innity

pages

Friday, February 3, 2017

[MESRA 'ORANG PUTIH' SAHAJA] Lembah Danum Lahad Datu TIDAK MESRA Pelancong Tempatan, 95% rakyat tempatan Tidak Pernah masuk


Sebagai rakyat Sabah saya tak sepatutnya menulis ini, tetapi lebih baik untuk bercakap jujur sajalah kepada rakyat semenanjung. Kesian nanti turun Sabah nak melawat Lembah Danum pastu kecewa.

Okay. Lembah Danum ni sebenarnya bukan terbuka kepada orang ramai terutamanya rakyat Malaysia. Malahan seorang pegawai dari Yayasan Sabah sendiri mengaku yang kesemua prosedur memasuki tempat ini seolah-olah direka untuk menghalang pelancong tempatan memasuki Lembah Danum. "Mungkin demi menjaga kebersihan flora dan fauna" katanya. Sentap? Tapi mungkin ada juga benarnya. Pelancong tempatan memang gatal tangan samada rosakkan pokok dan bunga atau buang sampah merata.

Anyway, kepada rakyat semenanjung yang hendak melawat Lembah Danum.. ini proses yang dimaklumkan kepada saya oleh seorang sahabat.


1. Nak masuk Lembah Danum kena buat appointment. Bukan hentam drive sampai ke pintu gate dengan harapan nak beli tiket masuk. Sila berhubung dengan agen khas yang berpejabat di Bandar Fajar dekat Airport Lahad Datu.

2. Adalah membuang duit untuk melawat LD ini dalam masa sehari (pergi pagi dan balik petang). Sebab jarak LD dengan simpang jalan besar ialah 80km entirely gravel. 3 jam atas gravel hanya untuk pergi dan 3 jam balik. Bayangkan kalau bertolak jam 7 sampai jam 10. Pastu bertolak balik jam 2 untuk sampai hotel jam 5. Hanya 4 Jam saja di Lembah Danum? Membazir duit saja.


3. Harga permit masuk ke Lembah Danum ialah RM35 satu kepala. So bayangkan kalau satu family dah berapa. Contohnya dalam satu family ada 3 dewasa dah RM105! Itu belum termasuk bayaran wajib lain kerana anda juga diwajibkan mengupah 'guide' kalau tak silap RM15 sejam. So dah total RM120. Ada lagi bayaran-bayaran wajib lain kata kawan saya tu contohnya fee masukkan kereta tapi dia tak explain.

4. Kalau anda hanya ada 4 jam maka anda hanya akan sempat melawat dan berselfie di Jambatan Gantung saja. Anda tidak akan sempat ke air terjun, kuburan lama dan lain-lain sebab ianya berjarak jauh antara satu sama lain. Dan jangan mimpi nak melihat tapir atau gajah atau apa-apa binatang eksotik kalau anda balik jam 2 petang. Depa semua keluar malam. Kalau dapat tengok monyet pun dah kira syukurlah (kalau nak tengok monyet saja baik tengok tepi jalan dekat air terjun madai di Kunak saja).


5. Kalau nak puas hati kena ambik pakej bermalam. Ada yang 3 hari 2 Malam contohnya. Harga? Yang penting pakej tak ada yang dibaway RM500++ katanya.

6. Kesimpulan: Kawan saya tu berniaga hotel bajet. Dia bagitau ramai rakyat semenanjung sekarang fly ke Sabah untuk buat tour masa cuti sekolah. Paling ramai ialah yang sewa van untuk pusing satu Sabah iaitu melalui KK-Kalabakan-Tawau-Semporna-Lahad Datu-Sandakan-Kundasang-KK. Pelawat-pelawat ni bila sampai Lahad Datu jak dah berangan nak singgah ke Lembah Danum dan akhirnya kecewa bila dapat tahu betapa tak-mesra-pelancong-tempatan nya Lembah Danum. Seriously, hanya orang bodoh saja sanggup endure 6 jam mabuk darat dan duit beratus hanya untuk ambik selfie atas Jambatan Gantung. Frankly speaking dia kata, 95% rakyat tempatan Lahad Datu pun tak pernah masuk lagi ke Lembah Danum katanya. Hanya orang putih jak yang mampu dan memang itu pun sasaran demografiknya.


So ya begitulah. Kalau singgah di Lahad Datu lebih baik target Menara Kayangan, Aif Terjun Ulu Sepagaya dan Gua Madai. Tempat yang gold iaitu Lembah Danum dan Hutan Simpan Tabin hanya untuk orang kaya saja. Kawasan Tanduo yang ramai teringin nak melawat kesan 'peperangan hebat abad ini' dengan tentera Kiram tu adalah masih tidak dibenarkan masuk.

Sekian.

P/S: Sengaja kawan saya tu minta saya tulis supaya ramai pihak tertentu di Lahad Datu sentap.

1 comment:

  1. tk hingin aku nk pergi aiii...buang masa je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com