innity

pages

Thursday, February 9, 2017

Menteri sahkan arah Penguatkuasa KPDNKK HENTI sita berus bulu babi


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin hari ini mengesahkan beliau telah mengarahkan bahagian penguatkuasa kementerian itu menghentikan serbuan ke atas kedai-kedai yang menjual berus yang diperbuat daripada bulu babi.
Hamzah berkata beliau telah memaklumkan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian itu, Roslan Mahayudin mengenai keputusan tersebut.
Ditanya mengenai sebab-sebab mengapa serbuan itu dihentikan, Hamzah berkata ia mempunyai kaitan dengan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
"Kita semua mesti berusaha ke arah hidup dalam masyarakat yang harmoni. Kita jangan bermain dengan api," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata isu itu telah diperbesar-besarkan oleh media dan di internet.
Walaupun bersetuju bahawa peniaga mempunyai tanggungjawab untuk memaklumkan kepada pengguna tentang produk tertentu, Hamzah menegaskan bahawa pengguna juga perlu bertanya jika mereka tidak pasti tentang sesuatu produk.
"Jangan jadikan isu yang boleh pecah belahkan kita," katanya. - MK

4 comments:

  1. apa yang nak ditegakkan??????

    inilah saya kata hipokrit.

    konon anjurkan sayang akidah????

    apabila tertekan....oh in he name of harmoni.

    agama bro bukan barang mainan untuk dipolitikkan.

    Kalau betul sayang aqidah, buanglah penyamun yang membangsatkan bangsa, melacurkan agama dan mengkhianati negara.....saya setuju

    ReplyDelete
  2. Yang umno mainkan isu agama bukan main dengan API?????

    ReplyDelete
  3. Wahai Menteri Melayu Islam..dalam soal hukum halal haram..tidak ada istilah menjaga keharmonian kaum..bukan soal bermain dengan api..tetapi kamu bermain dengan hukum Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. ITU lah sikap penakut Dan pengecut para nenteri kabinet dapur kerajaan rejim Jho Low .Takut pada Allah ke takut pada puak kafir??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com