innity

pages

Sunday, February 12, 2017

Mufti Perlis: Tanpa hudud pun, curi tetap berdosa

Mufti Perlis berkata tindakannya mempersoalkan cadangan pindaan rang undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bukanlah usaha menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Sebaliknya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan sejauh mana syarat untuk melaksanakan RUU 355 itu sudah dipenuhi.
“Sebahagian orang berfikir bila kita tidak potong tangan pencuri, itu maknanya halal untuk mencuri. Tetapi sebenarnya mencuri tetap haram, ia tetap salah dan akan di hukum di sisi Tuhan.
“Apa yang kita persoalkan ialah syarat melaksanakan (RUU 355) itu cukup atau tidak, adakah kita boleh menghukum, adakah syarat cukup untuk kita menghukum. Tuhan menuntut supaya kita bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka di Rumah Kelab Parsatuan Alumni Universiti Malaya di sini hari ini.
Asri berkata beliau bimbang pelaksanaan hukum hudud akan mewujudkan hukuman yang berat sebelah jika syarat pelaksanaannya tidak diperkemas.
“Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan,” katanya.
Asri pada masa sama tidak menolak segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik bukannya kerana hukum agama.
Dulu zaman 80-an orang bincang hukum hudud tidak ada sampai ada 2 imam, kafir mengkafirkan, tidak makan binatang sembelihan mereka yang menolak hudud, tetapi sekarang sebaliknya berlaku.
“Saya bukan sebut soal menentang atau menyokong tapi saya menyebut bagaimana bila agama dipolitikkan, kita lihat wacana itu tidak lagi segar untuk merangsang pemikiran yang rasional untuk hal ini dibahaskan,” katanya.
Asri pada masa sama mengambil contoh negara yang menghentikan pelaksanaan hudud seperti Sudan, Libya, Pakistan dan Nigeria, bukan kerana hukuman Allah itu tidak sesuai tetapi tabiat manusia sudah berbeza.
Beliau turut menolak anggapan segelintir pihak kononnya dengan melaksanakan hukuman potong tangan, sebat kepada penzina melalui hudud, akan menjadikan Islam itu indah.
Apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.
Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,” katanya.
Panel lain dalam forum itu ialah Profesor Undang-undang UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Penyarah Sains Politik USM Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid. -FMT

2 comments:

  1. MENGEDAR DADAH SEK 39B HUKUM GANTUNG SAMPAI MATI
    TAPI DI MALAYSIALAH BERSEPAH PENGEDAR.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya org islam tidak mencuri, tidak berzina dan minum arak. Org islam sepatutnya org yg kaya, sentiasa memastikan tiada org miskin dlm masyarakatnya, menutup aurat dan sentiasa menjaga pergaulannya, tidak menjual arak dan tidak berada ditempat yg menghidangkan arak. Apabila tiada lagi sebab2 kesalahan2 begini boleh berlaku. Barulah hukuman hudud itu dilaksanakan. Bukannya kita perjuangkan hukum ugama tp sambil kumpulkan org utk berhimpun. Tiada apa yg boleh dibuktikan dengan cara itu. Ianya bukannya bukti islam itu indah. Ianya bukan bukti bahawa islam itu kaya. Saya yakin semua tshirt, poster, flyers, termasuk media2 internet, radio dsbg. semuanya bukan produk org islam. Malulah kita kalau nak tunjukkan kehebatan agama tapi masih menggunakan tools yg dicipta oleh bukan islam. DBKL banyak duit utk indahkan padang merbuk tu pun hasil sebahagian besar kutipan dari cukai2 perniagaan org bukan islam. Murah sangat ke agama islam ni? Apabila anda dah dilantik mewakili rakyat maka jalankanlah tanggungjawab itu sebaiknya. Jgnlah heret rakyat utk berhimpun kerana itu adalah bukti kepada perjuangan politik dan bukannya perjuangan islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com