innity

pages

Monday, February 13, 2017

Mufti Perlis Datuk Dr. Asri TIDAK SETUJU penganjuran Himpunan RUU355

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin memaklumkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan balas yang diadakan pada hari sama dengan himpunan 355 18 Februari ini.

Menurut beliau, selain daripada himpunan, perkara paling penting buat masa ini adalah bagi memberi pendidikan dan penerangan berhubung pindaan RUU355.

"Ada kumpulan berhimpuan kemudian kita juga berhimpuan dan orang lihat kumpulan kita ini kecil malah orang akan lihat majoriti rakyat bersetuju.

"Bila kita berhimpun ia akan membangkitkan sentimen yang lain seolah-olah anti hudud," katanya ketika Forum Sejauh Mana Anda Memahami Hudud yang diadakan di Dewan Rumah Kelab Persatuab Alumni Universiti Malaya (PAUM)," semalam.

Menurut beliau, orang awam tidak akan faham mengenai perkara ini memandangkan tidak mendapat banyak penerangan.

Selain itu, Asri turut menasihatkan orang ramai termasuk bukan Islam untuk membaca bahan-bahan berkaitan Islam berdasarkan sumber yang betul.

"Bila kita nak lihat Islam secara keseluruhan, kita kena pastikan apa yang kita baca adalah dari sumber yang betul," katanya.

Sehubungan itu, Asri turut memaklumkan bahawa setiap masyarakat perlu mewujudkan suasana yang kondusif sebelum melaksanakan sesuatu undang-undang Islam.

Menurut beliau, apabila suasana berkenaan dapat diwujudkan, rakyat tidak akan mempunyai sebarang alasan untuk memilih perkara-perkara yang haram.

"Perjuangan penting kita hari ini adalah untuk mewujudkan suasana kondusif sebelum sesuatu undang-undang itu dilaksanakan.

"Ini kerana jika undang-undang hudud dilaksanakan namun suasana kondusif itu tiada, sudah pastilah keindahan hudud itu tidak dapat dilihat,"katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Asri turut menjelaskan bahawa isu hudud seringkali sukar untuk difahami oleh banyak pihak berikutan telah sekian lama dijadikan tajuk politik.

Beliau berkata, hudud adalah merupakan tajuk hukum yang memerlukan perbahasan bersadarkan dimensi hukum.

"Ia bukan saja soal perlaksanaan namun syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.

"Sebab itu negara-negara yang mempunyai tokoh besar Islam tidak pernah membicarakan tentang hudud dan ia bukan kerana mereka menolak namun kerana melihat dari konteks sedia ada,"katanya.

Dalam pada itu Asri berkata beliau tidak menentang pindaan RUU355 namun pelaksanaan tersebut perlu dilihat semula dari semua konteks.

Tambah beliau, tujuan pindaan tersebut bukannya hanya untuk mengenakan hukuman kepada pesalah namun bagi memberi keamanan kepada manusia di negara ini.

"Saya tidak menentang tapi ia perlu dilihat dari semua konteks untuk memberi keamanan kepada masyarakat," katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com