Pas akan berpecah dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.
Katanya, perkara itu sukar diterima terutamanya dalam kalangan penyokong dan ahli Pas kerana melibatkan soal dasar.
“Secara semula jadinya tidak boleh kerana sejak dahulu lagi kita diajar begitu. Berlawan dengan Pas ini bukan soal peribadi sebaliknya soal dasar, kezaliman yang telah dilakukan, salah guna kuasa serta penyelewengan.
“Tiba-tiba hari ini kompromi, tidak boleh.. ia (Pas) akan berpecah lagi,” katanya.
Salahuddin berkata, sememangnya Pas mempunyai kekuatan dari soal keahlian yang ramai namun kelebihan itu tidak menjamin kemenangan pilihan raya.
Katanya, sejarah membuktikan Pas tidak boleh bersendirian dan hanya akan menang banyak kerusi menerusi muafakat politik dan bertahaluf siyasi bersama DAP serta PKR.
“Pas memang tiada masalah mengumpulkan ahli dalam ceramah besar, tetapi dalam pilihan raya, belum tentu menang.  Bila masa Pas menang? Apabila Pas amalkan politik muafakat.
“Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) jadi menteri besar, apabila terima Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai sahabat. Waktu Pas menang 27 kerusi Parlimen, ketika Pas berkawan dengan DAP dan PKR,” katanya.
Dalam pada itu, kata Salahuddin, Pas tidak perlu berteka-teki sebaliknya perlu bersikap jelas  mengenai hubungannya dengan Umno.
"Kalau mereka bersungguh-sungguh (niat bersama Umno), kita jelas. Sudah ada tanda-tanda besar, kapal berlayar ke Myanmar dan mereka bersama dalam satu pentas. Jadi PH/Bersatu akan lawan BN/ Pas. Ini lebih mudah untuk rakyat membuat pilihan," katanya.

7 comments:

  1. Kau bawa minda sempit anti persaudaraan sesama Islam memanglah kau nampak untung politik sahaja. UMNO yg buruk perangainya perlu didekati supaya dpt melihat dgn lebih dekat PAS adalah baik untuk swmua.

    ReplyDelete
  2. Kau bawa minda sempit anti persaudaraan sesama Islam memanglah kau nampak untung politik sahaja. UMNO yg buruk perangainya perlu didekati supaya dpt melihat dgn lebih dekat PAS adalah baik drpd UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolih ke PAS mengawal UMNO... Jangan jadi melepaskan anjing tersepit... Jangan lah ulang ungkapan umno tidak bolih dipercayai

      Delete
    2. Bolih ke PAS mengawal UMNO... Jangan jadi melepaskan anjing tersepit... Jangan lah ulang ungkapan umno tidak bolih dipercayai

      Delete
  3. Ahli2 PIS akan terkencing bila sedar Hadi Hudud niat sebenar nya ada lah menkubur PIS..strateji nya berjaya setelah 90 juta dah masuk dlm account.Beliau boleh bersara terus dari parti dan tumpu pd isteri2 dan kerja2 sambilan di pentas ulamak dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cash is king.. kalau bn menang cash is god..
      lobai pas peduli apa dengan parti sebab lebih isle kalau cash is god..

      Delete
  4. Bila PAS & Umno bersatu..ahlinya2 yg sesama saudara islam akan bersatu..itu yg penting..ini perjuangan yg berpegang pada tali2 Allah..

    Apa jenis muslim yg lebih suka bila 2 kumpulan islam bergaduh terus terusan?????

    Takpe...ahli pas yg tak suka umat islam PAS & Umno bersatu..boleh keluar..sama jugak dgn ahli Umno..bergabunglah anda dengan DAP dan geng2 mereka..

    Anda sebenarnya golongan parasit yg jadi punca perpecahan umat islam di malaysia...



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com