innity

pages

Friday, February 17, 2017

Muktamad, PAS tak nak kerjasama dengan PPBM


MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Amanah.
Katanya, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.
“Terpulang kepada dia (PPBM) untuk bekerjasama dengan DAP atau Amanah tetapi PAS ada garis panduan iaitu kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan kedua-dua parti tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, di sini.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata parti itu akan mengadakan kerjasama dengan DAP susulan kenyataan Hadi yang PAS tidak akan bekerjasama dengan PPBM untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Hadi membuat kenyataan itu selepas Dr Mahathir berkata PPBM memberi tempoh sebulan untuk PAS membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti tersebut.
Jawatankuasa Induk Bersama PPBM dan PAS sebelum ini pernah mengadakan pertemuan untuk membentuk kerjasama, persefahaman dan muafakat politik.
Sementara itu, mengulas tindakan Ahi Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang kerap mengkritik kepimpinan PAS, Hadi berkata tindakan disiplin akan dikenakan jika jawatankuasa disiplin parti mendapati Mahfuz bersalah.
“Saya dimaklumkan ada laporan yang dibuat ke atas beliau (Mahfuz) kepada jawatankuasa disiplin parti. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti,” katanya.
Hadi turut menasihati pemimpin dan ahli PAS yang tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti atau tidak dapat menerima dasar PAS agar keluar parti.

2 comments:

  1. Aku tak faham kenapa PAA tak dibenarkan utk membuat pendiriannya sendiri. Mrk diketuai oleh TGhH maka cara TGhH adalah tak mau kerjasama dgn parti yg ada hubungan dgn DAP dan AMANAH terima je lah.
    Era TGNA sudah berakhir. Cara tok guru Nik Azi pun ramai alim ulamak tak berkenan. Tapi itu cara TgNA maka semua dlm PAS ikut. Tapi bila TGNA dah tiada maka era kini adalah TGhH. So boleh tak korang jgn kacau dan nak menyibuk.

    MgKin sebab korang rasa tak boleh menang tanpa PAS. Kalau rasa macamtu kenapa tak ikut kehendak PAS? Kenapa mesti ikut kehendak BERSATU?

    Depa pun parti baru belum tentu akan berada kekal dlm pembangkang. Boleh berubah ubah kalau tetiba Najib turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar ajelah bro, depa ingat depa kuat. parti setahun jagung nak ugut2 parti yang dah lama makan garam.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com