innity

pages

Monday, February 6, 2017

‘Orang Melaka’ tak perlu ajar kami sayang Pulau Pinang, kata Umno

GEORGE TOWN: Sambil menyifatkan Lim Guan Eng seorang “ketua menteri dari Melaka”, Umno berkata penduduk Pulau Pinang menyayangi negeri mereka dan tidak perlu tunjuk ajarnya.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, semua penduduk sayang kepada negeri kelahiran, tempat tinggal dan tempat kerja mereka.
“Semangat sayang kepada negeri tak perlu diajar seorang ketua menteri dari Melaka.
“Beliau datang sini demi kerja, tapi kami yang berasal dari Pulau Pinang mahu yang terbaik untuk negeri ini,” katanya sambil menyindir Lim yang menghabiskan masa bertahun-tahun di Melaka sepanjang kerjaya politiknya.
Semalam, Lim mencadangkan kempen “Saya Sayang Pulau Pinang” untuk menentang cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berhasrat menjadikan negeri itu Wilayah Persekutuan.
Cadangan itu dikecam parti pembangkang dan sekaligus menjadikan ia senjata Pakatan Harapan bagi menentang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Zainal berkata, untuk sebuah negeri menjadi Wilayah Persekutuan bukan proses mudah kerana ia membabitkan Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan isu itu sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan pusat.
“Kita ingin berjumpa Tengku Adnan secepat mungkin untuk mendapatkan penjelasan bagi isu ini. Kami percaya niat beliau baik. Kemungkinan beliau ada idea untuk pembangunan Pulau Pinang.
“Apa yang kami tahu setakat ini berdasarkan laporan media. Selepas bertemu dengan Tengku Adnan, kami akan berkongsi maklumat dengan parti komponen BN yang lain untuk perbincangan lanjut,” katanya kepada FMT di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan semalam.
Adun Umno Pulau Betong, Muhamad Farid Saad berkata, BN sayang Pulau Pinang sejak negara mencapai kemerdekaan dan Lim juga patut “sayang Pulau Pinang sejak dulu lagi”.
“Beliau dah jadi ketua menteri selama 8 tahun. Kita lihat ada NGO yang bangkit menentang dia kerana sesetengah pembangunan.
“Sepatutnya beliau dah sayang Pulau Pinang dari dulu lagi,” katanya kepada FMT merujuk beberapa kumpulan sivil di negeri itu mengkritik kerajaan negeri pimpinan DAP berhubung pembangunan pesat dan kebimbangan terhadap alam sekitar sejak beberapa tahun ini.
Beliau berkata, BN dan Umno tidak menabur fitnah atau kebencian seperti didakwa pemimpin DAP.
Semalam, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata, cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan itu adalah pengakuan BN tidak mempunyai harapan untuk memenangi sokongan pengundi bukan Melayu dan kehilangan sokongan orang Melayu.
Ini kerana, katanya, penduduk Pulau Pinang tidak mudah terpedaya dengan “pembohongan dan kebencian” disebarkan BN dan Umno.
Farid berkata, budaya orang Melayu adalah menghormati orang lain walaupun ketika marah.
“DAP pernah buat video Tahun Baru Cina yang mengkritik orang lain. BN dan Umno tak pernah buat macam tu. Mereka suka menuding jari kepada orang lain.
“Saya harap orang akan sedar perbuatan mereka. Mereka ini macam musang berbulu ayam.”
Mengenai persediaan Umno untuk PRU14, katanya, jentera pilihan raya parti sudah digerakkan di samping mengemas kini maklumat pengundi, menubuhkan pusat operasi dan turun padang menemui rakyat.
“Kami dah mulakan kerja kempen sejak perhimpunan Umno tahun lepas, cuma kami tidak membuat sebarang pelancaran. Kami juga dah turun bertemu masyarakat pada Tahun Baru Cina ini dan respons mereka positif.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com