innity

pages

Saturday, February 4, 2017

Naib Presiden PAS: Cadangan PPBM akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama


KOTA BHARU: PAS masih belum mengesahkan sebarang tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak pada Rabu lepas.

Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan berhubung perkara berkenaan hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS selepas hasil pertemuan itu dibincangkan oleh majlis itu kelak.

"Setakat ini semua hasil perbincangan dan cadangan oleh PPBM akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan seterusnya diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Darul Niswah Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor di sini, hari ini.


Rabu lepas, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi membincangkan kemungkinan kerjasama politik antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis dilaporkan sebagai berkata sebarang keputusan berhubung kerjasama politik diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS untuk diteliti terutamanya dalam aspek syarak, sama ada ia boleh diteruskan atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata beliau yakin Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan berjaya memenangi satu kerusi pun di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata berdasarkan kajian dan maklumat yang diterimanya, hanya PAS dan UMNO mampu bersaing kerana hanya dua parti ini yang dominan di Kelantan dan diterima baik oleh pengundi.

"Ini adalah keyakinan kami dan bukan niat untuk berbangga. Di Kelantan ini hanya ada PAS ataupun UMNO sahaja. Saya percaya sekiranya PAS kalah, sudah pasti yang menang adalah UMNO. Ini adalah keyakinan kami," katanya.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. PAS tak akan buat apa2 keputusan sehingga PRU14 dah ditetapkan tarikhnya. Sbb PAS mahu berurusan dgn parti memerintah Malaysia. Manakala pAKATAN pula mahu PAS berseteru dgn UMNO secepat mungkin.
    Ini akan merugikan pihak PAS.l

    ReplyDelete
  2. The nature of a POLITICAL WHORE comes to the fore and...pushing for the HIGHEST BIDDER really not a surprise..., ISLAM is simply a SMOKESCREEN, period!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com