innity

pages

Saturday, February 25, 2017

[PAKSA RAKYAT BAGI DANA IN ADVANCE] Naikkan Kadar Minimum Tambah Nilai ke RM30 di SKVE


Kuala Lumpur: Tambah nilai minimum RM30 untuk Touch 'n Go di lorong tambah nilai tol Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) berkuat kuasa 1 Mac ini adalah benar.
Pengurus Besar Operasi dan Penyelenggaraan SKVE, Zainal Alam Kamaruzzaman berkata, langkah berkenaan bertujuan untuk mengelak kesesakan lalu lintas di lorong tambah nilai disediakan.
“Keputusan ini juga dibuat bagi mendidik orang ramai menyediakan wang secukupnya ketika melalui plaza tol.
“Malah kesesakan di lorong berkenaan dapat dielakkan kerana pengguna tidak perlu beratur panjang untuk tambah nilai setiap hari,” katanya.
Mengulas lanjut menurutnya, nilai tambah pada kadar minimum RM30 hanya dilaksanakan di lorong tol SKVE.
“Bagaimanapun tambah nilai RM10 masih boleh dilakukan di kaunter jualan Touch 'n Go,” katanya.
Menurutnya, kaedah penambahan minimum RM30 ini bukan sahaja akan dilaksanakan SKVE, malah akan dipraktikkan di kebanyakan lebuh raya dalam tempoh terdekat.
“Namun pengumuman itu akan dibuat sendiri oleh pihak Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM),” katanya.
Terdahulu, poster berhubung kadar berkenaan tular di Facebook (FB) hingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna.
Kebanyakan pengguna merasakan kadar tambah nilai minima sebanyak RM30 agak tinggi dengan situasi ekonomi sekarang.
Artikel ini disiarkan myMetro pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 10:36 PM

5 comments:

  1. Kalu betul nk didik pengguna kna byr interest utk baki yg dlm kad dikira daily rest.
    Pembayaran interest yg terkumpul dikreditkan kilometer.
    Ada boleh? Baru la, tuan2 konsesi boleh lihat pengguna simpan rm 2-3 ribu baki dalam T&Go.
    Cubala tgk, win win tak kan tak mau,kan?

    Free Consultancy Rakyat Bhd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak boleh..malaysia boleh tukar lain kerajaan masa pru14 nanti..

      Delete
  2. Elokpun tukar.
    Beri balik hak Rakyat sebagai tuan sebenarnya.
    Sampahkan semua wakil2 dan parti2 yg lupa diri. Harus dicelikkan mereka iji hanya dilantik, dibyar di ikat kontrak 5 tahun urus negara shj. Tapi mereka dah lawan tauke , dan anggap diri mereka pemilik negara.
    Malaysia adalah hak Rakyat Malaysia yg dipinjam dari cucu cicit yg punya.
    Wakil MP dan DUN, jgn dok buat lawak bodoh lagi la, sudah2 la.

    ReplyDelete
  3. Tak ada masalah pun. Byr sekarang atau kemudian..Nanti kena byr jugak. ....hanya org saja nak mempolitikka isu ni untuk menagih simpati rakyat....Low class politician!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ada dtg rasa? pahit? panas? masam manis? pedih?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com