innity

pages

Friday, February 10, 2017

[Pandangan Peguam Siri 2] PERSOALAN LANJUTAN BERKAITAN PERTIKAIAN TUNTUTAN KEDAH KE ATAS PULAU PINANG !!

Siri : 688
PERSOALAN LANJUTAN BERKAITAN PERTIKAIAN TUNTUTAN KEDAH KE ATAS PULAU PINANG !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam sejahtera :

1. Dalam Siri : 686, awal pagi hari ini, 09.02.2017, saya telah memberi PANDANGAN RINGKAS berhubung kedudukan UNDANG-UNDANG terutamanya dari perspektif rentetan sejarah dan dokumen perjanjian yang berkaitan hasrat EXCO KEDAH untuk "menuntut semula" PULAU PINANG, seperti yang dilaporkan oleh MALAYSIAKINI pada 08.02.2017, dengan tajuk "EXCO : KEDAH MAHU AMBIL SEMULA PULAU PINANG" (Gambar tajuk Laporan ini adalah seperti di paparan bawah : Ruang Kiri)(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/371850 ).

2. Pada hari ini, seorang sahabat 'facebook' saya, Saudara Mohamed Reza Arabi telah mengajukan satu persoalan penting, yang menyentuh soal tatacara dan prosedur awalan pengambilan tindakan undang-undang berhubung isu ini, sekiranya KEDAH sememangnya berhasrat meneruskan dengan TUNTUTAN ini, walaupun dalam PANDANGAN RINGKAS saya, saya sudahpun di Siri : 686, menyatakan kesukaran di sisi undang-undang untuk KEDAH peroleh kejayaan di atas TUNTUTAN itu.

3. Justeru, saya terbitkan semula di sini, akan SOALAN (dalam bahasa awal, disertakan terjemahan), berserta dengan JAWABAN (juga dalam bahasa awal, disertakan terjemahan), yang telah saya utarakan di ruang komen pada Siri : 686, untuk kemudahan para pembaca.

4. SOALAN :

(a) Bahasa asal :

Who knows the New Kedah Gomen (the Boss has finally awaken) got a document or documents from Kedah "Tua" to support their claim and to be brought forward at ICJ ?

(b) Terjemahan :

Siapa tahu Kerajaan Kedah baru ( "Bossnya akhirnya sudahpun terjaga) ada miliki satu dokumen ataupun dokumen-dokumen dari (Zaman) Kedah "Tua" untuk menyokong tuntutan mereka dan dibawa ke hadapan di MAHKAMAH KEADILAN ANARABANGSA (INTERNATIONAL COURT of JUSTICE) (ICJ) ?

5. JAWABAN :

(a) Bahasa asal :

(i) Even if in the event, KEDAH wishes to take their claim through the legal process, being a dispute between two (2) states within a sovereign nation, the national legal process, must first be exhausted.

(ii) Secondly, even if either state is not satisfied with that decision of the local legal process through to the apex court, being the Federal Court, then there is still an important limitation that the ICJ itself may not recognise a "state" as a Sovereign nation to even allow jurisdiction to set up a panel to resolve this issue, even if in the unlikeliest situation of either state, wishing to refer the dispute thereto. It is within the internal process could this be LEGALLY resolved.

(iii) Of course, the situation would be different if KEDAH wishes to put up a claim against the British East India Company, then KEDAH would still have to put up a claim through the English courts, against the GOVERNMENT OF THE UNITED KINGDOM, the successors in law of the British East India Company, prior to taking it up through the ICJ, and even in that latter event, it must be through the GOVERNMENT OF MALAYSIA, for the ICJ to be seised with jurisdiction.

(iv) Then, the practical question would be : Will the Federal Government be willing to take sides on this inter-state dispute ??

My 2.6 sen worth of opinion.

(b) Terjemahan :

(i) Jikapun dalam keadaan, KEDAH hasratkan untuk membawa tuntutannya melalui proses undang-undang, memandangkan pertikaian ini adalah antara dua (2) buah negeri di dalam sebuah negara berdaulat, maka proses undang-undang dalaman negara hendaklah terlebih dahulu dilupuskan.

(ii) Yang keduanya, jikapun mana-mana satu dari negeri tersebut tidak berpuashati dengan keputusan yang diperolehi melalui proses undang-undang itu, sehinggalah ke tahap mahkamah tertinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan sekalipun, masih ada lagi satu halangan penting lagi untuk ke ICJ, iaitu ICJ sendiri berkemungkinan tidak akan mengiktiraf sebuah "negeri" sebagai sebuah negara berdaulat untuk membenarkan bidangkuasa bagi penubuhan satu panel bagi tujuan penyelesaian isu ini, walaupun dalam keadaan yang kurang kemungkinan bahawa mana-mana satu dari negeri ini, berhasrat untuk merujuk pertikaian ke situ. Ianya cuma melalui proses dalaman sahajalah, perkara ini boleh diselesaikan melalui proses perundangan.

(iii) Sudah tentu keadaannya adalah berbeza jika KEDAH berhasrat untuk membuat tuntutan terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris, maka KEDAH masih perlu membangkitkan tuntutan itu, terlebih dahulu melalui mahkamah-mahkamah di England, terhadap KERAJAAN UNITED KINGDOM, iaitu waris sah di sisi undang-undang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris, sebelum membawanya ke ICJ, dan itupun dalam keadaan yang terakhir disebut ini, ianya mestilah melalui KERAJAAN MALAYSIA untuk membolehkan ICJ melebarkan bidangkuasanya.
(iv) Dalam keadaan itu, persoalan praktikalnya adalah : Adakah Kerajaan Pusat sanggup untuk memilih pihak dalam pertikaian antara-negeri ??

Senilai 2.6 sen pandangan saya.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

(Sila lihat Siri : 686)

2 comments:

  1. Melayu nak ambik balik hak dia dr cina, melayu yg akn tunjuk hebat pertahankan cina. Cina tak pyh buat apa2. Biarlah lawyer cina yg pertahankan penang. Knp kamu nak sibuk2. Inggeris menipu Sultan,janji tak ditepati. Tp mrk British adalh kuasa besar pd masa tu. Sultan tak upaya nak dptkan balik. Baca sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena tengok perkara ni berdasarkan perspektif perundangan untuk pastikan perkara ni ada merit atau tak.ada harapan nak menang atau tak.ini bukan pasal orang melayu nak jadi juara pertahankan cina,ini bukan soal melayu nak jadi barua cina.ini bukan soal perkauman tapi lebih pada nak menyelamatkan maruah kita orang melayu, dari bertindak secara semborono dan tanpa hujah yang kukuh dan mungkin terlihat tidak cerdik pada pandangan 'orang lain'.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com